"Sabarlah..ujian sikit je tu.." "Sabaq na.Allah sayang orang yang sabaq" "Sabo le..ujian tu kifarat dosa" "SABARLAH"
Kan?? Sabar ni nak buat maha dasyat.Sabar ni something yang kita kena usaha sendiri. Sabar ada rules juga macam main bola.
- Sabar ni PAHIT. Memang pahit mengalahkan ubat TAPI kena KUAT telan pahit tu baru dapat rasa MANISNYA SABAR
- Sabar tak boleh tergopoh-gapah.kena buat dengan TENANG
- Tak banyak merungut
- Sentiasa INGAT ALLAH
- MOHON ALLAH KUATKAN KITA
- SANGKA BAIK DENGAN ALLAH
Aku mengaku dulu memang aku tak sabar. Buat semua benda nak orang ikut dan orang cepat. Tapi lepas 1 peristiwa ni memang terjelepok juga aku. Ceritanya begini...(pandang atas..ada flashback)
Ada seorang kakak senior kat sekolah aku pinjam baju outing. Aku dengan 'baiknya' pinjamkan tanpa tanya nama atau no. bilik dia.Dia janji nak pulangkan secepat mungkin. Setelah seminggu...Kakak tu tak muncul-muncul pun. 'Mungkin dia lupa' aku cuba husnul dzon(bersangka bai)k. Lepas 2 minggu tak ada juga. Aku mula ikhtiar-buat announcement dan sebagainya. Still tak ada respon. 'Malu kot nak pulangkan face-to-face'. Aku tunggu la maybe dia letak atas katil ke meja ke. 3 minggu.
Aku mula gelisah. Ustaz ada buat bacaan Yasin ramai-ramai supaya orang yang 'pinjam' barang orang lain lembut hati pulangkan. Aku menangis sebab menyesal. Memang aku careless pun tak tanya maklumat penting. Aku doa je baju outing aku dipulangkan. Ustaz kata doa orang yang dizalimi/diambil haknya mustajab. Hampir 2 bulan aku doa. Lama-lama aku jadi pasrah. Semoga orang yang 'pinjam' baju outing aku tak buat kat orang lain.
Aku mula belajar untuk bersabar dan redha. Alhamdulillah pada suatu petang kawan aku bawak naik sehelai baju outing dengan hanger sekali kat aku. Dia kata dia terjumpa kat ampaian. Memang sah tu baju aku!! Apa lagi..Melompat kesyukuranlah aku. Sekarang aku tak kisah siapa orang tu yang penting aku dah dapat hak aku. Mungkin waktu tu aku jauh dengan Allah dan Dia nak aku dekat balik kat Dia. So,Dia kirim 'salam sayang'.Sekarang aku lebih tenang dalam membuat keputusan. Alhamdulillah..INDAHNYA SABAR!!
Tapi kalau hak kita diambil atau dicuri kat sekolah selalunya. Boleh je kita doa keburukan untuk orang tu TAPI jangan sampai kita ambil hak dia pula. Ustaz aku kata=Contoh: A curi pembaris B. B doakan si A hidup susah. Lepas tu Allah makbulkan hidup A susah. Tapi sepatutnya balasan A sebab curi pembaris tak sampai tahap tu. Jadi,si B dah ambil hak A. Patutnya akibat yang si A dapat 1 je. Tapi si B doakan akibatnya 10. Macam tu la..Jangan kita pula menzalimi dia.
Kalau barang kita kena curi jangan sampai tak maafkan. Sebab maybe yang kita tak maafkan sorang tapi yang tak maafkan kita 10 orang. Tak takut ke?? tapi itu hak masing-masing. Suka hati korangla. Ini just nasihat. Nak ambil,boleh tak nak,tak apa~~~
Abdul Malik al-Harits bin Ashim Al-Asy'ari mengatakan bahawa rasulullah SAW bersabda:Kesabaran adalah penerang kehidupan.
Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dalam shahihnya dari Abu Sa'id al-Khudzri r.a Rasulullah SAW bersabda,"barangsiapa berusaha keras untuk bersabar,maka Allah akan memberikan kesabaran kepadanya.Sungguh tidak ada pemberian yang lebih baik dan luas melebihi kesabaran." (At-Targhib,4/276)
"Wahai orang yang beriman,mintalah pertolongan(kepada Allah) dengan sabar dan solat,sesungguhnya Allah berserta orang yang sabar.
~Surah Al-Baqarah:2,153~
That's all...love u guys...and SABAR!!....:)
Salam blogger, eha ehut.
No comments:
Post a Comment