24 SEPTEMBER 2013 (SELASA)
Bangun pagi pukul 5.30 pagi. Cari idea untuk individu punya tajuk. Lps tu solat Subuh & bersiap-siap untuk turun bawah untuk breakfast. Pukul 8.30 - 10.30 (lebih kurang) saya pergi ke makmal komputer untuk pencarian maklumat. Then, minum pagi & masuk pula perpustakaan.
|
KAWAN BARU!! |
Habis pencarian maklumat mkn tgh hari. Lps mkn balik bilik. Pukul 2.30 ptg berkumpul di kafe. Kemudian peserta sekolah rendah BM & BI bergerak ke makmal komputer. (di makmal) Tunggu giliran untuk penilaian kumpulan. Saya peserta nombor 4. Saya berkumpulan dengan Vinod (5) dan Putri (6).
Waktu malam ada slot 2 yg dikendalikan oleh Encik Chai yg bertajuk SINTAKSIS BAHASA MELAYU . Macam biasa, mula pukul 8.30 - 10.30 malam. Lepas minum malam balik bilik.
25 SEPTEMBER 2013 (RABU)
Pagi lepas breakfast penilaian individu. Sebelum itu peserta sekolah rendah BM & BI tunggu di makmal komputer. Giliran saya pun tiba saya buat sehabis baik. Penilaian individu berjalan selama 20 minit. Selepas keluar dari bilik penilaian saya pergi minum pagi.
Petang pukul 2 turun ke Bilik Waja untuk slot 3 yg disampaikan oleh Puan Sormon yg bertajuk PENGUCAPAN AWAM. Lepas habis slot, naik bilik rehat. Balik bilik rehat. Lepas itu turun balik untuk aktiviti riadah.
Malam ada Resensi Buku drpd setiap daerah. Lepas habis Resensi Buku minum mlm & balik bilik. bersambung... :)
Salam blogger, eha ehut.
27 SEPTEMBER 2013 (ISNIN)
Dari Seri Iskandar ke Ipoh. Sampai di BTPN Perak lebih kurang pukul 2 lebih. Lps dpt bilik & angkat beg, mak dan ayah saya pun balik. Kemudian kami (saya, Madihah, Cikgu Norhayati & Cikgu Aishah) mkn tgh hari di restoran Ala Rempah. Lepas tu, mereka pun balik.
Pukul 4 ptg sampai 5 lebih taklimat tentang perjalanan program. Lps taklimat dpt nombor giliran pertandingan. Habis taklimat balik bilik dan rehat. Waktu Maghrib turun ke surau untuk solat berjemaah. Lps solat mkn sambil berkenalan dgn org lain. Habis mkn, ada slot 1 oleh Cikgu Aziz.
Gelak tawa kami bergema di setiap sudut bilik Waja Bestari sbb Cikgu Aziz banyak buat lawak. Slot 1 mula pukul 8.30 - 10.45 mlm lebih kurang. Slot ini bertajuk ICEBREAKING DAN KEPIMPINAN. Kemudian pihak urusetia beri tajuk individu untuk hari Rabu nanti. Minum mlm kemudian saya dan Madihah (roomate saya) balik ke bilik kami yg bernombor 211 di tingkat dua. Selepas selesai menunaikan solat Isyak, kami pun tidur untuk mendapatkan rehat yg secukupnya untuk hari esok iaitu penilaian kumpulan. Bersambung... :)
Salam blogger, eha ehut.
Assalamualaikum semua!!! Saya baru balik dari BTPN Perak. KHEMAH MEMBACA & PEMILIHAN TOKOH NILAM NEGERI PERAK 2013 ni diadakn selama 5 hari dari 23 Sept (Isnin) - 27 Sept (Khamis) 2013. Best... Saya dpt jumpa ramai kwn.
Best.. Saya sempat belajar bahasa Tamil dgn Khalisah. Dia India Muslim dari daerah Batang Padang. Tapi belajar yg basic je. Banyak pengalaman manis sepanjang saya berada di sini. Saya rasa sampai sini saya cerita insyaallah lain kali saya cerita lagi. :)
Salam blogger, eha ehut.
Assalamualaikum semua!! Alhamdulillah kita mesti bersyukur sebab telah diberi peluang sekali lagi untuk hidup hari ni. Saya mendoakan kita semua dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki. Amin...
Bercakap tentang rezeki & bersyukur saya nak bagi tahu sesuatu. Pernah tak anda nampak seseorang yang terkenal,kaya,ada rupa paras yang baik dan sebagainya?? Mesti pernah kan??
Saya selalu mengingatkan diri saya yang "lain orang lain rezekinya". Maksudnya kita tengok orang tu pandai, selalu dapat pujian dari cikgu tapi tak pandai melukis. Kita pula walaupun tidak pandai, tapi pandai melukis (contoh). Ini juga seperti "setiap orang ada kelebihan masing-masing.
Ia juga ada kaitan dengan bersyukur. Kita mesti bersyukur dengan setiap benda yang kita ada. Ini tak bermakna kita tak boleh beli benda baru. Boleh beli kalau kita ada rezeki lebih. Tak ada masalah. Maksud saya kalau kita tengok orang tu lawa, hensem sedangkan kita ni tak seberapa. Jangan fikir macam tu sebab kita semua cantik. Semua kurniaan Allah cantik, sempurna. Cukup pancaindera, anggota badan dan sebagainya.
KITA MESTI BERSYUKUR WALAUPUN KITA ADA KEKURANGAN,TETAPI KITA JUGA ADA KELEBIHAN MASING-MASING.
So, bersyukurlah sebab orang yang bersyukur Allah akn beri dia rezeki lagi dan lagi selagi dia bersyukur.
Semoga Allah panjangkn umur kita. Insyaalah... :)
Salam blogger, eha ehut.
Assalamualaikum semua!!! Saya mahu berkongsi satu cerita. Pada hari Rabu yg lps saya ikut ayah saya dengan rombongan sekolah dia ke Taiping. Kami pergi ke Taiping Equine Park & Zoo Taiping. Seronok.. sebab saya dapat merasa pengalaman menunggang kuda,bawa kuda & tengok kuda mandi. Lagipun menunggang kuda merupakan sunnah Rasulullah. Hari tu rasa penat tapi seronok...!!! :)
Salam blogger, eha ehut.