Thursday, 27 November 2014
OH AMERIKA! (PART 3) EMPAYAR UTHMANIYYAH
Assalamualaikum! Sambungan siri yang lepas..hehehe..
Seorang pelukis peta zaman Empayar Uthmaniyyah,Piri Reis telah melukis sebuah peta dunia yang dilukis pada tahun 1513. Reis telah menggunakan peta dari Greek Purba, Arab dan peta Columbus sebagai sumber untuk melukis petanya. Peta itu dijumpai di Istanbul,Turki pada tahun 1929. Peta itu menjadi bukti bahawa orang islam telah meneroka US sebelum Columbus dan pelayar Eropah yang lain. Peta itu dilukis 21 tahun selepas ketibaan columbus di US.
Peta tersebut menunjukkan timur Pantai Amerika Selatan dengan kedudukan yang tepat dari Afrika. pantai Brazil juga ditunjukkan dengan terperinci termasuk tempat-tempat sungai. Walaubagaimanapun, Columbus tak pernah sampai ke Amerika Selatan. Walaupun reis mangunakan peta Columbus sebagai salah satu sumber.
Kewujudan Gunung Andes dalam peta Reis membuktikan orang Islam telah sampai ke US dahulu. Padahal orang Eropah menjumpai gunung itu pada tahun 1520-an. Oleh itu, jangan pandang rendah kepada umat Islam. Jangan begitu mengagung-agungkan Barat...:)
Salam blogger, eha ehut.
Labels:
HIKAYAT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment