tapi ada dua suara yang sering kedengaran
yang satu kata iya yang satu kata bukan
kadangkala akal dan hati pun tak sehaluan
Al-Nuraa..Yang 5..Yang 6_Mawi,Hazama &Daly Filsuf
Assalamualaikum! 22 Ramadhan 1439 H.
Hari ni ada satu cerita yang aku nak kongsikan kepada semua.
cerita ni hanyalah secebis kenangan yang baru terjadi yang akan aku peram dan simpan sampai bila-bila.
Kalau sudi luangkan masa untuk membaca. :D
Moga memberi manfaat...
BORANG
Aku menatap kertas itu. Puas aku belek-belek,, pusing atas, bawah, kiri, kanan. Kertas itu hanya sehelai. Sehelai kertas yang cukup membuatku serabut memikirkannya. Tertulis tajuknya di bahagian atas sekali.
STUDENT REPRESENTATIVE COUNCIL APPLICATION FORM
Borang yang tak aku pinta. Ada seorang sahabat yang telah memberi namaku kepada Student Representative Council(SRC) sesi sebelumnya. Dan akhirnya sampai ke tangan aku borang yang tak diundang itu. 12 pagi. Aku masih belum mengantuk. Hati masih berbolak-balik.
'Nak isi ke tak,,Nak isi..ke tak?'
Kebetulan masa tu ada 2 orang senior aku yang masih berjaga. Aku tanya pendapat mereka.
Jawapan yang ringkas diberikan.
'Ala..Cuba je..Mana tahu tu rezeki? Belum cuba belum tahu..'
Betul. Belum cuba belum tahu. Tapi macam mana nak cuba kalau hati aku seolah-olah menafikan keinginan aku untuk mencuba. Ya. hati menafikan. Logik akal mengiyakan.
Diringkaskan cerita, aku pun mengisi borang tu dengan jayanya walaupun diiringi seribu satu kemusykilan dan kerisauan yang datang entah dari mana. Peringkat pertama selesai. Borang-borang yang dihantar oleh pelajar seterusnya akan ditapis. Hanya individu yang berjaya melepasi tapisan sahaja yang akan ditemuduga. Dan aku merupakan salah seorang daripada calon-calon yang akan ditemuduga.
TEMUDUGA
Berdebar? Tipulah aku kata aku tak berdebar. Aku ditemuduga dalam sebuah bilik bersama 4 orang calon lain. Aku cuba yakinkan diri dan berdoa semoga Allah lancarkan lisan aku selancar-lancarnya macam pancuran shower kat bilik air. Hehe..Kidding.
Sesi temuduga pun bermula. Sewaktu mengeluarkan hujah-hujah 'bernas', aku dapat rasa hati aku sangat tak bersetuju dengan kata-kata dan idea yang aku lontarkan. Seolah-olah idea itu ibarat skrip yang dibaca tanpa ada semangat yang menemani.
Macam bersandiwara tanpa sekelumit jiwa.
Habis temuduga,aku rasa lega sangat. Tinggal tunggu keputusan siapa yang layak menjadi calon akhir untuk pilihanraya.
UNDILAH SAYA!
Aku kurang bercakap tentang apa yang berkaitan dengan 'undilah saya' sepanjang musim sebelum hari mengundi. Sebab apa? Entahla..
Ya. Seperti apa yang bermain di fikiran korang. Allah beri aku peluang menjadi calon akhir SRC. Tinggal hari mengundi yang menentukan aku salah seorang SRC atau tak.
Gementar. Tidak kali ni. Hati aku meyakinkan yang aku tak akan dapat jawatan tu.
Keputusannya?
PENENTU
Nama-nama ahli SRC sesi baru ditayangkan di skrin besar. Calon-calon lain berdebar. Aku? Aku tawakal kepada Allah. Sebab, andai kata bukan rezeki aku, bermakna jawatan tu bukan untuk aku. Dan selalunya kita dengar orang kata 'Ada yang lebih baik ditentukan untuk kita'...
Keputusan diu
mumkan.
Dan memang nama aku tak tersenarai.
Serentak dengan itu,hati aku terus berasa tenang.
Bahu terasa ringan.
Fikiran yang serabut,terus tak jadi kusut.
Aku tersenyum lebar.
BAHAGIA...
Ramai orang menyangka aku akan sedih.
Ramai yang beri semangat.
'Tak apalah kawan..bukan rezeki...'
'Kau okey tak? Jangan sedih ye..'
Jawapan aku? Ha...kat bawah ni...
Aku rasa aku patut bersyukur. Kenapa? Sebab tak menjadi SRC tu juga dikira sebagai rezeki.
Lagipun Allah dah anugerahkan aku pengalaman berharga masuk pilihanraya..Huhuu..
Bila lagi nak merasa... :D
Dan kata hati kadang-kadang tak didengari tapi dirasai dan diyakini...
Ada orang kata 'ikut hati mati'
Tapi, aku hidup je lagi..Hehehe...
Wah..Panjangnya post ni..Dah lenguh jari jemari..huuu..Alright. Cukup sampai sini..Jadikan pengajaran yang korang dapat jadi pedoman..Bye!
KEEP YOUR LIFE ALIVE!
Salam blogger, eha ehut.
No comments:
Post a Comment