Thursday, 28 December 2017

KE PENGHUJUNG


Image result for the end of road

Assalamualaikum! Apa khabar korang? 30 Disember 2017. Cuti nak dekat habis. Aku pun nak dekat balik maktab. Tidak! Dalam masa beberapa jam lagi cuti sekolah akhir tahun akan berakhir. Terlalu pantas masa berlari meninggalkan kita. Haihh sabar je eha.

 Related image

Aku rasa agak sedih nak tinggalkan rumah (semestinya) tapi ni kewajipan menuntut ilmu. Mahu atau tidak, rela atau terpaksa bukanlah alasan tak balik ke asrama tu..~~Lagipun ni dah masuk tahun ke 4 kat maktab tu..
                 
Semoga tahun 2017 ni menjadi salah satu tahun yang bermakna dalam hidup korang. Dah-dah tutup buku lama tu.. Bersiap sedia untuk tiup lilin 2017..


Related image

BYE KORANG! :D opss sebelum tu..

Pesanan daripada Newt Maze Runner..
             

GO FINISH WHAT YOU START
'in 2018'(just an addition😝)
Image result for the end

KEEP YOUR LIFE ALIVE!

Salam blogger, eha ehut.









SIBUK

Related image

SIBUK

Sibuk manusia dengan kerja
Sibuk manusia dengan dunia
sampai tiada masa 
untuk berbahagia
untuk beragama
terkocoh-kocoh mengejar masa
bagi menyekat kesibukan
yang meyesakkan dada
sampai nanti masa pergi
lari bersama bahagia juga agama

Related image
ALLAH :')

Assalamualaikum! Sajak lagi..Sajak terakhir yang aku post untuk tahun 2017. Harap korang suka sajak ni. Dalam masa tengah sibuk packing barang ke sekolah, jangan lupa nak baca Al-Quran atau nak ada 'happy family time' saat akhir sebelum sesi persekolahan mula. 

Hari ni 29 Disember.Esok jangan lupa usha blog ni sebab akan ada post terakhir untuk 2017..Bye..:D


KEEP YOUR LIFE ALIVE!

Salam blogger, eha ehut.


SEDAR:KUNCI KEINSAFAN

Related image

Assalamualaikum!

Di surau sebuah shopping mall...

Waktu maghrib. Ramai orang sedang bersesak-sesak nak menunaikan kewajipan solat. Semua tengah tunggu turn untuk pakai telekung yang disediakan oleh pihak surau. Aduh. Stokin aku tak bersih. Kalau stokin bersih, tak payah susah-susah pakai telekung. Haihh tak apalah nak buat macam mana kan? 

Related image

Tengah aku tunggu turn telekung tu, ternampak ada seorang perempuan muda ni. Melayu. Free hair dan rambutnya diwarnakan perang. Dia sedang memakai telekung dan tentunya berniat untuk sembahyang maghrib.

Terdetik rasa kasihan dalam hati aku. 
'Bukan tak sah ke air wuduk kalau rambut diwarnakan dengan pewarna? Sebab air dikira tak membasahi rambut kalau bahannya kimia yang menghalang air sampai ke rambut?'  

Itu hakikat tapi aku ambil keputusan untuk terus memerhati.

Aku tak cakap
'biar free hair asalkan solat' tu betul...
Aku juga tak cakap
'cukuplah pakai tudung tak payah solat' tu betul...
Apa yang aku rasakan betul adalah SEKURANG-KURANGNYA perempuan muda tu SEDAR kewajipannya untuk solat.

Image result for thinking

Walaupun mungkin belum sempurna lagi ibadah solat yang dilakukan tu.

Mungkin sekiranya perempuan muda tersebut mendalami lagi ilmu Islam atau diajarkan lagi dia akan tahu bagaimana nak tunaikan solat dengan betul.

SEDAR
Sangat penting
Berapa ramai wanita free hair Muslim yang kurang kesedaran untuk menunaikan solat?
Berapa ramai wanita bertudung (semestinya Muslim)yang kurang kesedaran untuk menunaikan solat?

Image result for when you realize you made a mistake take immediate steps to correct it

Bukan nak bandingkan sesiapa.
Jelas di sini yang dengan adanya kesedaran..seseorang hamba itu akan kembali ke jalan yang benar.
Tak kisahlah banyak mana dosa yang dilakukan, bila dia SEDAR akan silapnya..dia wajar diberikan peluang. Wajar dibimbing ke jalan yang lebih lurus.

Mereka sudah berubah 360 darjah.
Kenal Mizz Nina? 
Kenal Yusof Islam a.k.a Cat Stevens?
Dan ramai lagi manusia yang berpaksikan contoh yang sama.

Muslim,
Lelaki atau perempuan,
Perempuan free hair atau bertudung,
jika ada kesedaran untuk jadi insan yang lebih baik..itu yang terbaik.
Bila dah sedar..mulalah untuk insaf..kemudian bertaubat..



Btw..segala benda kat atas tu sekadar pendapat peribadi..^___^
Mana tahu entah-entah perempuan muda yang aku nampak dalam surau tu jadi seorang muslimah solehah satu hari nanti? Sama-samalah kita doakan dia supaya Allah berikan hidayah kepada dia...:D

KEEP YOUR LIFE ALIVE!

Salam blogger, eha ehut.











Tuesday, 26 December 2017

GADIS DI TEPI JENDELA

Related image


GADIS DI TEPI JENDELA

Gadis itu, 
masih setia menunggu
meski resah sudah menerjah rasa
meski rindu sudah bermalam di jiwa
Dia masih betah menunggu
walau malam mula mempamerkan bayangnya
walau kerisauan makin mencengkam emosinya

Mengalir air mata
menuruni pipi gebunya
kerna hari kian malap
namun kelibat itu
masih tidak terlihat

Si gadis terus menunggu di tepi jendela

Langkahnya mula berganjak
berkeriut kuat anak tangga
angkara kepantasan langkahan kakinya

Si gadis membuka bicara
sambil dihulurkan seulas senyuman
'Assalamualaikum ibu'
dengan nada hambar
si ibu tua membalas 
kalimah suci
bersama-sama mereka naik ke rumah
tika malam sedang menyinggah alam

Assalamualaikum! Alhamdulillah..ahirnya sajak ni dipublish juga setelah banyak kali aku mengeditnya. Tentunya aku baru balik dari maktab...huuu...selamat tahun baru cina!!!

Sajak ni menceritakan tentang seorang anak solehah yang sedang menunggu kepulangan ibunya yang sudah berusia dari tempat kerja. Tangga yang berkeriut kuat itu jelas menunjukkan bahawa mereka tinggal di rumah kayu yang terletak di kampung. 

Mereka hanya tinggal berdua dan hanya si ibu yang keluar mencari rezeki kerana suaminya telah meninggal dunia. Kenapa gadis tu tak turut bekerja? Kerana si ibu mementingkan pelajaran anaknya yang sedang bersekolah menengah. Jadi, jelaslah bahawa si anak menanti ibunya di rumah setelah sesi persekolahan tamat pada waktu petang.

Sajak ni menunjukkan kasih sayang seorang anak kepada orang tuanya. Dia menyambut ibunya dengan penuh lemah lembut. Jadi aku harap korang suka sajak ni. :D

KEEP YOUR LIFE ALIVE!

Salam blogger, eha ehut.



JANGAN TENGOK LANGIT!

Related image


Assalamualaikum! Jangan tengok langit? Kenapa? Perkara tu bukanlah suatu pantang larang. Cuma arwah ayah aku selalu melarang aku untuk tengok langit sewaktu dalam kereta waktu aku kecil dulu. Alasannya takut aku mudah menjadi pening atau mabuk darat dalam kereta. 

Related image


Tapi aku degil. Aku tengok juga langit walaupun dah dilarang berkali-kali. Dan ternyata memang betul apa yang dikatakan oleh arwah ayah aku. Lepas beberapa minit menghadap ke langit, aku mula rasa pening sebab kereta sedang bergerak dengan laju dan langit tu seakan-akan mengikuti pergerakan kereta yang laju.

Jadi bila aku semakin besar, aku sedar yang manusia ni memang degil sifatnya. Yalah mana tidaknya. Larangan ibu bapa yang 'simple' pun dilanggar apatah lagi larangan Allah yang berbagai-bagai walaupun simple je?

Ingatan untuk diri sendiri dan orang lain..Nafsu harus dikalahkan..Ego harus direndahkan..Barulah senang nak ikut segala larangan dan perintah..

Image result for thumbs up


Tapi kalau korang nak tahu, walau banyak kali arwah ayah melarang untuk tengok langit sewaktu dalam kereta, sampai sekarang aku tetap tengok ke langit sebab aku rindu garau suaranya melarang aku untuk berbuat demikian. :D Al-fatihah..

KEEP YOUR LIFE ALIVE!

Salam blogger, eha ehut.



Monday, 25 December 2017

RESTORAN BERIANI ASIF


                            Image result for restoran beriani asif bukit bintang

Assalamualaikum! Tadaaa..ni Restoran Beriani Asif, sebuah restoran yang menghidangkan makanan Pakistan. Hari tu saya dan keluarga pergi makan tengah hari di restoran ni. Nak cari kedai ni agak susah sebab terletak di lorong kecil. Terdapat banyak warga asing yang menempat di kawasan itu. Tengok restoran ni dari luar nampak tak nampak macam restoran mewah pun. Tengoklah gambar di atas tu. Tapi sekali langkah masuk ke dalam restoran...


Restoran Beriani Asif
bahagian dalam restoran


Makanannya sedap! Ada cheese naan, garlic naan, beriani, mango lassi dan pelbagai lagi hidangan sedap yang disediakan dalam menu. Tapi gambar-gambar ni semuanya dipinjam dari Google Images..:D

Related image
garlic naan                               
Untuk lebih lanjut, nah aku bagi link website resoran ni. Enjoy..:)


KEEP YOUR LIFE ALIVE!

Salam blogger, eha ehut.



EGO

Related image

EGO

Di mulut kau katakan mampu
tapi di hati kau meronta selalu
kau katakan yang engkau tahu
tapi sebenarnya kau sedang keliru

Dirimu kian terpenjara 
dalam dunia ciptaan sendiri
kau sering tertanya-tanya
mengapa hatimu selalu sunyi

Kau rindukan Dia
Kau mahukan Dia
tapi kau tak mahu mengaku
Kau mahukan Dia
Kau perlukan Dia
tapi kau tak mahu cari Dia di mana

Assalamualaikum! baiklah sajak ni tentang seseorang hamba Allah yang merindui Penciptanya tanpa disedari olehn dirinya sendiri. Tanda-tandanya cukup jelas seperti hati selalu sunyi..selalu keliru dalam membuat sesuatu perkara..Cuma dia sendiri tak tahu bahawa hatinya meronta-ronta untuk mengadu kepada Si Pencipta. 

Sajak ni merujuk kepada zaman sekarang bila manusia tu sedar yang dia salah..dia berdosa..iman di dadanya sudah mengiakan namun tingginya ego menimbuskan keinginan untuk bertaubat.

Apabila ego mengatasi keimanan..Diri sendiri yang menjadi buntu dan keliru.

KEEP YOUR LIFE ALIVE!

Salam blogger, eha ehut.


