Sunday, 28 December 2014

AUSTRALIA KU



          Assalamualaikum! Tahun ni aku pergi ke Australia bersama keluarga tercinta. Brisbane dan Gold coast terletak di Queensland,Sunshine Coast.Kalau nak tahu lebih banyak,view la blog ni setiap hari!!

  Saya menginap di The Hub Apartments,Barry Parade,Brisbane. Ianya sangat selesa untuk didiami. Pemandangan waktu malam di beranda sungguh cantik!!

           
                  

   Kemudian, kami pergi ke Sea Life yang terletak di Mooloolaba. Ikan-ikannya sungguh cantik dan jarang dijumpai di Under Water World Malaysia. Ada persembahan daripada anjing laut yang mengkagumkan!! 

                                                            

Sea Life ni ditutup pada pukul 5 petang. Sama seperti Australia Zoo. Mak saudara saya kata pemilik zoo ni sudah meninggal dunia kerana dilibas dengan ekor haiwan. Sekarang zoo ni dijaga oleh anaknya.

Image result for australia zoo
    
Waktu malam pula kami pergi ke Woolworths-ala-ala Tesco dan Giant.

Image may contain: 2 people
                                                         

Ada satu tempat ni memang wajib pergi kalau ada kat Brisbane. Tak lain tak bukan..Wheel Of Brisbane!! Satu 'kereta kecik' tu 5-6 orang. 


memang best la..Saya yang mulanya gayat terus elok je! pemandangannya memang MELETOP!

Image may contain: 1 person

  Emm..Hari-hari selepasnya lain kali je la..Nak buat kek batik!! Jangan lupa visit blog ni OK??Jumpa lagi...:)

Salam blogger, eha ehut.






                                                       

Monday, 22 December 2014

Selalu Ada - Amir Jahari (Official Lyrics Video)





Assalamualaikum! Ni lagu single terbaharu daripada Amir Jahari. Semoga korang terhibur..:)



Salam blogger, eha ehut.

Saturday, 20 December 2014

OH AMERIKA! (PART 5 & 6)



   
        Assalamualaikum! Maaf sebab dah lama tak update blog. Saya pergi bercuti sebenarnya..Untuk tahu lebih lanjut,rajin-rajinlah visit blog ni..Hari ni kita akan sambung lagi tentang Amerika tu.

    PART 5: UMAT ISLAM DARI AFRIKA BARAT

   Pada tahun 1300-an,terdapat sebuah empayar yang kuat bernama Mali terletak di Afrika Barat. Empayar tu diketuai oleh Mansa(raja) Musa. Abang Musa yang bernama Abu Bakr menjadi raja sebelum Musa. Semasa zaman pemerintahan Abu Bakr,dia menghantar 400 kapal untuk teroka Lautan Atlantik. Tapi,hanya 1 kapal je yang berjaya kembali dan melaporkan ada 1 daratan yang luas di seberang lautan.


Image result for empayar mali di afrika
empayar Mali yang diketuai Mansa Musa


     Abu Bakr berlayar pula dengan 2000 kapal untuk mencari daratan tu tapi tak berjaya kembali. Tak pasti sama ada mereka berjaya atau tak. Tapi,banyak ditemui bukti arkeologi di US Utara dan US Selatan yang menunjukkan kehadiran orang dari empayar Mali.


    Kumpulan pelayar laut dari Sepanyol jumpa inskripsi dalam bahasa sama dengan Mandika(bahasa Mali) di bandar-bandar terbiar di Brazil. Turut ditemui di US berhampiran sungai MIssisippi. 1 inskripsi dijumpai yang ada lakaran gambar gajah ditemui di Arizona. 


     Lakaran gambar tu mencatatkan 'gajah sakit dan marah.pada masa ini banyak gajah sakit'. Inskripsi tu menunjukkan pelayaran Abu Bakr berjaya sampai US 100 tahun sebelum Columbus kerana gajah tak wujug di US.

PART 6: VIKING
Image result for viking
   Bahagian ni merupakan bahagian terakhir dalam siri Oh Amerika!

Banyak sejarawan mengakui bahawa Viking atau pelaut Norse yang berasal dari Skandinavia telah sampai ke US 500 tahun sebelum Columbus. Pelaut Norse , Leif Erikson dianggap orang Eropah pertama yang masuk US Utara dan Greenland bukan Columbus.

  Dari akhir abad ke 8-pertengahan abad 11, Viking telah menerokai, berdagang dan menetap di merata tempat di Atlantik Utara,US Utara dan Eropah. Erikson telah membina penempatan kekal di Greenland dalam pelayaran mencari sumber semula jadi baru yang bertahan 500 tahun.


Image result for viking erikson

   Erikson juga ada membina penempatan di beberapa kawasan di US Utara terutama di Kanada tapi hanya sementara. Para sejarawan percaya bahawa tentangan oleh penduduk pribumi menjadi punca utama Viking tak bina penempatan di situ.


   Ada batu bertulis yang menceritakan pengembaraan pelaut Norse di US Utara bertarikh 1362 di sebuah ladang di Kensington menjadi bukti fizikal kedatangan Viking. Batu yang dikenali sebagai Kensington Stone tu dijumpai warga US,Olof Ohman ketika membersihkan ladangnya pada 1898.


  Itu sahaja. Semoga korang dapat faedah daripada post Oh Amerika ni..:)

Salam blogger, eha ehut.

Sunday, 30 November 2014

OH AMERIKA! (PART 4) PELAYAR DARI CHINA


Image result for laksamana cheng ho dinasti ming

     Seorang pelayar terkenal dari Dinasti Ming iaitu Laksamana Cheng Ho telah melakukan beberapa pengembaraan antara ta1405-1433. Atas arahan Maharaja Zhu Di, Cheng Ho bawa 28,000 orang berlayar ke Timur Tengah, Afrika samapi Indonesia. Mereka kembali ke China sebelum berlayar ke Amerika Utara.




    Assalamualaikum! Hari ni kita sambung lagi tentang pelayar dari China yang sampai ke US sebelum Columbus.

   Seorang sejarawan British,Garin Menzies dalam bukunya yang bertajuk '1421 THE YEAR CHINA DISCOVERED AMERICA' menyatakan bahawa China terlibat dalam perdagangan dengan penduduk pribumi US yang berkongsi keturunan sama. 

   Peta purba China menunjukkan Fu Shang iaitu sebuah benua dongeng sama seperti Atlantis.Peta itu membuktikan orang China jumpa US dahulu. Kedudukan Fu Shang sama dengan kedudukan US Utara. Cirir yang ditunjukkan sama dengan bentuk muka bumi Grang Canyon. Peta itu juga menunjukkan dengan jelas 7 lautan, 7 benua dengan bentuk yang tepat.

  Duit syiling, batu jed, dan artifak China dari Dinasti Ming dijumpai di panati US Utara dan Selatan. Ini membuktikan hubungan antara US dengan China dah lama wujud. Kain milik puak Nez Perce yang menduduki Idaho,US terdapat hiasan yang menggunakan manik dari China.


   Itu sahaja untuk hari ni..:)

Salam blogger, eha ehut.

Thursday, 27 November 2014

OH AMERIKA! (PART 3) EMPAYAR UTHMANIYYAH



    Assalamualaikum! Sambungan siri yang lepas..hehehe..

      Seorang pelukis peta zaman Empayar Uthmaniyyah,Piri Reis telah melukis sebuah peta dunia yang dilukis pada tahun 1513. Reis telah menggunakan peta dari Greek Purba, Arab dan peta Columbus sebagai sumber untuk melukis petanya. Peta itu dijumpai di Istanbul,Turki pada tahun 1929. Peta itu menjadi bukti bahawa orang islam telah meneroka US sebelum Columbus dan pelayar Eropah yang lain. Peta itu dilukis 21 tahun selepas ketibaan columbus di US.
Image result for map piri reis

    Peta tersebut menunjukkan timur Pantai Amerika Selatan dengan kedudukan yang tepat dari Afrika. pantai Brazil juga ditunjukkan dengan terperinci termasuk tempat-tempat sungai. Walaubagaimanapun, Columbus tak pernah sampai ke Amerika Selatan. Walaupun reis mangunakan peta Columbus sebagai salah satu sumber. 


Image result for mount andes

   Kewujudan Gunung Andes dalam peta Reis membuktikan orang Islam telah sampai ke US dahulu. Padahal orang Eropah menjumpai gunung itu pada tahun 1520-an. Oleh itu, jangan pandang rendah kepada umat Islam. Jangan begitu mengagung-agungkan Barat...:)


Salam blogger, eha ehut.

Wednesday, 26 November 2014

OH AMERIKA! (PART 2) MUSLIM SEPANYOL



    Assalamualaikum! Hari ni kita akan sambung dengan pelayar Muslim Spain yang juga menjumpai US sebelum Columbus.

   Sebenarnya, khalifah kerajaan Abassiyah mengumpulkan saintis-saintis terkenal Islam termasuk al-Khawarizmi di Baghdad. mereka dikumpulkan untuk mengira ukuran bumi pada awal tahun 800-an. kiraan mereka kurang 4% sahaja daripada ukuran sebenar!!

   Buat pengetahuan korang, dah banyak orang Islam yang mengembara sekeliling bumi beratus-ratus tahun sebelum Columbus. Menurut sejarawan merangkap ahli geografi Islam,al-Masudi dalam catatannya pada tahun 956, kumpulan pelayar Andalusia berlayar berbulan-bulan ke arah Barat pada tahun 889.


Image result for sailing

     Kumpulan Islam itu menjumpai 1 benua yang luas di seberang laut dan berdagang dengan penduduk pribumi di situ sebelum kembali ke Eropah. Benua tersebut direkodkan sebagai 'tanah yang tidak diketahui' dalam peta. Terdapat 2 pengembaraan orang Islam Sepanyol ke US dicatat dalam sejarah diketuai oleh Ibn Farrukh dari Granada pada tahun 999 dan al-Idrisi yang bekerja dengan Raja Roger II dari Siely pada 1100-an.


Image result for caribbean

      Dalam catatan pelukis peta dunia pertama,al-Idrisi, menyatakan bahawa 1 kumpulan pelayar Islam ke Barat dari Lisbon (Portugal) selama 31 hari dan mendarat di sebuah pulau di Carribean. Pelayar-pelayar Islam itu ditahan penduduk pribumi US selama beberapa hari. mereka bernasib baik kerana ada seorang penterjemah pribumi yang pandai berbahasa Arab. penterjemah itu membantu membebaskn mereka. Apabila pelayar-pelayar itu pulang ke Andalusia, mereka menceritakan tentang 'Dunia Baharu' ataupun US.

    Haa..Macam mana?? Percaya atau tak?? Lagipun kewujudan penterjemah bahasa Arab tu membuktikan hubungan antara US dengan dunia Islam telah lama terikat. Dr Youssef Mroueh daripada Yayasan As-Sunnah Amerika pada 1996 merujuk diari kedatangan Columbus yang menyatakan kewujudan masjid di Cuba. Jadi,percayalah..!! Bersambung...:)

Salam blogger, eha ehut.


Tuesday, 25 November 2014

OH AMERIKA! (PART 1) KEBENARAN


                                                         PART 1A  
      Assalamualaikum! Saya ada terbaca surat khabar Utusan Malaysia rasanya. Ada satu kolum ni kata bahawa bukan Christopher Columbus dari Genoa yang pertama menjumpai Amerika. Sebenarnya ketika Columbus datang ke Amerika atau senang kata US, terdapat kaum pribumi telah menetap di situ. kaum itu dipanggil Red Indian. Red Indian selalu muncul dalam filem koboi.

Image result for red indian

      Tetapi tercatat dalam sejarah kononnya pada tanggal 12 Oktober 1492, Columbus menjumpai US. Red Indian ni ialah ras Mongoloid dari Asia/wilayah kecil di Timur dekat Siberia. Mereka telah menghuni Us lebih 14,000 tahun.

   Antara pelayar-pelayar yang terlebih dahulu menjumpai US ialah pelayar=

  • Islam Sepanyol
  • Afrika
  • Viking dari Eropah
  • Rom
  • China

                                                           PART (1B) PELAYAR ROM

 Terdapat beberapa bukti yang mengesahkan bahawa pelayar-pelayar dari Rom dah jumpa US..


  1. Duit syiling yang digunakan zaman Antiochus IV dijumpai di Cass Country,Illinois,USA. 
                                               

                                                    

2. Sekeping duit syiling era Rom pada 800 SM dijumpai di Texas.

 3. kapal tentera Rom yang karam pada awal abad 1 dijumpai di Galveston Bay.

4. Dijumpai di Galveston Bay juga runtuhan jambatan kayu balak mirip jambatan binaa orang  Rom.

5.Belanga Rom dari abad ke-2 dijumpai di Mexico dan beberapa syiling era Rom dijumpai di  sekitar Kanada dan Venezuela.

   Haa.Lepas ni saya akan post tentang Muslim yang jumpa US sebelum Columbus.   


Salam blogger, eha ehut.

Thursday, 20 November 2014

SYUKUR



        Assalamuaalaikum! Aku berasa sangat bersyukur sebab masih bernyawa hari ni. Ada orang yang nyawanya diambil ketika sedang lena, berhibur dan sebagainya. Hari ni merupakan hari terakhir sekolah.

Related image

 Sedih untuk meninggalkan zaman sekolah rendah yang menyimpan beribu kenangan manis. Tapi saya BERSYUKUR sebab dikurniakan sahabat-sahabat yang baik dan selalu memahami saya. Kami bergelak ketawa bersama,rehat bersama,kecewa bersama..err semua bersamalah kot..hehe. 

      Selepas ini kami bakal bergelar pelajar sekolah menengah. Aku juga BERSYUKUR sebab pada hari anugerah kecemerlangan sekolah aku telah berjaya merangkul Tempat pertama berserta matapelajaran terbaik(B.Inggeris, B.Arab, PI, SC dan Jawi). Tokoh akademik dan gelaran Tokoh Murid juga disapu..Hehe..


 Tapi semua gelaran ini hanya dunia sahaja. Alangkah indahnya kalau aku mendapat 'gelaran dan tempat' yang baik di akhirat sana. Jadi sekali lagi aku bersyukur kepada Allah kerana aku tak terlalu asyik dengan gelaran sementara ni. 

Image result for grateful face

     Aku BERSYUKUR sebab akhir tahun ni saya akan bercuti di Aussie..!! Alhamdulillah..Thank you Allah!!...:)


Salam blogger, eha ehut.

Thursday, 6 November 2014

PARKOUR@FREE RUNNING@PK

                              Assalamualaikum! Parkour ni sejenis sukan extreme yang famous. Abang saya suka sangat buat parkour atau free running ni kat luar rumah. Tapi kena marah bila mak saya nampak..hehe. 


   Parkour @ Le Parkour ni singkatan dia PK kalau susah sangat nak sebut. Datangnya sukan ni dari orang Perancis. Kalau dalam bahasa Perancis-l'art du deplacement. Kalau dalam bahasa Melayu maksudnya seni pergerakan badan, Parkour ni bertujuan untuk bergerak dengan pantas dari satu tempat ke tempat yang lain.


   Sukan ni bagus dalam masa kecemasan macam ada kebakaran dan sebagainya. Benda ni guna tiang, tembok, bumbung, dahan pokok dan apa sahaja yang boleh dipanjat. Sukan ni juga boleh dijadikan hobi. jadi macam Spiderman sekejap..hehe..Best kan bunyinya..?? Parkour bergantung kepada keringanan badan, kepantasan dan struktur badan.


  Orang lelaki yang mempraktikkan parkour dipanggil traceur. Kalau yang perempuan pula traceuse. Yup..Jangan terkejut. Sukan ni bukan untuk lelaki je tapi perempuan pun boleh. David Belle merupakan orang yang jumpa seni parkour ni. Kalau korang still clueless tentang parkour ni..cuba tengok video atas ni. LaFlairParkour adalah salah satu favourite channel saya kat Youtube. So,kalau nak tengok banyak lagi video tentang parkour...apa lagi..check it out!!..:)


Salam blogger, eha ehut.

