Thursday, 15 September 2016

BAJU


Assalamualaikum! BAJU. Baju bukan sekadar pakaian. Baju bukan sekadar hiasan. Kalau nak tahu apa pendapat aku fasal baju, bacalah sajak kat bawah ni..Okayy??

Image result for clothes


BAJU

Baju baharu masih tersimpan
tersusun rapi di dalam almari
masih berbau haruman kedai
dan tidak pernah sekali dibuka lipatannya
sehingga kini, warnanya tetap tidak pudar
baju itu, terkunci lagi di dalam almari
tiada tangan yang berani membukanya
kerana risau dikecam dunia
sedangkan mereka tidak tahu
itulah baju yang paling berharga nilainya

Maksud baju pada pendapat aku, baju ni macam sebuah idea. Kalau kita biarkan idea tu terperap dalam fikiran, sampai bila pun kita tak tahu sejauh mana kemajuan yang idea tu boleh bawa. Idea tak semestinya betul. Tak selalu juga salah. Bergantung kepada cara orang tu berfikir.

   Tapi, walau sehebat mana pun idea kita, kalau kita tak ada keberanian untuk keluarkannya dari kotak fikiran kita, sampai bila pun orang tak akan tahu...:)

KEEP YOUR LIFE ALIVE!

Salam blogger, eha ehut.

No comments:

Post a Comment