Thursday, 21 December 2017

Dialogue by Muslim Show



Berminat nak menyumbang?? Untuk info lebih lanjut??

https://www.launchgood.com/project/dialogue_by_muslim_show#!/

Assalamualaikum! Ha..gambar kat atas ni tentang projek The Muslim Show..Kenal kan..Kalau tak kenal nahh



Jadi..lepas tengok video kat atas tu mungkin korang akan lebih faham tentang projek diorang ni. Tapi jika nak menderma, mestilah dalam USD. Kempen ni supaya menyedarkan ramai orang tentang Islam yang sebenar. 


Related image


Aku tulis post ni untuk share kempen ni supaya jadi saham aku di akhirat. Sekurang-kurangnya jika aku tak mampu nak menyumbang duit, aku mampu sebarkan kempen ni kepada orang ramai..manalah tahu ada yang berminat nak menyumbang lepas post ni publish..:D


Related image


Kalau korang tak mampu nak menyumbang, sekurang-kurangnnya korang share fasal kempen ni kepada orang lain..Dapatlah kita share pahala..


Image result for DIALOGUE MUSLIM SHOW

KEEP YOUR LIFE ALIVE!


Salam blogger, eha ehut.





Tuesday, 19 December 2017

KRISMAS?

Related image

*sekadar perkongsian ilmu..^__^

Assalamualaikum! Mesti korang pelik kenapa tiba-tiba aku letak tajuk ni kan? Kita semua tahu perayan krismas disambut pada 25 Disember setiap tahun. Tapi ada juga perkara yang kita tak tahu. Perkara apa?

Aku ada baca sebuah buku ni 'Aku Melayu di Kota Inggeris' karya Muhaimin Sulam,seorang pelajar Malaysia yang belajar di Britain. Dia ada berkongsi tentang perayaan ni. 

Image result for buku aku melayu di kota inggeris

Katanya dalam buku tersebut, perayaan Krismas pada asalnya bukan salah satu perayaan orang Kristian tetapi merupakan perayaan orang yang tidak beragama (orang pagan) sebelum kedatangan Kristian. Pada zaman dahulu, Krismas diraikan ketika musim dingin oleh orang yang tidak beragama supaya dapat menghidupkan malam yang dingin dan panjang itu. 

Related image

Tetapi, apabila Kristian telah bertapak di Eropah, mereka menjadikan Krismas sebagai salah satu acara keagamaan Kristian. Oleh itu, mitos seperti pokok Krismas dan Santa Claus memang tidak berkaitan langsung dengan agama kristian.

Post ni hanyalah perkongsian semata. Aku cuma tertarik dengan fakta sebenar tentang Krismas yang ditulis dalam buku tersebut.. Alang-alang pula lagi beberapa hari  sebelum tarikh perayaan tu. Semoga post ni bermanfaat..:)

KEEP YOUR LIFE ALIVE!

Salam blogger, eha ehut.

Sunday, 17 December 2017

SRIKANDI

Related image

SRIKANDI

Dikau seorang srikandi,
berani berdiri di lembah dugaan
gagah beraksi menangkis halangan
segala pengorbanan kau lakukan
demi keluarga yang engkau sayang

Dikau seorang srikandi,
yang mampu ketawa di kala 
hatimu sedang galau
mampu menguntum senyuman
di saat kemarahan sedang bersarang

Dikau srikandi,
yang tak pernah didendangkan
namamu juga tidak menjadi sebutan ramai
namun, dirimu tidak pernah mengharapkan balasan
kerna kau yakin
dengan anugerah syurga pemberian Tuhan

Assalamualaikum! Ni sajak yang aku tulis untuk mak saudara kesayangan aku waktu hari lahir dia. Haha..sweet tak aku?? Semanis gula..oopss korang jangan muntah..huhuhu..Dah janji dengan dia nak post sajak ni kat blog. Enjoy..:D

KEEP YOUR LIFE ALIVE!

Salam blogger, eha ehut.

