Assalamualaikum! Parkour ni sejenis sukan extreme yang famous. Abang saya suka sangat buat parkour atau free running ni kat luar rumah. Tapi kena marah bila mak saya nampak..hehe.
Parkour @ Le Parkour ni singkatan dia PK kalau susah sangat nak sebut. Datangnya sukan ni dari orang Perancis. Kalau dalam bahasa Perancis-l'art du deplacement. Kalau dalam bahasa Melayu maksudnya seni pergerakan badan, Parkour ni bertujuan untuk bergerak dengan pantas dari satu tempat ke tempat yang lain.
Sukan ni bagus dalam masa kecemasan macam ada kebakaran dan sebagainya. Benda ni guna tiang, tembok, bumbung, dahan pokok dan apa sahaja yang boleh dipanjat. Sukan ni juga boleh dijadikan hobi. jadi macam Spiderman sekejap..hehe..Best kan bunyinya..?? Parkour bergantung kepada keringanan badan, kepantasan dan struktur badan.
Orang lelaki yang mempraktikkan parkour dipanggil traceur. Kalau yang perempuan pula traceuse. Yup..Jangan terkejut. Sukan ni bukan untuk lelaki je tapi perempuan pun boleh. David Belle merupakan orang yang jumpa seni parkour ni. Kalau korang still clueless tentang parkour ni..cuba tengok video atas ni. LaFlairParkour adalah salah satu favourite channel saya kat Youtube. So,kalau nak tengok banyak lagi video tentang parkour...apa lagi..check it out!!..:)
Salam blogger, eha ehut.
No comments:
Post a Comment