Monday, 12 January 2015
SAJAK LUAHAN HATI
Assalamualaikum! hari ni sambung dengan sajak. Sajak kali ni adalah luahan hati saya..Huhu feeling sikit. Apapun enjoy!!
PEREMPUAN
Ku pandang kiri dan kanan
ramai gadis yang berjalan
pemandangan yang tidak ku pinta
memaksaku menundukkan muka
pada mata mereka berpakaian
kerana mata mereka bergaya
malang hakikatnya bagai tiada seurat benang
Hatiku dilanda bah kecewa
aku menjadi saksi kehancuran bangsa sendiri
jati diri remaja kini
bagai guni yang berdebu
hukum agama terlepas dari genggaman
hati dikelilingi dinding kegelapan
akhlak melayang meninggalkan
jasad bertulang
nafsu berjaya menguasai tanpa dijinakkan
oleh tuan punya badan
Pakaian malu sudah dibuang
diganti dengan lambang kemegahan
kecantikkan dijadikan pameran
yang tersembunyi menjadi bahan awam
ke manakah hilangnya maruah sekarang?
Wajarkah jika disapa oleh bahagia sementara?
Malang jika derita yang menjelma di hujung usia
Sekian sahaja. Jangan terasa ye..Ini cuma luahan perasaan yang dah lama saya pendam. Persoalan ni yang selalu main dalam'playgronud' kepala..Hehe..:)
Salam blogger, eha ehut.
Labels:
SAJAK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment