Friday, 21 December 2018

SELAFAZ CINTA


Assalamualaikum! Maaflah dah lama tak update blog...hehe..Biasalah, cuti kan? Aku pun bercuti walaupun bertemankan kerja sekolah..huu. Oh ya! Post seterusnya insha allah aku akan kongsikan Thai Food Festivaldi Putrajaya yang berjaya aku terjah. :D 

Tanpa melengahkan masa, kita terus kepada point hari ni. Yup!


Hari jumaat.
Waktu aku kecil dulu,
aku TAK PERNAH kisah
fasal hari Jumaat.
TAK PERNAH ambil berat
tentang selawat.
Bukannya wajib pergi
solat jumaat pun.
Duduk rumah,
mak aku selalu buka 
siaran tv 1.
Siaran langsung solat jumaat
dari Masjid Negara.

Pada hari Jumaat.
Ada orang selalu pesan,
banyakkan selawat.
tapi..
aku TAK PERNAH
nak buat.

Mak aku
pernah kata.
'Nak cari barang hilang,
baca selawat..
nanti senang jumpa.'
Aku?
Aku ikut apa
yang mak aku kata.
Tapi tak bermakna
aku percaya.


Ya.
Dulu, aku TAK PERCAYA
selawat kepada Baginda
boleh mudahkan
semua perkara.

Opah aku
ada berpesan,
sebelum peperiksaan,
selawat lagi,
walau dah beribu kali,
sebab di sebalik selawat,
ada berkat yang tersembunyi
Aku?
masih lagi berkeras hati.


Satu ketika.
Terdetik dalam hati.
Apa perasaan
insan yang basah lidahnya
dengan selawat
setiap hari?
Apa nikmatnya
mengulang-ulang selawat
dalam hati?
Pada hari itu,
aku MULA MENCUBA.
Cuba berselawat
kepada Baginda.
Berulang-ulang kali
tanpa henti.

Mula-mula..
terasa janggal..
terasa hendak berhenti..
terasa bagai tiada erti..
TAPI..
Aku usaha lagi.
Berkali-kali.
Sampai fasih lidah
menyebut kalimah keramat,
melafazkan cinta
kepada Nabi Muhammad.
sehingga sukar untuk 
berhenti selawat.
Ketagihannya amat kuat.
Sudah asyik dilamun cinta
damai disapa ketenangan
yang didamba.


Sejak itu,
aku sudah mula percaya
dengan apa yang
mereka kata.
Tiada keraguan lagi
yang bertakhta
di kotak jiwa.

Pada awalnya,
memang payah
nak berselawat.
TAPI
dengan wujudnya
kepercayaan
dan
sifat ingin mencuba,
segalanya tak mustahil
untuk dicapai dalam sekelip mata.


KEEP YOUR LIFE ALIVE!

Salam blogger, eha ehut.





Thursday, 6 December 2018

BISIKAN

Assalamualaikum!

Related image

Psstt...
Bisikan lagi.
Bisikan keji.
Bisikan yang menghantui.
Bisikan yang merindui.
Bisikan yang tidak pasti.
Bisikan itu kerap mengganggu lagi.
Minta dilayani.
Mohon didengari.
Tapi terus tak diendah.
kerna bisikan itu,
bukanlah untuk membaiki.
Tapi untuk membinasakan
hati nurani.

Entah berapa lama,
bisikan tadi muncul lagi.
Semakin kuat rayuannya.
Minta dituruti.
Masih tidak dilayan lagi.
Kerna bisikan itu,
lahir dari minda,
yang inginkan
pengakhiran segera
daripada hidup di bumi
lebih lama.

Bisikan itu,
menggoda lagi.
Lebih sayu, lebih rindu.
Gambaran kalbu
yang menunggu waktu
untuk menghilangkan pilu.

Bantahan dari akal
terus berulang,
Memujuk bisikan pergi menghilang.
"Usah diganggu hati yang galau,
jika hadirmu 
sekadar membawa malang!"
Begitu katanya akal.

Bisikan masih belum sudah.
Tidak dikenal erti berserah.
Halus menebarkan hujah.
Menjala emosi yang sedang parah.
Menjerat akal agar mengalah.
agar tunduk pada bisikan,
yang diiktiraf
minda bawah sedar.

Pilihan masih terbentang.
Ada masa lagi untuk menentang.
Ada masa lagi untuk bertenang.
Tiada guna nyawa melayang.
Sekadar memuaskan bisikan yang menang.

