Tiada bisikan lembut yang ku dengar
hanya suara azan sayup bergema
masih ku rasakan hangat tanganmu
di pagi raya bersalam denganku
-Sepasang Kurung Biru..Kahiril Johari Johar-
Assalamualaikum! Raya Aidilfitri semakin hampir. Macam mana persediaan korang? Baju raya dah beli? Lemang..ketupat..rendang semua dah siap? Dalam gemmbira nak raya, kita tak kena ingat yang ada orang tengah bersedih. Baru-baru ni telah ada berita pemergian seorang pelajar maktab aku berpunca daripada jangkitan kencing tikus..Allahu..Dia muda setahun daripada aku! Ya Allah..Inilah Ramadhan terakhir dia. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin..
Btw..Raya dulu dan sekarang sangat tak sama. Betul..Ramai yang dah pergi..Ramai yang dah melalui 'Ramadhan terakhir' mereka. Kita? Hanya menunggu waktu dan saat ajal tu sampai je sebenarnya bros and sis sekalian.
Sungguh, dalam Al-Quran ada menceritakan tentang apabila seseorang ditanya berapa lamakah dia hidup di dunia? Dia menjawab bahawa dia hanya tinggal di dunia sehari atau setengah hari.
Tak lama guys..Tak lama kita duduk kat dunia ni.
Okay..Berbalik kepada kisah raya kita..Aku ada satu cerita yang jarang sekali aku berkongsi dengan sesiapa selain daripada keluarga dan sahabat rapat. Cerita tu aku dah menjadikannya sebuah sajak. Untuk korang hayati dan insafi....
SEHARI SEBELUM AIDILFITRI
Sehari sebelum Aidilfitri
disahkan oleh doktor
kau menghidap kanser
tahap keempat,tahap penamat hayat
tika itu lekas aku memalingkan wajah
beredar jauh aku dari dirimu
bimbang kau ternampak
butiran jernih sedang laju
membanjiri mata
sempat ku kerling ibu
wajahnya tiada kerutan
hanya berhias senyuman
Sehari sebelum Aidilfitri
pertama kali ku renungi diri sendiri
pantulan di cermin
jarang sekali membohongi
mataku merah,pucat mukaku tanpa darah
fikiran menerawang tanpa arah
remuk di hati bertambah parah
tanganku kuat menggeletar
kaki juga turut terketar
bukan kerana amarah
tapi kerana diri yang lemah
baru tahu beza langit dengan tanah
baru sedar diri ini cuma sebesar zarah
Hari pertama Aidilfitri
tiada dia dalam gambar famili
pabila diziarah,senyuman hambar menjadi hadiah
ku rangkul dirinya
yang tinggal serangka tulang
foto raya pun diabdikan
foto terakhir yang dibawa pulang
memori terakhir Aidilfitri yang dikarang
*Abah yang ku rindu..<3
Al-fatihah...
KEEP YOUR LIFE ALIVE!
#JANGAN_MAIN_MERCUN_BANYAK_SGT
Salam raya, eha ehut.
Adehh.. Mata mokcik masuk habuk. Semoga roh arwah dicucuri rahmat.
ReplyDeleteTahun yg sama juga kenangan aidilfitri terakhir mokcik masak lemang dgn mak abah mokcik.. ��
ReplyDelete:D Innallahama'ana..syg sgt2 hehe..
ReplyDelete