Sunday, 2 November 2014

PENAWAR GELISAH


Image result for calm

    Assalamualaikum! Siapa pernah rasa gelisah, tak tenang dan rasa macam ada sesuatu yang berat menghempap dada?? Surely semua orang pernah rasa perasaan tu kan?? Saya ada nasihat sikit untuk siapa yang rasa resah tu.

   Pertama sekali, walau apapun agama anda-anda yang tengah baca post ni, mestilah berbalik kepada pegangan agama masing-masing. Contohnya beribadat, berdoa dan sebagainya. Bagi yang Muslim saya galakkan untuk membaca Al-Quran, berdoa, berzikir.

Allah pernah berfirman dalam surah Ar-Ra'd ayat ke 28: "Ketahuilah dengan berzikir kepada Allah hati akan tenang"


Image result for solat

  Tunaikan juga solat Hajat dan mohon kepada Allah supaya dibuang beban yang ada..Senang kan?? Allah pun suka kalau kita ingat Dia. Selain itu, kita boleh juga buat benda yang kita suka senang kata hobi. Dalam lebih sejuta hobi dalam dunia ni, kalau nak buat semua untuk hilangkan resah pun tak apa. Yang penting "KITA ENJOY!!" macam iklan syampu dulu tu.

Related image

   Atau, kalau dah kritikal sangat gelisah macam cacing kepanasan tahap frust tertonggek, apa lagi...Bersiap and hangout dengan besties korang. Yang tu confirm hilang segala perasaan yang pelik-pelik. Espcially perempuan..kan?? Lepas satu cerita satu. Agaknya kalau sekumpulan perempuan ni bersembang seorang demi seorang tentang kisah hidup dia mungkin 5 tahun pun tak cukup!!


  So..pengajaran kat sini adalah segelisah manapun kita, pasti Allah akan bukakan pintu untuk menenangkan segala apa yang terselirat kat kepala. Yang paling penting ialah..ingat Tuhan dalam setiap benda yang kita buat atas muka bumi ni...:)


Salam blogger, eha ehut.
   

Tuesday, 28 October 2014

ABU UBAIDAH PENAKLUK PARSI


 
    Assalamualaikum! Hari ni saya nak kongsi tentang salah seorang sahabat Rasulullah iaitu Abu Ubaidah al-Jarrah. hope you guys will enjoy this.

Related image

   Nama sebenar beliau ialah Amir bin Abdullah bin al-Jarrah bin Hilal al-Fihri al-Quraisy. Beliau lahir pada 582 masihi di Mekah. Beliau berasal dari kaum Quraisy dari suku al-Harith bin Fihr. Nabi Muhammad mempersaudarakan beliau dengan Saad bin Muadz.

  Nabi Muhammad juga pernah melantik Abu Ubaidah sebagai utusan ke Najran. Selain itu, Nabi Muhammad juga pernah melantik Abu Ubaidah untuk memimpin 300 orang tentera ke tepi Laut Merah. Beliau pernah menyertai perang Badar. Dalam peperangan itu, beliau terpaksa bertarung dengan ayahnya. Abu Bakar juga melantik Abu Ubaidah menjaga perbendaharaan atau Baitulmal.

Image result for abu ubaidah abdul latip talib

   Haah..hebat kan. Nabi Muhammad pernah berkata, "Sesungguhnya dalam setiap kaum terdapat orang yang jujur.Orang yang jujur di kalangan umatku adalah Abu Ubaidah al-Jarrah."
Pada 12 Hijrah beliau dilantik memimpin tentera Islam ke Hims. Pada tahun 13 Hijrah pula beliau menyertai peperangan di Yarmuk.

  Nak tahu lagi tentang kehebatan beliau?? Sebenarnya pada tahun 14 Hijrah beliau memimpin tentera Islam dalam peperangan Fihl, menkluk kota Hims, menakluk Antakiah,memimpin tentera Muslim dalam perang Kinnasrin,menkluk benteng Aleppo(Halab) dan menakluk Syam.

Image result for abu ubaidah abdul latip talib

  Pada 15 Hijrah beliau berjaya menakluk kota Hims. Manakala pada tahun 16 Hijrah beliau menakluk Baitulmuqaddis (Jerusalem). Abu Ubaidah juga menjadi panglima perang ke Syria. Umar al-Khattab telah melantik beliau sebagai gabenor di Syam.

  Tiba-tiba bencana kebuluran berlaku di semenanjung Arab pada tahun 17 Hijrah. Umar mencadangkan Abu Ubaidah menggantikan tempat Umar sebagai khalifah tetapi ditolak dengan baik oleh Abu Ubaidah. Kemudian, wabak taun menyerang Syam. Abu Ubaidah al-Jarrah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 640 Masihi bersamaan 18 Hijrah. Ketika itu beliau berumur 58 tahun. Mayat beliau dikebumikan di Baisan,Syam

  Itulah riwayat hidup salah seorang daripada 10 sahabat Rasulullah yang dijamin masuk Syurga. Saya berdoa agar saya dan anda yang membaca ni akan bertemu di taman syurga kelak. Amin..:)

Salam blogger, eha ehut.

Thursday, 23 October 2014

Najwa Latif - Aku (Official Lyric Video)





Enjoy this..It's new from Najwa Latif. Untuk lebih lanjut, visit channel youtube dia..najwa595...:)


salam blogger, eha ehut.

