Assalamualaikum! Pernah tak anda berasa sunyi atau duduk sorang2 kat rumah?? Mesti ada yang pernah ada yang tak. Kita akan berasa sunyi bila tiada orang hendak dibuat teman ketawa dan duka. Bila tiada siapa yang mahu bersembang dengan kita... Betul tak?? Selalunya begitulah. Saya rasa perkara ni selalu terjadi kepada orang yang baru pindah sekolah. Ketika itu kita mesti ringankan mulut untuk berkenalan dengan kawan2 baharu. Mestilah agak susah bagi orang yang baru berpindah kali pertama tapi seminggu dua okay lah tu. Oops, dah terkeluar dari tajuk pula.. sorry.
Okay, berbalik kepada sunyi dan sendirian. Sebenarnya masa nilah peluang keemasan yang kita perlu rebut. Masa ni kita boleh mendekatkan diri kepada tuhan. Kita juga boleh musahabah diri kita dan kalau nak beribadat pun senang sebab tiada siapa yang hendak mengganggu.
Ada sesetengah orang kalau mereka sunyi mereka akan bercakap dengan anak patung, kucing peliharaan dan macam2 lagi. Boleh juga cakap dengan tumbuh-tumbuhan. Selain menghilangkan rasa sunyi dan bosan, kita juga boleh mendapat bekalan oksigen yang banyak...
Lagi satu, mungkin kita pernah membuat keputusan yang tak sama dengan orang lain?? Mungkin ya mungkin tak. Pernah tak rasa ragu2 dengan keputusan kita walaupun kita tahu keputusan tu betul??
Sebenarnya waktu tu lah syitan membisikkan perasaan was2 sebab kita tengok ramai orang yang buat keputusan yang lain daripada kita dan orang lain pandang pelik kat kita.
Mesti waktu tu kita nak ubah fikiran dan ikut orang lain yang salah. Ingat tak lagi 'BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH' ? Jadi kita mesti yakin pada diri sendiri walaupun bersendirian. JANGAN TAKUUT UNTUK MENCUBA!!! Ingat, YOU ARE LONELY? DON'T WORRY .Sekian... :)
BE YOURSELF
Salam sunyi, eha ehut.
No comments:
Post a Comment