Assalamualaikum! Saya nak tanya boleh??? Okay, siapa yang tak suka benda-benda yang cantik? Mesti semua orang suka kan?? Sudah jadi fitrah manusia. Manusia suka benda-benda yang cantik dan baru. Contohnya waktu hari raya aidilfitri. Sesetengah orang kalau boleh semua nak ditukar. Sofa, langsir, balang kuih raya dan macam-macam lagi. Nasib baik tiada siapa yang tukar rumah setiap tahun. Tetapi semua ini hanya pembaziran!!! Bukan tak boleh beli yang baru. Cuma kalau barang yang elok lagi tak usahlah beli yang lain. Membazir sahaja.
Janganlah sebab semua nak cantik yang lama mesti ditukar. Kita mesti bersyukur dengan apa yang Allah berikan. Walaupun kita banyak duit boleh beli barang atau benda yang baru, cantik tetapi ingatlah bukan semua benda boleh jadi milik kita. Lagipun duit itu boleh kita simpan buat bekalan masa hadapan.
Lagi satu, semua orang nak muka yang cantik. Yalah, kononnya kalau muka yang cantik ramai orang suka. Tapi kenapa kita tak pandang apa yang kita ada?? Kita ada sepasang mata, hidung, telinga, tangan kaki yang sempurna. Tak pernahkah kita fikir semua itu?? Janganlah cemburu dengan orang yang lebih cantik daripada kita. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.
Lagipun apa guna kalau muka sahaja cantik tetapi hatinya tak berapa cantik?? Ingatlah... Allah tidak pandang pun harta dan rupa paras kita tetapi memandang keikhlasan hati kita. So, buat apa nak sedih-sedih mengenangkan muka kita yang pada pandangan orang tak berapa cantik. Walaupun pada pandangan oran kita tak cantik, tapi sebenarnya ciptaan Allah semua cantik-cantik. Pada pandangan saya, senyum sahaja sudah cukup membuatkan kita cantik. Bertanbah pula pahala kerana senyum itu sedekah... :)
Salam blogger, eha ehut.
No comments:
Post a Comment