Saturday, 24 May 2014
SAJAK BUAT NENDA (ATUK SAYA).....
Assalamualaikum! Alhamdulillah saya memang minat dalam bidang penulisan. Setakat ni saya dah mengarang 7 buah sajak pada tahun ini yang diilhamkan oleh Ilahi. Antaranya adalah Nenda, Sahabat Yang Dirindui dan Dimensi. Alhamdulillah...saya berasa sangat bersyukur kerana minat saya ni telah disokong oleh keluarga terutamanya atuk saya. Ini kerana dia pernah mengarang sajak ketika zaman mudanya.
Oleh itu, sempena hari lahirnya yang ke-74 saya telah mengarang sebuah sajak khas untuknya. Dan dia amat sukakannya...
NENDA
Nendaku
Hadirmu ibarat bayu
Tenang menyusup jiwaku
Belaian kasih yang telah
kau beri
Membuatkan diriku terasa dihargai
Nenda
Kau juga ibarat lilin
Tatkala ku buntu
Kau suluhkan jalan
Jikalau aku berduka
Kau membawa sinar kebahagiaan
Suatu hari, apimu kan terpadam
Gelaplah duniaku
Hilanglah kehangatan kasihmu
Namun, ku akan tabahkan diri
Menerima hakikat sebenar
Ternyata kau merupakan pinjaman Tuhan
Ku akan sentiasa
mengingatimu
Selagi hayat dikandung badan
Akan ku sentiasa
menyayangimu
eha ehut
Sekian sahaja. Harap anda menyukainya...:)
Salam blogger, eha ehut.
Labels:
SAJAK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment