Tuesday, 29 December 2015

TEKAD YANG BERKAT


        Assalamualaikum! Haa..lama tak jumpa. Well, seperti yang semua orang tahu minggu depan kita akan start sekolah!! T_T dan ini bermaksud aku tak akan post selama berminggu-minggu. Jadi, jom spend time together! ^^ 

Best cuti tahun ni?? 

Mesti la best kan~~Cuti aku kali ni biasa-biasa je. Haahla..lupa nak tanya soalan cliche~~

Apa azam tahun baru korang?? 

Dah fikir ke belum?? Atau korang tak azam apa-apa pun?? Whatever it is, aku doakan korang akan bersemangat untuk buat apa yang diazamkan. Jangan bagai melepaskan batok di tangga sudah..                                 

    Korang dah ready nak jadi lebih tua?? Haha..Cakap fasal azam kan..Kita kenalah azam yang elok-elok. Kalau nak azam kita tu diberkati dan dimudahkan oleh Allah..kita kena berazam kerana Dia..Sebenarnya post ni lebih kepada 'chit chat'. 

Aku rasa sungguh la berat hati nak balik maktab. Hari tu, budak MRSM balik awal dan aku cuti hampr 2 bulan. Best kan?? Of course la~~Aku tahu korang rasa malas nak pergi sekolah kan. Yalah, cuti panjang. Macam-macam boleh buat cuti ni. Berfaedah atau tak terserah pada korang. 

Related image

REMEMBER...

LIFE IS A MOVIE,YOU ARE THE HERO IN YOUR MOVIE,
ANY WRONG STEPS COULD DAMAGE
 THE HAPPY ENDING FOR YOUR MOVIE

    Saje je bagi advice tu. Maybe advice terakhir tahun ni yang berguna untuk korang. Hidup ni semuanya start dari tekad,azam and niat kita. So, better kita niat untuk buat EVERYTHING because of Allah. Tapi benda-benda baik je la~~Pahala pun dapat free-free je. Best kan?? Well..I think that's all for today...Bye...:)

KEEP YOUR LIFE ALIVE!

Salam blogger, eha ehut.

Saturday, 19 December 2015

DON'T DESPAIR AND NEVER LOSE HOPE....


     Assalamualaikum! Hai korang..Lama aku tak blogging. Alhamdulillah aku masih diberi peluang oleh Allah untuk hidup lagi. ^^ Korang apa khabar? Sihat? Kalau sihat,baguslah~~tapi kalau kurang sihat..banyakkan istighfar dan ingat Allah.okay?? Aku nak tanya sikit boleh?? Pernah tak korang rasa macam parents korang tak faham perasaan korang?? Mesti pernah kan..Kalau siapa yang tak pernah ada perasaan negatif kat ibu bapa tu tahniah aku ucapkan. Semoga hidup anda dirahmati oleh Allah..^^ 

       Bagi yang pernah rasa tertekan dengan ibu bapa sendiri..cuba perkara yang dibawah..

Related image
  1. TARIK NAFAS DALAM-DALAM...
  2. CUBA TAHAN SELAMA BEBERAPA SAAT...
  3. TAHAN LAGI...
  4. DAN LAGI...
  5. DAN LAGI...
  6. TAK PAYAH HEMBUS NAFAS..hehe
  Ketiadaan oksigen untuk bernafas tu ibarat ketiadaan ibu bapa dalam kehidupan...Cuba bayangkan kalau ibu bapa tiada di sisi..SIAPA NAK MASAK UNTUK KITA?? SIAPA YANG NAK SAYANG KITA BILA ORANG LAIN BENCI KITA?? Mestilah IBU BAPA!!

        Mungkin ibu bapa kita tak tunjuk tapi sifat fitrah manusia wajib ada kasih sayang. Mungkin ibu bapa kita terlebih garang..Mungkin ibu bapa kita terlalu sibuk..Mungkin ibu bapa kita tak caring macam ibu bapa yang lain..

.Cuba fikir balik, adakah setiap manusia dicipta dengan perangai dan sifat yang sama?? Tak kan...mungkin yang aku cakap tadi tu contoh kekurangan mereka. Tapi manusia suka pandang kekurangan walaupun sebenarnya kebaikan ibu bapa lebih banyak daripada kekurangan!! 