Saturday, 16 December 2017

JUMANJI 2


Muka acah bengis :p
           
Assalamualaikum! Tadaa..Tengoklah betapa bahagianya orang tu dapat bergambar dengan pelakon-pelakon Jumanji:Welcome to the Jungle. Haha..Alhamdulillah ni sebagai hadiah PT3 aku..

Image result for happy face
#non_stop_smiling
Jumanji ni best memang tak boleh nak nafikan. tapi semestinya lagi gempak daripada Jumanji yang pertama sebab banyak debaran sampai mak saudara aku tutup muka dengan tudung dia~~huhuu~~Cuma ada beberapa scene yang aku kurang suka tapi walau apapun memang enjoy tengok cerita ni. 

Dalam movie Jumanji 1, tahun Alan Parrish dan Sarah Whittle menghabiskan permainan Jumanji bersama Judy dan Peter Shepherd adalah pada tahun 1995. pada scene terakhir kita tengok yang permainan Jumanji tu terdampar di tepi pantai kan? Pada tahun 1996 pula (Jumanji 2) permainan itu dijumpai oleh ayah Alex (Nick Jonas) dalam pasir di tepi pantai. memang sambungan yang sangat mengujakan.

Image result for jumanji game in sand

Jumanji 2 ni baru release 14 Disember 2017. Hari aku tengok movie ni memang kebanyakan orang yang datang tengok movie ni. Memang ni antara hadiah terbaik yang aku dapat selain daripada pau Manong tu...^___^

Tak cukup dengan movie, aku juga dapat hadiah buku Hamka karya Abdul Latip Talib~~Ni hadiah yang aku minta sendiri..Sangat demanding kan aku ni?? Dah lama aku nak buku ni tapi baru sekarang aku berani nak minta kat mak aku sebab sebelum ni dah banyak sangat beli buku~~~hehe..Buku ni bukan main tebal..Mak aku geleng kepala je..Hehe..Tak apalah..Janji bahagia~~


Related image
Hadiah lain yang aku terima :D


Alhamdulillah..Jadi lepas ni tumpuan aku teralih kepada SPM pula..Haihh..Dua tahun lagi..Berusahalah eha ehut!

KEEP YOUR LIFE ALIVE!

Salam blogger, eha ehut.


Thursday, 14 December 2017

PAU MANONG


Assalamualaikum! Apa khabar keputusan PT3 korang?? Haa..Aku?? Alhamdulillah keputusan aku dalam jangkaan. hehe..Lepas dapat tahu result kitaorang lalu satu kedai ni.

Related image

Tadaa..kedai ni terletak di Manong antara Tanjong Blanja dengan Kuala Kangsar. Tarikan paling best ialah...

                                       PAU~~~

Image result for pau manong

Image result for pau manong

Yup. paunya memang TERBAIKK!! bak kata Boboiboy.

Related image

Ada macam-macam jenis pau. Ayam, daging, kaya, coklat dan kacang merah. Jenis pau yang paling aku suka ialah pau daging dan pau coklat. Sedap pun sedap dan besar pula tu. memang puas walaupun hanya makan satu ketul sahaja. Macam dalam gambar kat atas tu. Yum-yum..Nampak menyelerakan..Kalau nampak sedap..Boleh beli~~

Anyway tentang result PT3 tu jangan risau kerana semuanya ketentuan Ilahi..Yang penting dah berusaha sehabis baik..:)

KEEP YOUR LIFE ALIVE!

Salam blogger, eha ehut.


Tuesday, 12 December 2017

Hugo- Purpose (Tujuan)



Assalamualaikum! Hari tu aku tengok satu cerita ni. Hugo. Movie Hugo ni dah lama dah wujud cuma aku je yang baru tahu kewujudannya..:p

Related image

Movie ni best la juga. Boleh tahan..Kalau nak tengok dipersilakan~~Tengah syok-syok tengok tiba-tiba ada satu scene yang Hugo bercakap dengan kawan dia, Isabelle tentang sesuatu mesin dicipta sebab ada tujuan. Kalau korang tengok vid kat atas ni ada satu bahagian yang Hugo kata:

'if you lose your purpose, it's like you're broken

Kata-kata tu buatkan aku rasa nak share content movie ni dengan korang~~~
Samalah macam kita manusia. Kalau kita tak ada tujuan dalam hidup seolah-olah kita ni 'mesin yang rosak'. Jadi, tetapkan matlamat hidup. Asal kita hidup?? Jawapan paling utama mestilah sebab nak jadi salah seorang hamba Allah yang dapat tempat dalam syurga. Betul tak?? 

