Monday, 26 January 2015
KELAHIRAN (SAJAK)
Assalamualaikum! Hari ni saya post sajak je la ye..Haha hope korang enjoy..
KELAHIRAN
Gelap gelita
itulah yang dapat ku lihat
kakiku ditarik dengan kuat
perlahan-lahan cahaya
mula menyelubungi
Aku menangis sekuat hati
tali pusatku diputuskan
badanku dibalut kain,
pakaian pertamaku
kemudian ku lihat
seraut wajah tersenyum lebar melihatku
diriku kini bertukar tangan
terdengar alunan
merdu qamah di telinga kecilku
lahirlah aku di dunia ini
memegang nama seorang Islam
That's all..Bye...:)
Salam blogger, eha ehut.
Sunday, 25 January 2015
3 HARI DI SARJANA (SM RAJA DR NAZRIN SHAH)
Assalamualaikum! SARJANA atau nama panjangnya ialah SM RAJA DR NAZRIN SHAH adalah salah sebuah sekolah di bawah kerajaan negeri Perak. Senang kata dia dalam kategori SMAN (sekolah menengah agama negeri). Terletak di Kg Gajah,Perak dan memang dekat dengan hati saya. Alhamdulillah doa saya untuk ke MRSM Ulul Albab dimakbulkan. SARJANA ni pernah dapat tempat ke-3 kebangsaan tahun saya pun tak tahu. (promote tahulah abang saya ada kat situ..hehe)
Duduk kat asrama ni best sebenarnya (ayat yang teramatlah cliche). Yang lainnya ok je. Lagipn saya dah biasa tinggal kat asrama waktu pertandingan peringkat negeri. Tapi duduk asrama ni kena friendly and banyak berkomunikasi. Yalah tak akan nak makan sorang-sorang,belajar jauh dari orang. Senang cakap,jangan jadi kera sumbang. Plus,manusia perlu satu sama lain untuk hidup. saya kalau sehari tak bersembang dengan kawan tak boleh..(nampak sangat muluit murai kan??) Tapi mulut murai saya pun ada masa saya pendiam..hehe
Sebenarnya bangunan sekolah tu dah dicat dengan cantik tahun ni.. |
But saya bersyukurlah dapat pergi MRSM. SARJANA ni boleh je pergi waktu visit abang saya..heheh...So tak adalah berat sangat hati ni tinggalkan sekolah ni. Tapi seriouslah kalau korang yang baca ada darjah 6 or form 3. Sekolah ni ok je..Bestlah lagi-lagi sekarang ni dia dah colourful sebab baru cat akhir tahun lepas. So that's all kot. And jangan takut duduk asrama tau??!! Ouh ya. Ni sajak untuk SARJANA (macamlah sekolah ni pandai baca blog) Oklah..silap-silap sajak ni ditujukan untuk student SARJANA. Confirm korang kembang hidung. Eh,jangan kembang-kembang ya! :D
HARI-HARI DI SARJANA
Hari-hari di SARJANA membuatku bahagia
Ramai sahabat yang mengiringi langkahku di sini
Terasa bangga aku bergelar pelajar SARJANA walau hanya seketika
SARJANA, sebuah sekolah yang megah berdiri
di tengah kehijauan rimba
Di dalamnya terselit warna-warna indah
yang menghiburkan hatiku
Angin petang SARJANA melayukan rentakku
yang tadinya pantas
Terasa damai aku menikmat saat-saat
akhir aku bergelar pelajar sekolah ini
Sungguh,ingin aku berlama di sini
namun bukan takdirku
Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untukku
Terima kasih SARJANA kerana
mengalu-alukan aku sebagai ahli keluargamu
Akan ku kembali ke sini
untuk menyelak memori ketika aku bersamamu
kau tidak akan luput dari fikiranku
Kau kini menjadi salah satu mutiara
yang tersimpan rapi dalam peti hatiku
Selamanya aku menyayangimu, SARJANA.
Oklah..saya pun dah lenguh jari-jemari ni. rajin sangat sampai buat 2 post dalam 1 hari. So saya harap korang suka sajak ni especially student SARJANA walaupun ada kekurangan..hehe.And jangan jadi lone ranger kat asrama ye...That's all,bye!!..:)
Salam blogger, eha ehut.