AROUND THE WORLD IN 80 DAYS



   Assalamualaikum! Siapa pernah dengar or baca buku 'AROUND THE WORLD IN EIGHTY DAYS'?? Untuk yang tak tahu, sebenarnya cerita ni klasik and famous dulu-dulu. Mak saya cakap siapa yang tak kenal titile ni dulu memang ketinggalan sampai macam tu sekali!!

  Cerita ni mengisahkan tentang Phileas Fogg, orang British dulu-dulu. Dia tinggal di No.7 Saville Row,London. Pada 2 Oktober 1872, dia bertaruh(dilarang bertaruh..tak baik..ok??) 20,000 pounds untuk travel ke serata dunia dalam masa 80 hari(tengok tajuklah..hehehe). Dalam perjalanan, dia dengan hamba dia, Passepartout terjumpa dengan princess India yang cute. 


  Rupa-rupanya dia disyaki sebagai orang yang merompak bank. kalau nak tau lebih lanjut kena cari buku ni. tapi tak taulah dia wujud lagi ke tak. Penulis buku Jules Verne. Okayy..rasanya tu je kot...:)

Salam blogger, eha ehut.

Friday, 17 October 2014

SAJAK (SEDAR)

Image result for realize
SEDAR





   Assalamualaikum! Alright tanpa membuang masa cepat baca sajak terbaru saya. Jangan berangan lagi ya!!


Bangunlah dari lenamu

Sedarlah dari mimpimu
Teguhlah berdiri di atas realiti
Tinggalkan segera fantasi leka itu
Terus melangkah ke hadapan
usah kau toleh ke belakang
masamu kian suntuk
lupakan anganmu
biar menjadi debu


Jangan kau termenung sendirian

bunuhlah angan itu
jangan dibelas kasihan
sebelum angan menjerat dirimu
sebelum jasadmu diikat lena
terbaring melupakan nyata


Buka mindamu seluas lautan

sedarlah hakikat dengan mata celikmu
sementara sahaja kau bernafas di sini
jadi jangan berani kau alpa
berimpian jangan sampai
hanyut ditelan tekad sendiri
sedarlah tarafmu
sekadar hamba

That's all...:)

Salam blogger, eha ehut.

Friday, 10 October 2014

RUMPUT LAUT



   Assalamualaikum! Hari ni saya nak cakap fasal rumputlaut. Sebab mesti jarang dengar kan?? Rumput laut ni hidup berkomuniti di pesisir laut yang cetek, muara sungai, beting dan terumbu karang.

Image result for RUMPUT LAUT

  Ada 65 spesies rumput laut yang dah dikenalpasti di dunia. Rumput laut ni ada kat kawasan artik, subtropika dan tropika. Di Malaysia, terdapat 15 spesies rumput laut. Ada pelbagai jenis rumput laut contohnya timun laut, siput, kerang dan landak laut.

  Tau tak..rumput laut yang sihat akan berkembang cepat dan menjadi seperti hamparan/hutan tenggelam.Hutan tenggelam ni pulaada persekitaran tumbuhan organisma laut. Banyak ikan yang boleh ditangkap penduduk tempatan.


   Beza rumput laut dengan rumput darat adalah-rumput laut tak ada stomata tapi diganti dengan lakunar pada daun dan pendebungaan dibuat dalam air. Buat pengetahuan, rumput laut adalah satu-satunya tumbuhan bunga hidup dalam air. SUBHANALLAH!! Hebatnya Allah kerana Dia mampu mencipta perkara yang terbatas bagi manusia. 

      Rumput laut diciptakan Allah banyak gunanya kepada manusia. Zostemarina & Phyloospadix boleh dijadikan bahan mentah penghasilan kertas. Ini boleh mengurangkan pokok-pokok yang ditebang. Malah Bumi pun akan subur!! Zostemarina juga boleh dijadikan makanan manusia.. Tak percaya?? Ini terbukti kerana orang Indian yang duduk di kawasan pesisir pantai utara-barat makan rumput laut!! Mungkin rasanya sama seperti sayur atau seaweed.


Image result for RUMPUT LAUT

    Menurut Prof Montano di Filipina, nilai pemakanan tepung daripada buah E.acoroides (spesies rumput laut) sama dengan dengan gandum dan tepung dari beras dari segi karbohidrat dan protein. Juga di Filipina, Enhalusacoroides & Thalassiahemprichii berpotensi menjadi makanan haiwan ternakan lembu daging. Nak fakta menarik tentang rumput laut lagi?? Khas untuk anda.. 


Image result for RUMPUT LAUT
  • Syringodiumfiliforme sejenis rumput laut di kawasan sub-tropika digunakan untuk membaja tanaman tomato dan strawberi. Hasilnya, buah akan menjadi lebih bersih dan sedap..Pasti terliur teringat strawberi yang dimakan dengan coklat cair..Image result for STRAWBERRY WITH CHOC
  • Manakala daun muda Halophilahawaiiensis boleh jadi ramuan salad. Buah Enhalusacoroides yang tinggi karbohidrat boleh dimakan mentah/direbus
That's all...So, bersyukurlah dengan nikmat pemberian Maha Esa. Tapi ingat, semuanya akan ditarik juga dan tidak menjadi milik kita selamanya..:)

Salam blogger, eha ehut.

Thursday, 2 October 2014

PAK BELANG..MEOW2

Related image



  Assalamualaikum! Long time no see..hehe. Alright, today jom kita explore tentang Harimau Malaya a.k.a. Pak Belang..Surely semua orang tahu skuad bola sepak negara-Harimau Malaya..kan??

