Assalamualaikum! Hari ni saya nak cerita tentang sejarah tamadun Islam. Maklumat ni semua saya kumpul daripada sebuah buku yang bertajuk Oh London! dan Andalusia Here We Come hasil nukilan Lisa Nurisha. Ia menarik minat saya. Saya suka mengembara sambil membaca. Tetapi saya berazam yang saya akan pergi ke tempat-tempat yang telah saya 'lawati' apabila saya dah besar.
Saya beminat dengan pameran yang diadakan di London Science Museum yang bertajuk1001 INVENTION DICOVER THE MUSLIM HERITAGE IN OUR WORLD. Ia mempamerkan pencapaian saintifik dan kebudayaan tamadun Muslim dari kurun ke 7 dan seterusnya.
Antara alat ciptaan Muslim zaman dahulu adalah Elephant Clock. Ia dicipta oleh seorang jurutera bernama Al-Jazari pada kurun ke 17. Selain itu,tiga jenis hidangan iaitu starter, main dan dessert tersebar di Eropah daripada orang Muslim di Sepanyol pada kurun ke 9. Orang yang memperkenalkan jenis-jenis hidangan ini bernama Ziryab. Ini membuktikan bahawa bukan Barat yang mencipta idea ini.
Selain daripada jam dan hidangan, permainan catur yang di barat sebenarnya berasal dari India ke kerajaan Islam di Persia dan berkembang merentasi peradaban Islam. Permainan catur ini akhirnya popular di Barat. Minyak wangi juga sebenarnya sudah wujud sejak dahulu lagi. Dahulu, minyak wangi dibuat dengan cara menyuling ekstrak bunga dan tumbuhan.
Memang tidak disangkal lagi yang ilmu pengetahuan amat penting. Sebenarnya universiti pertama yang wujud di dunia ini dibina oleh seorang perempuan bernama Fatima al-Fihri. Beliau membina universiti pertama dunia, Al-Qawariyah pada tahun 814. Sehingga hari ini universiti yang terletak di Morocco ini masih beroperasi.
Buat pengetahuan,peta dunia pertama dilukis oleh Al-Idrisi yang berbangsa Morocco. Peta yang dilukis oleh Al-Idrisi terbalik daripada peta yang ada sekarang.
Pernah tak dengar nama adik-beradik Wright? Sebenarnya mereka bukanlah pencipta kapal terbang seperti yang digembar-gemburkan selama ini. Hal ini kerana, model sayap yang dicipta oleh Abbas Ibn Firnas jauh lebih awal daripada adik-beradik Wright.
Saya berharap agar kita memperoleh sesuatu daripada post ini. Ingatlah, jika kita tidak belajar sejarah, maka kita akan mengulangi sejarah. Janganlah kita terlalu mengagung-agungkan Barat yang hanya mencedok ilmu daripada orang Islam.
Salam sejarah, eha ehut.
Sejarah membuktikan Islam itu hebat. Tetapi telah dibutakan oleh pengaruh barat. Mari kita lapangkan hati luaskan minda semarakkan semula kebangkitan roh Islam. Allahuakhbar!
ReplyDelete