Assalamualaikum! Lagi beberapa hari kita akan PUASA...RAMADAN..Oh yeahh!! So, apa perasaan korang.Sebelum tu. Aku nak promote satu event ni. Kalau hari tu ada Fit Malaysia kat Balik Pulau, Penang.
FAST-A-THON (fasting marathon)
- Ada 30 CHECKPOINT
- Peserta yang berjaya menjalani 10 CHECKPOINT TERAKHIR marathon ini akan mendapat MYSTERY GIFT yang betul-betul misteri!!
- Makanan TIDAK AKAN disediakan oleh pihak penganjur dariTERBITNYA FAJAR SADIQ SAMPAI TERBENAMNYA MATAHARI.
- Hanya hidangan SAHUR dan IFTAR sahaja yang akan disediakan oleh pihak penganjur.
- Peserta harus BERSEDIA dari segi MENTAL dan FIZIKAL.
Haha..Agak-agak korang nak tak join marathon ni. Hehe..Oh ya..Cer usha tajuk post..Tu confrmnya tajuk SAJAK!!
KEMBALI
Topeng gembiraku lekang
senyuman manisku hampir tertanggal
mereka sangka aku manusia
hanya hanya tahu beramah mesra
yang mampu bergurau senda
namun mereka lupa
aku juga manusia
yang pernah berduka
Sering mereka berkongsi kisah
dengan nada hampa mereka bercerita
sedang aku juga menderita
ku palsukan segalanya
demi membuat mereka bahagia
Apabila bayangan mereka menghilang
ceriaku bertukar menjadi hambar
tiada kemanisan yang dapat mengubati
tiada insan yang dapat memahami
dan baru ku sedar
yang Tuhan sedang menantiku kembali
Okay tak?? Kadang-kadang bila ada orang buat kita sedih, mungkin tu maksudnya Allah nak kita cari Dia dulu. Ini tak, bila kita ada masalah dengan kawan contohnya, kita pergi mengadu kat kawan lain. Memang diorang boleh tolong tapi Allah yang bagi petunjuk/ilham untuk diorang tolong kita.
Okay..I think that's all...:)
HAPPY FAST-A-THON
KEEP YOUR LIFE ALIVE!
Salam blogger, eha ehut.
No comments:
Post a Comment