  Nama saintifik harimau Malaya ialah Panthera tigris malayensis atau Panthera tigris jacksoni. Malangnya nama harimau Malaya tak sehebat namanya disebabkan spesies di Semenanjung Malaysia yang hampir pupus. Harimau ni diburu untuk dagingnya yang dikatakan 'istimewa'. Dianggarkan hanya 490 hingga 510 ekor harimau spesies ini. Kira-kira 3,000 ekor je yang tinggal di dunia.



Related image
HIGH 5!!


 3 subspesies harimau iaitu Bali, Jawa dan Caspian sudah pun pupus 70 tahun yang lalu. Harimau Malaya adalah antara 6 subspesies yang masih kekal iaitu Amur, Benggala, Indochina, China Selatan dan Sumatra. Punca kepupusan harimau menjadi kebimbangan jika tak dikawal.


  Harimau merupakan haiwan krepuskular yang aktif memburu di antara waktu subuh dan waktu senja. Setiap harimau mempunyai belang yang berbeza seperti cap jari manusia. Air liur harimau ada antiseptik yang boleh membersihkan lukanya,,,:)


Salam blogger, eha ehut.

Saturday, 6 September 2014

SAJAK (BAHASA RINDU)



  Assalamualaikum! Maaf sebab dah lama tak ada berita..9,10 dan 11 September ni saya akan menduduki peperiksaan UPSR. Hari ni saya akan post sajak yang mungkin anda tersentuh membacanya...Enjoy it!!

Image result for royal heart

BAHASA RINDU

Kegalauan menari di
pentas jiwa
kecelaruan hinggap di minda
singgah hingga habis musimnya
darah berderau tidak menentu

Nadi turut berdenyut merdu
jantung berdegup
sepantas cahaya
semua berlaku apabila
terpandang wajahnya

Perlahan-lahan
beransur sediakala
senyuman dihulur
pantas disambutnya
pandangan bertautan
haba kasih dirasai

Dakapan cinta
hinggap di tubuh
melepaskan rindu
seorang ibu
dan darah dagingnya

That's all...:)
Salam blogger, eha ehut.

Thursday, 17 July 2014

BUATMU PALESTIN



  Assalamualaikum! Seantero dunia sudah mengetahui tentang serangan Zionis pada beberapa hari yang lepas. Peristiwa ini amat memilukan terutamanya apabila ramai umat Islam yang meninggal dan tercedera. Saya tidak mempunyai sebarang senjata untuk dikirim, tetapi sebagai seorang hamba Allah doa merupakan senjata paling mujarab. Sajak ini juga buatmu saudaraku di sana...:)

Related image

MEDAN TEMPUR PALESTIN

Letupan demi letupan 
menggempur ruang angkasa
diikuti irama tangisan
jelas didengari 
seantero dunia

Saban hari mereka 
bermandi darah
Asy-syahid bergelimpangan
merata-rata

Para remaja mula 
ke hadapan
menentang dengan batu semata
Al-Quran mengentalkan jiwa
Janji Allah
digenggam seeratnya

Para penghuni Palestin
dari sini ku kirim
senjata doa
bagi menemanimu
semoga kalian
masih betah
mempertahankan
tanah milikmu

Salam blogger, eha ehut.

Saturday, 21 June 2014

SAJAK..(KELAHIRAN)



   Assalamualaikum! Hari ni saya nak post satu lagi sajak saya yang bertajuk "KELAHIRAN". Saya berharap anda akan sukakannya. Maaflah saya dah lama tak update blog ni. Biasalah...cuti. Masa untuk berehat. Kalau ada masa insyaallah saya akan post destinasi pelancongan yang saya pergi cuti hari tu. Sabar ye...

Image result for baby sleeping

KELAHIRAN

Gelap gelita
Itulah yang dapat
ku lihat
Kakiku ditarik dengan kuat
perlahan-lahan cahaya 
mula menyelubungi

Aku menangis sekuat hati
Tali pusatku diputuskan
Badanku dibalut kain
pakaian pertamaku

Kemudian ku lihat
seraut wajah
tersenyum lebar melihatku
Diriku kini bertukar tangan
Aku terdengar alunan
merdu iqamah
di telinga kecilku

Lahirlah aku di 
dunia
Memegang nama seorang
Islam

That's all. Hope you guys will like it...:)

Salam blogger, eha ehut.

Tuesday, 27 May 2014

A POEM FOR MY SIS!



    Assalamualaikum! Huhuhu..Hari ni saya nak buat sajak untuk my one and only sister waktu birthday dia. And alhamdulillah she loves it. Hope you guys will like it.

Image result for stars and rainbow

KAKANDA SAYANG  <3

Dikau hadir seperti bintang
Ditemani pula oleh sang bulan
Tampak indah berkerdipan 
menerangi dada langit malamku

Dikau juga ibarat pelangi

Hadir selepas hujan kesedihan
Mengembalikan keceriaan 
yang penuh warna

Duhai kakanda,
Tahun akan berganti
Siang malam kan saling bersinggahan
Pastinya dirimu si bunga
bakal dipetik sang kumbang
Di kala itu, aku akan 
kesunyian

Kakanda tercinta

Tanpa dirimu
bintang di langit malamku
kan hilang
Tinggal sang bulan sendirian
Muramlah langit malamku

Itu sahaja perkongsian kali ini...:)

Salam blogger, eha ehut.