AIR MATA
Assalamualaikum! Alhamdulillah aku dah diterima untuk belajar di MRSM. Syukur sangat..berkat doa semua orang. Sebenarnya ada 1 malam sebelum aku ke asrama hari tu,aku doa lepas solat dengan penuh feel. Selalu doa biasa-biasa je. Tapi tiba-tiba terpanggil untuk berlama atas sejadah. Rasa sombong pula sebab dah lama tak menanngis waktu doa. Yalah..selalu menangis sebab hidup susah dan kekurangan diri. Punyalah teruk manusia ni. Ish-ish..kena penampar kat diri sendiri.
Tapi waktu doa tu,rasa macam tengah call kawan. yalah..sebab kita kan tak nampak Allah. Tapi rasa seronok gila. Segala doa dan luahan hati keluar waktu tu. Kalau kita cakap dengan manusia kadang tu rasa malu tapi bila cakap dengan Allah rasa macam ada 'umph' macam ada some ketenangan yang datang masuk dalam hati.
Aku ada teringat ada orang cakap (sorrylah selalu lupa siapa yang cakap) tak payah tanya Allah kat mana sebab Allah tu ada dalam hati kita. Lebih kurang macam tulah. Ibarat kita pergi tempat lain tak jumpa mak ayah. Tak tahu diaorang buat apa. tapi sebab mereka ada dalam hati kita so kita selalu ingat mereka. Faham tak?? Kalau faham korang memang the best!!
Bagi aku 'tak nampak' tulah membuatkan kita rindu and nak cerita segalanya macam jumpa kawan lama. Baru ada feel kan. Cuma bezanya Allah boleh nampak kita and Dia always tahu apa yang kita fikir.
So,buat apa kita bazirkan air mata untuk benda tak guna. memanglah normal untuk manusia sedih. Tapi lebih baik kita menangis berpahala. Aku pun bukanlah baik sangat just nasihat. Tak salah kan?? :D Tak salah untuk nangis cuma apa kata cuba menangis everytime lepas solat. Yalah saya pun baru nak try. Oklah..That's all...:)
Salam blogger, eha ehut.
Monday, 19 January 2015
PERUBAHAN
Assalamualaikum! Dalam masa 2 hari saya akan masuk sekolah asrama. Tapi bila dah habis sekolah ni rasa sayu sangat. Yalah memang kawan tu datang dan pergi tapi kenangan indah tak akan sama dengan kawan rendah tak akan sama dengan kawan sekolah menengah. Teringat yang kitaorang ber-4 geng yang pendiam. Macam kena gam je. Kalau buat group tu lah kawannya. Bukan tak kawan dengan orang lain,cuma itulah kawan yang sekepala.
Tapi sekarang kami pun dah form 1. Semua berpecah ke sekolah lain. tapi saya dengan lagi seorang sahabat panggil dia Q lah..Dia mungkin sama dengan saya. Sebelum cuti sekolah tahun lepas,kami janji tak akan lupa sesama sendiri dalam masa 5 tahun dalam alam sekolah menengah ni. Teringat saya kat lagu sahabat nyanyian Pita Hati
'Jika sahabat sejati meninggalakan dirimu, usah bersedih kerna dia pasti akan kembali'
Saya doa sangat dapat jumpa dengan mereka lagi. Kalau ada rezeki,insyaallah. saya pula jenis setia. Saya tak akan lupa kawan-kawan baik saya. Sebab bila masuk pertandingan,dioranglah yang selalu support saya. Selalu juga buat bro-fist heheh..
Saya rasa that's all kot. saya harap korang pun tak lupa kawan ye..:)
Salam blogger, eha ehut.
Friday, 16 January 2015
TIDAK KU SANGKA..
Assalamualaikum! Saya terkejut bila buka Facebook. Rupa-rupanya kawan satu sekolah- Azmarul Azfar,meninggal dunia pada tahun ni. Orang kata sebab jangkitan kuman. Dia bukanlah kawan rapat cuma satu sekolah. Innalillah. Dia baru form 1 sebaya dengan saya. Saya harap semua doakan rohnya dicucuri rahmat Yang Esa.
Ini memberikan tamparan hebat kepada saya. Masa dia sudah tiba. Betul-betul tak sangka dia akan pergi pada umur yang sangat muda. Saya bila pula??Entahlah..Tapi Ya Allah,saya nak sampaikan hasrat untuk jadi seorang hafizah dahulu. Dan blog ni..oh sayangnya! Tapi kalau fikir balik,apa yang nak disayangkan kalau nyawa dah terputus dari badan. dah tak kisah tentang dunia ni. Bukannya pc ni boleh bawa masuk kubur pun. kalau boleh sekalipun,apa yang kita kisah tentang amalan.
Sebab inilah kita kena sentiasa bersedia dengan kematian. Teringat saya lagu 'Bila Tiba' nyanyian Pasha Ungu. Memang pemergian arwah menggoncang hati. Yalah,baru tahun lepas nampak arwah main bola dengan kawan-kawan dia. Siapa sangka itu memang memori terakhir?? Kalau Allah kata 'kun fayakun' maka jadilah. Allah..Saya harap perkongsian hari ni akan dimanfaatkan. Kalau umur berapa tahun pun,kalau tiba 'masanya' akan kembalilah dia menghadap Penciptanya..:) Al-fatihah
Salam blogger, eha ehut.
Monday, 12 January 2015
SAJAK LUAHAN HATI
Assalamualaikum! hari ni sambung dengan sajak. Sajak kali ni adalah luahan hati saya..Huhu feeling sikit. Apapun enjoy!!
PEREMPUAN
Ku pandang kiri dan kanan
ramai gadis yang berjalan
pemandangan yang tidak ku pinta
memaksaku menundukkan muka
pada mata mereka berpakaian
kerana mata mereka bergaya
malang hakikatnya bagai tiada seurat benang
Hatiku dilanda bah kecewa
aku menjadi saksi kehancuran bangsa sendiri
jati diri remaja kini
bagai guni yang berdebu
hukum agama terlepas dari genggaman
hati dikelilingi dinding kegelapan
akhlak melayang meninggalkan
jasad bertulang
nafsu berjaya menguasai tanpa dijinakkan
oleh tuan punya badan
Pakaian malu sudah dibuang
diganti dengan lambang kemegahan
kecantikkan dijadikan pameran
yang tersembunyi menjadi bahan awam
ke manakah hilangnya maruah sekarang?
Wajarkah jika disapa oleh bahagia sementara?
Malang jika derita yang menjelma di hujung usia
Sekian sahaja. Jangan terasa ye..Ini cuma luahan perasaan yang dah lama saya pendam. Persoalan ni yang selalu main dalam'playgronud' kepala..Hehe..:)
Salam blogger, eha ehut.
Sunday, 11 January 2015
AUSTRALIA KU #2
Assalamualaikum! Seterusnya kami pergi ke Movie World milik Warner Bros. Kat sini memang thrill semacam sebab ada banyak rides! Saya yang gayat ni relakan jiwa sebab tak tahu bila lagi nak jejakkan kaki ke sini. Lagipun,cousins saya memang bersemangat betul. Pertama sekali tengok Stunt Drivers 2 Hollywood. Memang amazing stunts yang ditunjukkan. Lepas tu ada seorang pengarah nama dia Morgan Ross datang. Orang lain sibuk dengan 'OMG' dan lain-lain. Saya pula blur je..hehe.
Lepas tu,nak warm up naiklah Scooby-Doo Spooky Coaster. Mula-mula memang jerit habislah. Tapi lepas 3 kali naik rasa benda tu slow sangat. Ops! Jangan terkejut! Orang yang gayat ni yang banyak naik ye..
Yang paling saya suka waktu parade sebab ada Looney Tunes,Batman,Cat Woman dan macam-macam lagi. memang havoc la waktu tu. tak cukup dengan tu saya naik Batman Ride pula. Cousin dah tutup mata je.
Itulah dia Movie World,Gold Coast. Nanti saya post lagi ye..Btw,doakan saya dapat tawaran ke form 1 MRSM. Result dia 15/1/2015 (Khamis)..:)
Salam blogger, eha ehut.
Subscribe to:
Posts (Atom)