Bismillah.
Alang-alang mungkin dah tak ada orang yang menjenguk blog ni, aku nak jadikan blog ni sebagai
ruang untuk aku membebaskan apa yang terbuku dalam hati, yang mustahil dapat difahami oleh
insan lain. Bukan tak percaya, tapi trust level aku agak bermasalah terutama dengan manusia. Tau
kenapa? Sebab dulu aku selalu meluahkan kegusaran hati kat seorang ahli keluarga aku. End up,
dia hebahkan masalah aku kepada orang lain. Mungkin untuk tujuan memberi aku nasihat
barangkali. Tapi, itu bukan main thing yang aku mahukan waktu tu. AKu hanya mahu didengari
dan difahami oleh insan yang ku sangka dapat menjadi temoat luahan kegalauan jiwa. Tapi,
rupanya aku tersalah mengorak langkah. Haih. Nasiblah badan, perkara dah berlalu. Jadi sekarang, aku jadi sukar untuk meluah masalah kat orang sebab aku takut kena betray lagi. Hm.
Tak apa pun nak cakap dah sebenarnya. Saja menambah kemeriahan blog ni haha.
No comments:
Post a Comment