Saturday, 24 May 2014

SAJAK BUAT NENDA (ATUK SAYA).....



  Assalamualaikum! Alhamdulillah saya memang minat dalam bidang penulisan. Setakat ni saya dah mengarang 7 buah sajak pada tahun ini yang diilhamkan oleh Ilahi. Antaranya adalah Nenda, Sahabat Yang Dirindui dan Dimensi. Alhamdulillah...saya berasa sangat bersyukur kerana minat saya ni telah disokong oleh keluarga terutamanya atuk saya. Ini kerana dia pernah mengarang sajak ketika zaman mudanya.

  Oleh itu, sempena hari lahirnya yang ke-74 saya telah mengarang sebuah sajak khas untuknya. Dan dia amat sukakannya...

Image result for candle

NENDA

Nendaku
Hadirmu ibarat bayu
Tenang menyusup jiwaku
Belaian kasih yang telah
kau beri
Membuatkan diriku terasa dihargai

Nenda

Kau juga ibarat lilin
Tatkala ku buntu
Kau suluhkan jalan
Jikalau aku berduka
Kau membawa sinar kebahagiaan

Suatu hari, apimu kan terpadam

Gelaplah duniaku
Hilanglah kehangatan kasihmu
Namun, ku akan tabahkan diri
Menerima hakikat sebenar
Ternyata kau merupakan pinjaman Tuhan

Ku akan sentiasa

mengingatimu
Selagi hayat dikandung badan
Akan ku sentiasa 
menyayangimu

eha ehut

Sekian sahaja. Harap anda menyukainya...:)

Salam blogger, eha ehut.

Friday, 23 May 2014

SALAHUDIN AYUBI PENAKLUK JERUSALEM



     Assalamualaikum! Apa khabar semua?? Hari tu abang saya belikan saya buku..SALAHUDIN AYUBI yang ditulis oleh Abdul Latip Talib. Saya memang minat sangat dengan buku dia. Antara buku yang saya dah baca adalah Abu Ubaidah Al Jarrah Penakluk Parsi dan Sultan Muhammad Al Fateh Penakluk Konstantinopel.Cara penceritaan yang amat menarik seolah-olah penulis itu berada di zaman tersebut.


  Walaupun begitu, Salahudin Ayubi lebih menarik perhatian saya. Cara beliau menawan Jerusalem atau lebih dikenali sebagai Baitul Maqdis amat strategik. Oleh itu, apa yang saya tulis tentang Salahudin Ayubi ni semua daripada bukunya.

Image result for salahuddin ayubi abdul latip talib
  Namanya Yusof dan dilahirkan pada tahun 543 Hijrah/1138 Masihi. Ayahnya, Najmudin Ayyub berbangsa Kurdis dan berasal dari Azarbaijan. Jihad merupakan tajuk kesukaannya. 


  Ketika Salahudin berumur 10 tahun, beliau diajar ilmu bermain senjata sehingga mahir menggunakan pedang dan anak panah. Beliau juga diajar cara-cara menunggang kuda sehingga berjaya mengalahkan penunggang-penunggang kuda yang lain. Ketika Salahudin meningkat remaja, beliau diajar ilmu peperangan.


Image result for salahuddin ayubi abdul latip talib
  Salahudin mendapat ilmu agama dan ilmu peperangan yang tinggi. Sahabat baiknya, Bahaudin pula seorang yang jujur, amanah dan setia dalam persahabatan. Malah, Bahaudin tidak mudah dipengaruhi oleh orang lain.


  Kota Jerusalem berjaya ditawan oleh tentera Islam daripada tentera Salib pada 15 Oktober 1187. Ketika itu, tiada sesiapa pun yang terbunuh. Salahudin Ayubi memerintahkan tenteranya melayan tawanan dengan baik. Penduduk Kristian termasuk tentera Salib dibenarkan meninggalkan kota Jerusalem dengan membayar tebusan.


Image result for salahuddin ayubi

  Salahudin Ayubi pulang ke Damsyik selepas berjaya menawan semula kota Jerusalem. Beliau juga telah mengikat perjanjian damai dengan tentera Salib. Ketika itu, beliau menjadi pemerintah dari Mesir ke Yaman. Namanya masyhur kerana berjaya menakluk Baitul Maqdis. Walaubagaimanapun, beliau tetap memilih hidup yang sederhana.


  Kehebatan Salahudin berperang tidak boleh disangkal lagi. Beliau telah memenangi banyak peperangan. Antaranya adalah perang Hittin yang berlaku di suatu tempat bernama Hittin. Peperangan Hittin berlaku antara tentera Islam dengan tentera Salib.


Image result for salahuddin ayubi

  Pada 16 Safar 598 Hijrah beliau jatuh sakit. Salahudin meninggal dunia pada 27 Safar 599 Hijrah bersamaan Mac 1193 ketika berumur 55 tahun. Beliau dikebumikan di Damsyik, Syria. Tamatlah sudah riwayat hidup seorang pahlawan Islam yang terbilang. Jika hendak tahu lebih lanjut belilah buku Salahudin Ayubi oleh Abdul Latip Talib di kedai-kedai buku berhampiran...:)


Salam blogger, eha ehut.

