Assalamualaikum! "Eh,kenapa pakcik duduk sorang-sorang?? Diam je?"
Nak tahu tak, diam ni ada banyak makna sebenarnya. Diam tu salah satu bentuk komunikasi..Terkejut??Aku pun..:D
1: TANDA TAK SETUJU
Kenapa? Bila seseorang tak setuju dalam perbincangan dia akan diam. Kita yang tak diam ni kena tunjukkan keterbukaan kita untuk terima pandangan lain.
2: TANDA MEMPUNYAI IDEA LAIN
Orang macam ni mungkin ada idea yang lebih bernas tapi dia takut untuk luahkan sebab takut ideanya tak diterima. Biasa tak korang hadapi situasi ni?? So,kalau nampak kawan kita macam nak cakap tak cakap,buka ruang untuk dia beri idea.
3:TANDA TIDAK FAHAM
Orang macam ni berpendapat lebih baik dia diam daripada memandai-mandai dalam perbincangan yang dia tak faham. Orang macam ni kita kena tolong supaya dia tak ketinggalan dalam perbincangan terutamanya kalau buat kerja kumpulan. Tanya setiap ahli kumpulan sama ada mereka faham perbincangan tu. Mungkin kelemahan kita bercakap dengan kurang jelas membuatkan mereka tak faham.
4:TANDA TERLALU KECEWA UNTUK BERCAKAP
Orang yang terlalu kecewa untuk bercakap akan ambil masa untuk memberikan respon bagi mengawal emosi. Kalau jumpa orang ni,kita pun kena kawal emosi. Ubah cara kedudukan,lokasi dan ambil masa sebelum mengakui kesilapan dalam percakapan.
5:TANDA BERSIAP SEDIA UNTUK MENYERANG
Mendiamkan diri dalam sesuatu situasi adalah salah satu strategi untuk mengumpul kekuatan dan menanti waktu sesuai untuk menyerang balas.Kalau macam ni keadaannya,kita kena fokus terhadap apa yang ingin disampaikan dan beri laluan untuk mereka menyampaikan idea.
6:TANDA BERFIKIR
Mereka nampak senyap tapi sebenarnya mereka sedang berfikir. Setiap individu mengambil masa yang berbeza untuk berfikir. Jadi hargai mereka kerana memikirkan apa yang anda perkatakan.
Jadi,walaupun diam ni macam tak ada makna,tapi cuba jadikan ia bermakna..:D Fahami orang lain kalau nak orang lain faham kita.."WHAT YOU GIVE YOU GET BACK".Bye....:)
Salam blogger, eha ehut.