Thursday, 4 July 2013
PERANG BADAR
Assalamualaikum!Seperti yang saya janjikan PERANG BADAR!!!
Perang Badar berlaku pada 17 Ramadan tahun ke-2 Hijrah.Perang Badar berlaku di kawasan lembah yang terletak di antara Madinah dgn Mekah.
BILANGAN TENTERA YANG TERLIBAT
313 orang tentera Islam yang terdiri daripada kaum Ansar & kaum Muhajirin yang dipimpin oleh Rasulullah SAW. Manakala kafir Quraisy pula seramai 1000 orang tentera yang diketuai Abu Jahal bin Hisyam.
BILANGAN TENTERA YANG TERBUNUH
Seramai 70 orang Musyrikin terbunuh termasuk Abu Jahal bin Hisyam & seramai 70 orang yang lain menjadi tawanan tentera Muslimin.Tentera Islam yang mati syahid seramai 14 orang termasuk A'baidah bin Al-Harith.Kemudian Rasulullah memerintahkan semua tentera Musyrikin yang terbunuh ditanam.Manakala tentera Muslimin yang mati syahid dikebumikan dengan baju yang dipakai ketika perang.
The End .Harap maaf jika post ni terlalu ringkas. :)
Salam blogger, eha ehut.
Labels:
HIKAYAT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment