Jadi, apa kaitannya didikan dengan menggosok?
Mendidik.
Mendidik orang lain
atau
diri sendiri.
Kedua-duanya tak mudah.
Menjadi lebih payah untuk dididik
apabila...
ego menguasai jiwa.
Ego ibarat batu.
Didikan ibarat air.
Air yang dituangkan ke atas batu,
selamanya tak mungkin dapat melembutkan batu.
Bila ada ego,
mana mungkin didikan dapat diterima akal.
Anda bagaimana?
Masihkah memiliki batu keegoan itu?
Didikan bukan sahaja dari manusia.
Bukan hanya dari ibu bapa,
ahli keluarga,
guru-guru,
rakan-rakan,
masyrakat sekeliling,
tapi
Allah juga mendidik kita.
Contoh?
Dalam Al-Quran,
Allah mendidik
cara-cara berpakaian orang mukmin,
berjual beli dengan adil,
bersosial dengan keluarga dan masyrakat
dan
cara untuk menjadi hamba Allah yang bertakwa.
Tetapi,
apa kaitan didikan dengan gosokan?
Sabar...
Jangan terburu-buru...
^_^
Lagi contoh 'didikan' Allah.
Apabila kita ditimpa ujian.
atau
ujian musibah.
Semua itu cara Allah mendidik kita.
Jika ujian nikmat,
Allah mendidik kita untuk tidak menjadi angkuh
dan
supaya kita bersyukur
dengan pemberianNya
Jika ujian musibah,
Dia mahu kita kembali kepada Dia.
Mengadu kepada Dia.
Bukti bahawa Dialah
satu-satunya tempat pergantungan
yang paling utama di dunia ini.
Tetapi,
apa kaitan didikan dengan gosokan?
Mahu tahu?
^_^
Pernahkah kita menggosok baju yang sudah tiada kedutan?
Pastinya kita menggosok baju yang yang perlu digosok sahaja bukan?
Begitulah didikan.
Manusia ibarat baju.
Manusia tak sempurna.
Jadi,pasti ada juga kesan kedutan
walaupun sedikit.
walaupun sudah digosok.
Didikan umpama menggosok.
Menggosok baju?
Tidak..
Menggosok manusia.
Menggosok hati manusia.
Bukan untuk manusia itu tampak sempurna.
tetapi supaya manusia itu menjadi lebih baik.
supaya kesan kedutan pada baju itu
tidak terlalu ketara.
Sudah nampak kaitannya sekarang?
Pasti nampak.
Jika masih kabur..
Belilah cermin mata.
Agar mata hati mampu menilai dengan lebih jelas.
hehe..
Masa untuk ikat simpulan!
Tidak kiralah
siapa atau apa
yang mendidik kita.
manusia atau peristiwa.
Semuanya untuk mengurangkan 'kedutan' di hati kita.
Kena seterika, memang sakit.
Panas!!
Ouch!!
Proses didikan.
Memang perit
Sangat bosan.
Betapa perlunya pengorbanan
untuk melahirkan insan
yang kurang 'kedutan' di hatinya.
KEEP YOUR HEART ALIVE!
KEEP YOUR LIFE ALIVE!
Salam blogger, eha ehut.