Assalamualaikum!
Salam hari Sabtu!
Malam ni, aku ingin berkongsi
satu luahan rasa
yang terselit di sanubari
Harap kalian sudi membaca
coretan kecil dari hati...
IMPIAN
satu kata yang berlegar di minda
satu mimpi yang diharap
menjadi realiti
satu janji yang dikotakan
satu masa nanti
Terkadang tak pernah aku tahu
apakah impianku?
kelak nanti, apa yang aku mahu jadi?
rahsia diri yang kekal misteri
kisah tersembunyi
yang perlu digali
Sewaktu aku masih kecil,
aku ingin bergelar
seorang DOKTOR
Kot putih menjadi pakaian seragam,
setiap hari bertarung
dengan kegetiran.
Bermain dengan nyawa dan darah.
Setiap hari mendengar keluhan perit
deritanya si pesakit.
Kerna apa mahu menjadi DOKTOR?
Kini, aku sendiri tak pasti.
Pernah satu ketika,
aku ingin menjadi seorang guru,
sentiasa berdamping
dengan generasi pewaris bangsa,
mahu berada dekat di hati mereka,
mengajar mereka erti
sebuah perjuangan dan pengorbanan
dalam arus kehidupan
yang berombak dan berliku,
mendidik mereka makna kesabaran
yang manis buahnya,
Kini, aku keliru.
Entah menjadi guru itu,
profesion yang sesuai bagiku.
IMPIAN
sebutannya mudah,
namun maknanya payah,
ianya sebuah hasrat yang dikaji
dan disimpan rapi,
disemat dalam hati,
agar nanti,
impian sebenar dapat direalisasikan
berkat kegigihan diri
yang punya impian dalam jiwa yang murni
Lama-kelamaan,
ku biarkan saja diri ini,
mencari arah sendiri,
biar ia cenderung
terhadap apa yang diminati
menyuluh haluan sejati dalam kegelapan
yang tak diketahui
kelak, akan aku kongsikan pula,
apa IMPIANku yang sebenar-benarnya.
KEEP YOUR LIFE ALIVE!
Salam blogger, eha ehut.
No comments:
Post a Comment