Saturday, 20 June 2015
Wiz Khalifa - See You Again ft. Charlie Puth [Official Video] Furious 7 ...
Assalamualaikum! Ingat tak Paul Walker dalam Furious 7?? Dia meninggal waktu tengah buat stunt tak silap. Lagu ni best dan teringat aku kat orang yang dah pergi tinggalkan kami kat dunia ni. Enjoy...:)
Salam blogger, eha ehut.
Saturday, 13 June 2015
SALAM BUKAN YANG TERAKHIR
Assalamualaikum! Esok dah nak balik maktab. Dalam masa kurang 24 jam. Rasa tak sabar dan rasa tak rela singgah silih berganti. Aku doa supaya aku sampai ke Ramadhan tahun ni sampai ke penghujungnya. Yalah,dah ramai yang meninggalkan bumi fana ni menghadap yang Ilahi. Rasanya ni post yang terakhir sebelum aku balik maktab. Oh..rindunya kenangan dengan blog ni. Kalau orang tanya hobi aku confirm dengan laju dan bangganya aku jawab BACA BUKU & BLOGGING.
Aku tak kisah dengan persepsi orang lain. Biarlah kalau aku ulat buku pun. Apa kisah kalau aku ni blogger?? At least aku ada minat sendiri. Tapi yang aku sedih sebab sekarang orang baca buku. Bagus memang bagus. Aku rasa seronok tengok ramai bangsa membaca kat sekelilingku tapi aku aku sedih dan tersungkur kecewa sebab buku terutamanya novel yang mereka baca tu novel cinta semata. Memanglah pembendaharaan kata dalam sesetengah novel cinta tu boleh dikatakan Bahasa Melayu Tinggi,High Class.
Tapi sayang seribu kali sayang kalau isi kandungan yang meresap ke dalam minda pembaca tu sesuatu yang tak sesuai untuk masyarakat umum. Okaylah..Aku mengaku aku ni kritik orang je tapi kalau aku tulis mesti ceroi. But please write a better story. Cuba tengok Harry Potter punya novel. Novel tu tentang something out of the box. Tapi kalau diteliti still ada kisah cinta remaja tapi hanya sebagai cerita sampingan.
Right now,my favourite author is Abdul Latip Talib. Beliau ialah seorang novelis sejarah no.1 Malaysia. Banyak novel dia aku beli. Daripada lambakan idea klise yang dijual di pasaran Alhamdulillah ada yang menepati citarasa aku. Apa-apapun untuk novelis cinta. Teruskan usaha anda. Tapi berhati-hati dengan setiap perkataan yang ditulis yang ditatap oleh masyarakat. Jangan sampai musnah pahala okay??I'm not so perfect but my passion in writing is steping towards it. Aku minta maaf kepada pembaca blog ni yang mungkin terluka dengan tulisan aku. Doakan aku dalam hafalan ye..Sekarang aku dah juzu' 3. Salam Ramadhan...:)
Salam blogger, eha ehut.
#KENANGAN-->DEDICATED TO ALL MY FRIENDS
Assalamualaikum! Sajak ni dah lama aku buat. Kononnya preparation untuk berpisah waktu tahun 6. Especially for my besties/best friend/bae or whatever you call them..(Well..you know who). For those yang dah tercampak/sekolah kat serata Malaysia..satukanlah hati-hatimu membaca puisi luahan hati yang sedang merindui kamu..
#KENANGAN
Maha kuasa mempertemukan kita
menjadi sahabat,berjuang bersama
namun,takdirnya kita harus berpisah jua
moga kita bertemu kembali
Hilaian tawa dan sedu-sedan tangisan
menjadi hiasan seharian
kita sentiasa bersama
sering berkongsi cerita
sering engkau hiburkan hati yang sedang lara
Pelbagai masalah yang dihadapi
namun, kita tetap bersama
meredah duri
untuk mengecapi kejayaan hakiki
Sahabat,
usah kau gusar
kerana usaha murniku tidak ternoktah di sini
ku akan terus berlari
walaupun kau tiada di sisi
Kenangan yang tersimpan di hati
terkadang membuatku berat tuk melepaskanmu pergi
rindu bakal menebal,berdebu di jiwa
memori pastinya bersarang di minda
tulus ku ucapkan
kau teristimewa dalam hidupku
terima kasih,sahabatku
Aku harap kawan-kawan aku yang baca ni akan sentiasa mengingati diri ini. Untuk pembaca blog yang lain..ingat-ingatlah kawan korang tu...That's all...:)
Salam blogger, eha ehut.
AKU & AIS KRIM!!!
Assalamualaikum! Cuti dah nak dekat habis...Too bad. Kalau boleh rasa tak nak balik asrama. Tapi tak apa. Sebelum cuti berakhir aku nak update post sebanyak mungkin. Rasanya mesti korang sedar blog ni dah berwajah baru..
Introducing the whole new Dataran Info!! (Clap2) 'Thank you.Thank you.' Hari tu balik KL,rumah opah aku,ada uncle ais krim Walls naik motorsikal selalu lalu depan rumah tu..
Kitaorang(me and my siblings) akan kejar or tunggu uncle tu stop depan rumah untuk beli ais krim. Dari dulu sampai sekarang,kitaorang still tak berubah walaupun dah besar panjang. Uncle ais krim tu pun still orang yang sama.
Yang bestnya..kalau beli ais krim contoh RM5.50. Sen kat belakang tu akan diberi diskaun. Itulah yang best tentang uncle ni. Kitaorang kira macam regular customerlah..Fav ais krim saya-chocolate, black forest. Serious sedap. Kalau kat Ice Room saya suka ais krim chocolate.
Cakap tentang ais krim,teringat kat Mekah dulu sebelah Maqam Hotel ada satu kedai ais krim kecil. Hampir setiap hari aku and family beli ais krim kat situ. Ada flavour choc,vanila,mango,strawberi last sekali, mix semua flavour tu.
Orang yang rajin pergi beli ialah aku,kakak and abang aku. Pak Arab tu pun dah kenal kitaorang bertiga. Yang paling lawak sekali,tha time kakak aku, dia nak pilih antara choc and vanila...first dia pilih choc lepas tu sebelum pak arab tu isi cup dia,dia jerit
'kejap-kejap nak vanila la...~~' Pak Arab tu boleh faham dia cakap dalam bahasa Melayu~~~Haha~~:D~~
kenangan ais krim yang tak akan dilupakan. Entah-entah pak arab tu dah tak kenal kitaorang sebab semua dah besar(tak adalah besar sangat..sekolah menengah je pun!) WHAT A SWEET CREAMY MEMORY!!!
My fav blackforest ice cream!!
That's all...Bye..:)
Salam ais krim, eha ehut
Tuesday, 2 June 2015
TONIGHT
Assalamualaikum! Malam ni sajak ni je..
TONIGHT
tonight the stars are sprinkled on the skies
the moon is smiling brightly in the dark
the crickets are singing the melody of my heart
the air greets me warmly to bedtonight is the night that I sleep tight
That's all and nighty..:)
Salam blogger, eha ehut.
Subscribe to:
Posts (Atom)