Wednesday, 26 February 2014

ARCHERY

Image result for ARCHERY


  Assalamualaikum! Dah lama saya tak post. Maaflah, sibuk sikit. Tapi tak apa sebab hari ni saya nak beritahu satu benda yang confirm menarik. Hari Jumaat minggu lepas sebenarnya saya pergi pertandingan memanah peringkat negeri di padang SMK Clifford sampai hari Ahad. Sekarang saya nak cerita detail punya.

JUMAAT (21 FEBRUARI 2014)

 Pukul 7.15 (lebih kurang) dah ada di SMKA Azlan Shah, Bota untuk naik bas. Tak lama kemudian, bas pun datang. Perempuan bawah 12 ada 4 orang termasuk saya. Lelaki bawah 12 ada 2 orang. Perempuan bawah 15 ada 3 orang. Saya tak pasti semuanya ada berapa.

  Pukul 9 lebih sampai Kuala Kangsar. Terus tuju khemah Perak Tengah untuk pasang bow(busur), pasang tali bow, pakai armguard, fingertap dan yang paling penting... botol air!!


  Lebih kurang pukul 10 ada sesi percubaan (untuk cari aim). Ada 2 kali. Then, baru pertandingan sebenar bermula!! Hari tu 40 and 30 meter. 6 kali shoot guna 6 batang arrow. Pukul 12 lebih kurang berhenti rehat...

   Lepas makan, solat dan sebagainya, baru mula balik pukul 3 petang. Petang 30 meter. Pukul 5 atau 6 baru habis. Kami (perempuan) menginap di asrama SMK Raja Muda Musa. Manakala lelaki pula menginap di BTN Ulu Kenas. Malam tu, kami berehat secukupnya...


Related image
SABTU (22 FEBRUARI 2014)

  Hari kedua. Pagi 25 meter dan petang 20 meter. Hari tu semangat berkobar-kobar kerana family saya datang untuk memberikan sokongan. Petang sambung pula dengan 20 meter. Alhamdulillah, ada yang kena kuning (markah: x, 10 dan 9).

Lepas habis acara-acara tu, ada penyampaian hadiah untuk tempat pertama sampai keempat. Alhamdulillah perempuan bawah 15 ada seorang dapat johan. Kemudian balik asrama dan tunggu kedudukan keseluruhan.


Related image

AHAD (23 FEBRUARI 2014)

Orang yang dapat no 1 sampai 16 layak masuk pusingan olimpik. Perempuan bawah 12 ada seorang dapat no 15. Perempuan bawah 15 ada 2 orang: no 1 dan 14. Lelaki  rasanya 2 orang. Saya tak berapa pasti. Pukul 12 parents saya ambil untuk balik kerana hari Isnin hanya untuk sekolah menengah (berkumpulan). Saya pula dapat no 23 daripada 30 peserta perempuan bawah 12. Alhamdulillah...

  Itu sahajalah pengalaman yang dapat dikongsi. So, kalau ada peluang sertailah pertandingan memanah ni. Kalau nak tahu, memanah merupakan sunnah Rasulullah. Jadi, memanah boleh mengingatkan kita kepada Nabi Muhammad. Berselawatlah banyak-banyak... :)


Salam blogger, eha ehut.

No comments:

Post a Comment