Assalamualaikum semua!!!! Hari ni hari yg ke-4 kita puasa. Mesti semua pelik kenapa saya ni excited sangat kan??? Entahlah saya pun tak tahu kenapa. Tapi kalau nak tahu puasa ni bukan setakat lapar or dahaga, tapi puasa ni sebenarnya membantu kita dalam mengurangkan nafsu makan dan minum kita.
Lagi pula, dapat pahala bukannya lapar dan dahaga semata-mata. Bulan Ramadhan inilah waktu yang dinantikan sebabnya kalau kita bertadarus, sedekah, berzikir & sebagainya kite dapat PAHALA BERLIPAT KALI GANDA!!!! Sebab itulah kita mesti rebut peluang keemasan ni. Renung-renungkanlah segala amal ibadat yang telah kita lakukan. Cukup ke tidak bekalan kita di akhirat kelak.
Saya pernah baca satu buku ni. Buku itu kata 63 tahun kat dunia ini hanya 1.5 jam di akhirat. Bayangkanlah... kita nak sampai umur 63 tahun pun jenuh, inikan pula... :)
Salam blogger, eha ehut.