Thursday, 1 May 2014

PESTA BUKU


   Assalamualaikum! Long time no see.. Everyone tahu setiap tahun Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur  (PBAKL) diadakan di PWTC. Dan setiap tahun tu saya memang tak dapat pergi. Well, sibuk dengan hal keluarga and pertandingan yang tak dapat dielakkan. Tak apalah.. Tiada rezeki.. Saya berasa cemburu juga dengan abang saya. Sekolah dia pasti membuat lawatan ke pesta buku setiap tahun. Saya pula hanya duduk di rumah. Kalau nak tahu kenapa saya jealous..sebab saya ulat buku!! Saya tak malu mengaku.

Related image



  Memang di rumah ada banyak buku yang boleh dibaca. Bukan tidak bersyukur cuma teringin juga sekali-sekala merasa kemeriahan pesta buku tu. Lagipun, buku yang dibeli dapat saya habiskan dalam masa 1 hari. Kalau buku tebal ambil masa 3 hari dan ke atas. Tambahan pula, buku-buku yang dijual di sana pastinya keluaran terbaharu.

  Di sini saya mahu membuat sedikit cadangan. Tidak bolehkah jika lokasi pesta buku ini diubah setiap tahun?? Tidak perlu buat di setiap daerah di negeri itu, cuma buat pameran buku itu di ibu negeri masing-masing. Baru adil dan saksama. Saya faham, nama pun Pesta Buku Antarabangsa. Tetapi mengapa tidak?? Biar orang asing mengenal negara kita dengan lebih mendalam. Bukan setakat ibu negara sahaja.


Image result for book fair

  Saya rasa bukan saya seorang sahaja yang berpendapat sebegini. Pastinya ramai lagi yang di luar sana mahu pergi ke pesta buku ini tetapi tidak berkesempatan. Seperti saya di negeri Perak ini. Walaupun jarak perjalanan hanya mengambil masa 3 jam, tetapi dengan segala hal yang tak dapat dielakkan ditambah lagi dengan kesibukan ibu bapa. Lagipun, dengan mengadakan pesta buku ini di negeri berlainan setiap tahun dapat menambah bilangan pembaca buku di Malaysia. Bukankah kita mahu rakyat Malaysia untuk menjinak-jinakkan diri dengan membaca?? Saya harap ada yang membaca post ini dan membuat pertimbangan.


  Saya bukan mahu mengkritik. Tetapi saya cuma memberi sedikit cadangan. Saya mewakili pembaca cilik di luar sana yang mungkin sedang menghadapi situasi yang sama. Maaf jika cadangan kecil ini menyusahkan. Tetapi saya, seorang kanak-kanak yang minat membaca mohon cadangan ini dipertimbangkan...:)


Salam blogger, eha ehut.

Saturday, 12 April 2014

SEJARAH TAMADUN ISLAM



   Assalamualaikum! Hari ni saya nak cerita tentang sejarah tamadun Islam. Maklumat ni semua saya kumpul daripada sebuah buku yang bertajuk Oh London! dan Andalusia Here We Come hasil nukilan Lisa Nurisha. Ia menarik minat saya. Saya suka mengembara sambil membaca. Tetapi saya berazam yang saya akan pergi ke tempat-tempat yang telah saya 'lawati' apabila saya dah besar. 
   Saya beminat dengan pameran yang diadakan di London Science Museum yang bertajuk1001 INVENTION DICOVER THE MUSLIM HERITAGE IN OUR WORLD. Ia mempamerkan pencapaian saintifik dan kebudayaan tamadun Muslim dari kurun ke 7 dan seterusnya.

Image result for muslim elephant clock

   Antara alat ciptaan Muslim zaman dahulu adalah Elephant Clock. Ia dicipta oleh seorang jurutera bernama Al-Jazari pada kurun ke 17. Selain itu,tiga jenis hidangan iaitu starter, main dan dessert tersebar di Eropah daripada orang Muslim di Sepanyol pada kurun ke 9. Orang yang memperkenalkan jenis-jenis hidangan ini bernama Ziryab. Ini membuktikan bahawa bukan Barat yang mencipta idea ini.


Related image

Selain daripada jam dan hidangan, permainan catur yang di barat sebenarnya berasal dari India ke kerajaan Islam di Persia dan berkembang merentasi  peradaban  Islam. Permainan catur ini akhirnya popular di Barat. Minyak wangi juga sebenarnya sudah wujud sejak dahulu lagi. Dahulu, minyak wangi dibuat dengan cara menyuling ekstrak bunga dan tumbuhan. 


  Memang tidak disangkal lagi yang ilmu pengetahuan amat penting. Sebenarnya universiti pertama yang wujud di dunia ini dibina oleh seorang perempuan bernama Fatima al-Fihri. Beliau membina universiti pertama dunia, Al-Qawariyah pada tahun 814. Sehingga hari ini universiti yang terletak di Morocco ini masih beroperasi.


Related image

  Buat pengetahuan,peta dunia pertama dilukis oleh Al-Idrisi yang berbangsa Morocco. Peta yang dilukis oleh Al-Idrisi terbalik daripada peta yang ada sekarang.


Image result for abbas ibn firnas aeroplane

   Pernah tak dengar nama adik-beradik Wright? Sebenarnya mereka bukanlah pencipta kapal terbang seperti yang digembar-gemburkan selama ini. Hal ini kerana, model sayap yang dicipta oleh Abbas Ibn Firnas jauh lebih awal daripada adik-beradik Wright.


  Saya berharap agar kita memperoleh sesuatu daripada post ini. Ingatlah, jika kita tidak belajar sejarah, maka kita akan mengulangi sejarah. Janganlah kita terlalu mengagung-agungkan Barat yang hanya mencedok ilmu daripada orang Islam.


Salam sejarah, eha ehut.