                                                                

~~IBARAT SATU TITIK HITAM DI ATAS SEHELAI KERTAS PUTIH~~


     Nasihat aku..banyakkan bersabar Memang susah nak kena banyak berkorban itu dan ini..Korban masa dan tenaga. Memang penat nak berkorban dan bersabar dengan ibu bapa. TAPI....

CER BAYANG!!...

MAK TAK NAK BERTARUNG NYAWA UNTUK LAHIRKAN KITA..SUSAH KATANYA..
AYAH PULA TAK NAK TUNGGU MAK YANG TENGAH BERSALIN...PENAT KATANYA...
AGAKNYA KALAU MAK AYAH KITA BAGI ALASAN MACAM TU WUJUD TAK KITA KAT DUNIA SEKARANG NI??

      Post ni bertujuan untuk bagi korang untuk menghargai apa yang korang ada..Bersyukurlah..At least korang still ada ibu bapa daripada kawan-kawan korang yang dah kehilangan ibu bapa??

                                         

Rasanya ada tak tiket yang murah untuk melancong ke negara yang cantik macam New Zealand dan Paris?? Paling murah pun mungkin beribu ringgit.

Related image
 Rasanya murah tak tiket syurga yang lagi cantik dari Paris tu?? So..'tiket emas' kita  ialah ibu bapa!!  Jadilah anak yang baik kepada ibu bapa..Ganjaran kat dunia mungkin tak seberapa tapi bayangkan ganjaran pahala yang kita dapat confirm lumayan..!! 

                                             



So,masih tak terlambat untuk kita semua minta maaf kat parents dan bertaubat.Akhir kata, jom doa!! (Allah suka hambanya minta kepada Dia ^^)  Semoga eha ehut dan pembaca blog ni akan menjadi anak yang soleh dan solehah dan mendapat tempat di syurga Allah..(amin ramai-ramai) Semoga doa ni makbul ye korang...In sha allah..Amin..Bye...:)

KEEP YOUR LIFE ALIVE

Salam blogger, eha ehut.



Monday, 14 December 2015

Deen Squad- Muslim Man (Official Music Video)





Assalamualaikum! Ini adalah salah satu lagu halal Deen Squad...Video clip ni style! Enjoy...:)



Salam blogger, eha ehut.

AMAZING MOMENTS------>KEDAH



Assalamuaalaikum! Hari tu aku pergi Alor Star,Kedah. Tujuan utama untuk melawat saudara. Tujuan kedua..CUTI!!! Aku and family stay kat TH Hotel Alor Star. Hotel tu milik Tabung Haji. Ada convention center sekali kat situ. Perjalanan dari Perak ke Kedah ambil masa 2-3 jam. 


   


Hotel ni ada women private pool. and pool biasa..gempak XD..

     Sampai hotel waktu petang. Check-in lepas tu terus pergi cari makan malam. Ada satu kedai ni sedap makan dia..SERIOUS!!

     Esoknya lunch kat Restoran Pokok Pisang. Makanan kat situ makanan kampung. Makan tepi sawah padi

                                                                               
                                                                             

Seronok makan tepi sawah padi..Angin sepoi-sepoi bahasa meniup lembut muka. Tenang. Subhanallah.. pemandangan sawah tu sungguh memukau mata yang memandang. Nampak luas macam karpet hijau yang terbentang luas..

                                                            



Well..that's all...:)

KEEP YOUR LIFE ALIVE!

Salam blogger, eha ehut.

Thursday, 3 December 2015

#PRAYFOR (VIDEO MATLUTHFI)





     Assalamualaikum! Ini video terbaru dari matluthfi..Best..Enjoy it...:)



KEEP YOUR LIFE ALIVE!



Salam blogger, eha ehut.

BERTEMU SEORANG MUALAF



  Assalamualaikum! Dah lama tak blogging...^_^ Waktu malam bulan puasa yang lepas kat sekolah,ada slot bersama mualaf. Waktu tu aku excited gila sebab tak sangka ada mualaf datang. Dalam hati dah kata 'post kat blog..post kat blog...' Namanya ialah Mohd Ali bin Abdullah. Dia berbangsa India. Dia berusia dalam lingkungan 20-an. Mohd Ali ni buta sejak lahir. Pakaian dia biasa-biasa je. Perwatakannya santai. Dia merupakan seorang student kat universiti mana aku lupa..^^ Dia ni pandai sebab cemerlang dalam peperiksaan final kat U dia. Mohd Ali mula mengenali Islam ketika umurnya baru 7 tahun. Katanya,waktu tu dia masuk sekolah yang ada asrama. Dia mula berpuasa waktu umur 12 tahun tapi tak masuk Islam lagi.

