Saturday, 13 June 2015

#KENANGAN-->DEDICATED TO ALL MY FRIENDS



    Assalamualaikum! Sajak ni dah lama aku buat. Kononnya preparation untuk berpisah waktu tahun 6. Especially for my besties/best friend/bae or whatever you call them..(Well..you know who). For those yang dah tercampak/sekolah kat serata Malaysia..satukanlah hati-hatimu membaca puisi luahan hati yang sedang merindui kamu..

#KENANGAN

Maha kuasa mempertemukan kita
menjadi sahabat,berjuang bersama
namun,takdirnya kita harus berpisah jua
moga kita bertemu kembali

Hilaian tawa dan sedu-sedan tangisan

menjadi hiasan seharian
kita sentiasa bersama
sering berkongsi cerita
sering engkau hiburkan hati yang sedang lara

Pelbagai masalah yang dihadapi
namun, kita tetap bersama
meredah duri
untuk mengecapi kejayaan hakiki

Sahabat,
usah kau gusar
kerana usaha murniku tidak ternoktah di sini
ku akan terus berlari
walaupun kau tiada di sisi

Kenangan yang tersimpan di hati
terkadang membuatku berat tuk melepaskanmu pergi
rindu bakal menebal,berdebu di jiwa
memori pastinya bersarang di minda
tulus ku ucapkan
kau teristimewa dalam hidupku
terima kasih,sahabatku

Aku harap kawan-kawan aku yang baca ni akan sentiasa mengingati diri ini. Untuk pembaca blog yang lain..ingat-ingatlah kawan korang tu...That's all...:)

Salam blogger, eha ehut.

No comments:

Post a Comment