GADIS DI TEPI JENDELA
Gadis itu,
masih setia menunggu
meski resah sudah menerjah rasa
meski rindu sudah bermalam di jiwa
Dia masih betah menunggu
walau malam mula mempamerkan bayangnya
walau kerisauan makin mencengkam emosinya
Mengalir air mata
menuruni pipi gebunya
kerna hari kian malap
namun kelibat itu
masih tidak terlihat
Si gadis terus menunggu di tepi jendela
Langkahnya mula berganjak
berkeriut kuat anak tangga
angkara kepantasan langkahan kakinya
Si gadis membuka bicara
sambil dihulurkan seulas senyuman
'Assalamualaikum ibu'
dengan nada hambar
si ibu tua membalas
kalimah suci
bersama-sama mereka naik ke rumah
tika malam sedang menyinggah alam
Assalamualaikum! Alhamdulillah..ahirnya sajak ni dipublish juga setelah banyak kali aku mengeditnya. Tentunya aku baru balik dari maktab...huuu...selamat tahun baru cina!!!
Sajak ni menceritakan tentang seorang anak solehah yang sedang menunggu kepulangan ibunya yang sudah berusia dari tempat kerja. Tangga yang berkeriut kuat itu jelas menunjukkan bahawa mereka tinggal di rumah kayu yang terletak di kampung.
Sajak ni menceritakan tentang seorang anak solehah yang sedang menunggu kepulangan ibunya yang sudah berusia dari tempat kerja. Tangga yang berkeriut kuat itu jelas menunjukkan bahawa mereka tinggal di rumah kayu yang terletak di kampung.
Mereka hanya tinggal berdua dan hanya si ibu yang keluar mencari rezeki kerana suaminya telah meninggal dunia. Kenapa gadis tu tak turut bekerja? Kerana si ibu mementingkan pelajaran anaknya yang sedang bersekolah menengah. Jadi, jelaslah bahawa si anak menanti ibunya di rumah setelah sesi persekolahan tamat pada waktu petang.
Sajak ni menunjukkan kasih sayang seorang anak kepada orang tuanya. Dia menyambut ibunya dengan penuh lemah lembut. Jadi aku harap korang suka sajak ni. :D
KEEP YOUR LIFE ALIVE!
Salam blogger, eha ehut.
No comments:
Post a Comment