Friday, 30 September 2016
MIND READER-HEART READER
Assalamualaikum! Oh ya! Eha ehut da kembali ke rumah!! Semestinya sebab cuti awal Muharam. Nanti korang jangan lupa untuk baca doa awal dan akhir tahun hari Sabtu 1 September ni tau?? Korang apa khabar? Sihat? Sakit? Tapi alhamdulillah walaupun kita sihat atau sakit sekalipun, kita masih hidup. Jadikan awal tahun Islam ni sebagai satu permulaan atau 'fresh start' untuk mulakan hidup baru yang lebih TERBAIK!! Okay??
MIND READER-si pembaca fikiran. Ada je golongan ni kat sekeliling kita. Yup. Diorang ni boleh baca fikiran orang dengan lebih mendalam. Tapi kalau fikirkan balik semua manusia boleh baca fikiran manusia melalui tindakan seseorang.
Kadang-kadang kita rasa kagum dengan orang yang boleh baca fikiran orang.
Tapi kita lupa yang Allah tu lagi HEBAT!! Yang kita selalu tahu ialah Allah Maha Melihat macam CCTV walau di ceruk dunia mana pun kita berada.
Tapi kita selalu lupa yang hebatnya Allah bukan setakat baca fikiran hambanya tapi boleh tahu isi hati hambanya.
Selalunya, benda paling 'simple' yang paling senang kita nak lupa...Betul tak?? That's all...Bye...:)
KEEP YOUR LIFE ALIVE!
Salam blogger, eha ehut.
Thursday, 15 September 2016
BAJU
Assalamualaikum! BAJU. Baju bukan sekadar pakaian. Baju bukan sekadar hiasan. Kalau nak tahu apa pendapat aku fasal baju, bacalah sajak kat bawah ni..Okayy??
BAJU
Baju baharu masih tersimpan
tersusun rapi di dalam almari
masih berbau haruman kedai
dan tidak pernah sekali dibuka lipatannya
sehingga kini, warnanya tetap tidak pudar
baju itu, terkunci lagi di dalam almari
tiada tangan yang berani membukanya
kerana risau dikecam dunia
sedangkan mereka tidak tahu
itulah baju yang paling berharga nilainya
Maksud baju pada pendapat aku, baju ni macam sebuah idea. Kalau kita biarkan idea tu terperap dalam fikiran, sampai bila pun kita tak tahu sejauh mana kemajuan yang idea tu boleh bawa. Idea tak semestinya betul. Tak selalu juga salah. Bergantung kepada cara orang tu berfikir.
Tapi, walau sehebat mana pun idea kita, kalau kita tak ada keberanian untuk keluarkannya dari kotak fikiran kita, sampai bila pun orang tak akan tahu...:)
KEEP YOUR LIFE ALIVE!
Salam blogger, eha ehut.
CUTI=CUT_I
Assalamualaikum! Hah..~~mesti ramai yang tak faham maksud tajuk post ni kan..Maksudnya CUTI ni bersamaan dengan CUT I/CUT ME. Tak faham lagi? Okay..Bagi aku cuti kali ni macam MEMOTONG AKU. Lebih kurang lah..Atau lebih tepat lagi, cuti ni aku terpaksa 'DIKORBANKAN'.
Sejujurnya cuti kali ni sangat..
Yup..PADAT macam gambar kat atas tu
Lusa atau Ahad ni dah balik~~Btw, korang doakan aku tau sebab seminggu lepas cuti aku ada peperiksaan selaras 2. Doakan eha ehut dapat buat exam dalam keadaan yang terbaik dan dapat keputusan yang terbaik juga..^___^
Jadi, aku rasa moral value yang aku dapat ialah kita WAJIB manfaatkan masa yang ada. Sebab kadang-kadang masa lapang yang kita rasa sangat 'BORING' tu la masa free yang kita ada. Jangan jadi macam aku. Cuti nak dekat habis tapi homework still 'menziarah'.
Ini pun pengajaran untuk korang juga okay?? That's all..Bye..:)
KEEP YOUR LIFE ALIVE!
Salam blogger, eha ehut.
Subscribe to:
Posts (Atom)