Semua orang ada impian dan cita-cita sendiri dalam hidup. Tapi semua orang akan cakap nak masuk syurga. 

Sebab apa? Sebab semua orang sedar yang dunia ni dah tak lama hayatnya. Dunia hampir sampai ke penghuijungnya. Cuma kita je yang tak sedar atau buat-buat tak sedar. (orang yang tulis post ni pun 2x5 je..-_-...oopsss tertampar diri sendiri...) 

Related image
#facepalm
Korang, jomlah sama-sama kita sedar tujuan kita ni diwujudkan kat dunia. Semoga kita mendapat tempat kat syurga Allah nanti..^___^

p/s:lagi 2 hari result PT3 nak keluar..wish me all the best..walau apapun keputusannya..
'i syukur n redha' :D

KEEP YOUR LIFE ALIVE!

Salam blogger, eha ehut.



Thursday, 7 December 2017

DIA BERDIRI


  Assalamualaikum! Jadi hari ni aku nak post sajak. Sebenarnya kalau nak tulis post yang betul-betul berilmiah masih tak ada ilham lagi. Tapi tak apalah. Btw, doakan aku tau sebab minggu depan (14 Disember 2017) in shaa allah akan diumumkan keputusan PT3.. Doakan eha ehut dapat A LURUS (straight A's) tau..Amin.Nah.. Bacalah sajak ni...:)

                              Related image

DIA BERDIRI

Dia berdiri,
teguh kakinya terpacak di bumi
Dia berdiri,
sambil lantang mulutnya mengeluarkan
butir bicara
Dia berdiri,
sambil memerhati dan meneliti
wajah setiap hadirin
Dia berdiri,
dengan lancar melontarkan 
setiap idea
Dia berdiri,
 penuh yakin bahawa
kemenangan mampu dia miliki
Dia berdiri,
seorang pemdato cerdas
terkemuka di dunia

Sajak ni aku buat khas untuk kawan aku yang masuk pertandingan pidato. Gayanya bila berpidato memang luar biasa. Lentok suaranya memang membuat semua hadirin terpaku bagai dijampi. Huu..Dia memnag layak dapat johan dalam semua pertandingan pidato. Baiklah..bye...:)

KEEP YOUR LIFE ALIVE!

Salam blogger, eha ehut.

VOLDEMORT: Origins of the Heir FINAL TRAILER - Fan Film



Assalamualaikum! Ya. Ingat tak post haritu yang aku cakap movie Voldermort:Origins of Heir ni release bulan Disember ni? Haa..Sebenarnya movie ni tak jadi release Disember ni tapi release pada 13 Januari 2018. Huu sedihla sebab waktu tu aku dah balik maktab. Tapi kalau korang nak tengok movie ni kena subscribe channel ni

https://www.youtube.com/channel/UCHa1nCaL35Gng9Oq3gmJxrg

Video kat atas ni merupakan final trailer sebelum movie yang sebenar akan ditayangkan tahun depan..Enjoy!

KEEP YOUR LIFE ALIVE!

Salam blogger, eha ehut.

The Faith - Perhatianmu (Attention Cover)



Assalamualaikum! Yup. Aku baru dengar lagu cover ni. Maaflah sebab lama tak post..Hehe..Sibuk sikit (kononlah~~) Enjoy!

KEEP YOUR LIFE ALIVE!

Salam blogger, eha ehut.