Related image


   Alhamdulillah dia mendapat hidayah daripada Allah dan memeluk Islam ketika berumur 17 tahun (form 5). Dia mula mengenali Al-Quran ketika berumur 20 tahun. Namun, Allah menguji Mohd Ali kerana dia telah dibuang oleh keluarga kerana memeluk agama Islam. Mohd Ali ada juga bagi nasihat kat kitaorang. Antaranya....

RASA NIKMAT ISLAM DAN NIKMAT IMAN

JANGAN BANDINGKAN DIRI KITA DENGAN ORANG LAIN BEGITU SAHAJA

Pertemuan dengan mualaf bernama Mohd Ali ni memberi seribu satu pengajaran kat aku. Apa yang aku dapat belajar adalah kita kena bersyukur dengan siapa kita sekarang. Aku lahir-lahir dah bergelar seorang Muslim. Parents Muslim, keluarga Muslim, kawan-kawan pun majoritinya Muslim. Aku pun dapat merumuskan  bahawa "TAK SEMUA ORANG YANG ADA MATA BOLEH NAMPAK DAN TAK SEMUA ORANG YANG ADA HATI BOLEH  FAHAM" Faham apa??  Faham perasaan orang lain, ada certain orang yang ada hati langsung tak ada perasaan...#FACT..

Image result for grateful
  So..moral of the story kita kena yakin dengan diri kita dan HARGAI APA YANG KITA ADA!!  Jika kita ada tangan, hargai tangan tu elok-elok. Gunakan dia untuk buat benda baik. Jika kita Muslim dan Mukmin (in sha allah) Hargailah title tu. 

Image result for grateful

Hargai hidayah yang Allah bagi kat kita. Jadi seorang Muslim dan Mukmin yang TERBAIK... ^^ Bila kita bergelar seorang Muslim dan Mukmin in sha allah  ni seolah-olah kita dapat pangkat macam Dato' sebab kita ISTIMEWA. Jadi janganlah lepaskan peluang keemasan ni untuk menjadi VVVIP DI MATA ALLAH..

    810TION!!Bagi yang MUSLIM-TO-BE, I hope anda akan diberikan hidayah oleh Allah untuk memeluk agama Islam. Dan jika anda telah diberi hidayah untuk menjadi seorang Muslim dan Mukmin, jangan biarkan hidayah tu berlalu pergi..Ikutlah kata hati kerana hati tak akan pernah menipu dirimu...I  pray for all the Muslims and Muslim-to-be that Allah guide me and you guys to the right path to Jannah In sha allah...:)

RASA NIKMAT ISLAM DAN NIKMAT IMAN

KEEP YOUR LIFE ALIVE!

Salam blogger, eha ehut.




Tuesday, 1 December 2015

SAJAK (CINTA)

Image result for heart shape





     Assalamualaikum! Hari ni aku post sajak je okay?? Lagipun hari dah nak hujan..What is the meaning of love for you guys?? Jom tengok maksud cinta bagi aku sebab persepsi aku tentang perkataan berhuruf 5 ni sangat pelik bagi aku sekepas diamati berkali-kali..Check it out..

CINTA

Cinta ialah jambatan antara hamba dengan Pencipta
Cinta ialah ikatan untuk sahabat sejati
cinta ialah jalan bagi Adam dan Hawa bersatu
cinta ialah pengorbanan
cinta ialah kehidupan
cinta sukar diluahkan melalui kata-kata
kelu lidah mahu bicara
patah kalimah si petah
hanya sang penglipurlara yang berani 
bercerita tentang cinta
cinta itu murni
tidak wajar dibenci
jauh sekali dikeji
cinta menjadikan manusia berhati manusia
maka bermainlah dengan cinta sejati
yang akan membawa kita bertemu dengan Pencipta cinta

So..??Okay tak?? Ni first time aku terpaksa jadi 'romantik' waktu tulis sajak ni. Well..walau apapun persepsi korang tentang cinta, aku harap korang akan terus MENCINTAI BLOG ni dan tak jemu untuk visit blog ni..

'CINTAKAN BUNGA,BUNGA KAN LAYU..
CINTAKAN MANUSIA,MANUSIA KAN MATI..
CINTAKAN ALLAH CINTA SEJATI...'

Okay..KEEP YOUR LIFE ALIVE!! Bye...:)

Salam blogger, eha ehut.