KEEP YOUR LIFE ALIVE!

Salam blogger, eha ehut.






Friday, 23 November 2018

Ganu Kiter


Assalamualaikum! Hai korang...Maaflah, setelah menyepi seketika aku muncul lagi dengan cerita baru dari Terengganu Darul Iman. Ya, aku baru balik dari Terengganu sebab ada konvoksyen salah seorang ahli keluarga aku di Unisza.😁 

Macam biasa, aku selalu naik Air Asia untuk penerbangan dalam Malaysia macam waktu aku pergi Pulau Langkawi musim raya yang lepas. Kat atas tu aku belanja satu gambar pemandangan lautan di Terengganu dari awan biru.

Kali ini, aku memilih untuk menetap di Hotel Tabung Haji di Kuala Terengganu. 



Sambil menyelam minum air. Alang-alang dah ada di Terengganu, aku dan keluarga ambil peluang ubtuk bersiar-siar di pantai. Ambil angin Terengganu..hehe..Kami pergi ke Pantai Batu Burok yang mana tempatnya sangat sangat sangat aman dan damai. Angin sepoi-sepoi bahasa di petang hari menenangkan jiwa dan raga. Subhanallah. Tenang tak terkata! 


Alhamdulillah sambutan Idul Ilmi Unisza berjalan dengan lancar. Malamnya, kami makan malam di Simpunk Corner, Seberang Takir. Macam-macam ada! Makanan western ada, Thai dan masakan Melayu pun ada. Aku cuba Nasi Pakepau (harap ejaan tu betul..huhuu). Nasi Pakepau tu tak pedas, tapi memang nice. Ada juga cili api dan cili merah cuma tak terlalu menyengat..hehe..



Jadi, itulah sedikit sebanyak 'jalan-jalan Terengganu. Oh ya, kalau pergi Terengganu mestilah wajib untuk pergi ke Pasar Payang dan Masjid Kristal, betul? Maaflah korang, aku tak sempat nak ambil gambar pula..semuanya tumpang kamera telefon orang..huhuu..


Aku sangat berharap dapat kembali lagi ke Terengganu untuk melawat pelbagai lagi tempat yang menarik!

KEEP YOUR LIFE ALIVE!

Salam blogger, eha ehut.



Tuesday, 13 November 2018

NALURI

Image result for instincts images


Assalamualaikum! Haa..Lama tak bersua..Maaflah baru cuti sekolah. Haihh..Sedar tak sedar aku dah nak ambil SPM tahun depan. Pray for me,okay?? 

KENAPA NALURI? 


Sebagai normalnya manusia di hamparan bumi Allah ni, tak mungkin terlepas dengan segala onak duri dan lautan api yang harus ditempuhi dan dirasai. Betapa peritnya dan pahitnya apa yang dilalui selama hidup di dunia. Pelbagai bisikan, pilihan dan jalan yang mesti dipilih agar tak tersimpang dari kebenaran.


Maka, datanglah si naluri membisikkan fitrah dalam diri manusia, agar kembali kepada jalan menuju syurga. Fitrahnya manusia inginkan kebahagiaan. Namun, ada daripada kita menolak naluri sejauh-jauhnya dn menuruti nasihat syaitan yang menginginkan kita sebagai 'temannya' di neraka. Na'uzubillahiminzalik.


Image result for trust your instincts stylish


  Aku pun mengambil peluang keemasan ini bagi mencoret satu lagi buah fikiran cetusan ilham daripada Ilahi.Naluri ini sebuah sajak yang membawa makna mendalam kepada aku yang mana aku garapkan menjadi sebuah rasa apabila naluri yang murni ditolak tepi oleh tuannya sendiri. Walhal naluri itu ialah perasaan, dianugerahkan oleh Ilahi,yang mahukan hambaNya kembali. Aku sangat berharap agar sajak yang akan diselitkan di hujung post ini mampu membawa erti kepada korang juga! 



NALURI

Naluri,
bisikan kecil hati
bisikan nan halus
yang menggetarkan jiwa
sering bertarung dengan nafsu
bertarung si nafsu agar dituruti
merayu si naluri mohon didengari
terkadang tak terdengar
rintihan naluri
lalu nafsu yang diikuti
tak lapang dada
tak tenang jiwa
jika bertuhankan nafsu semata
namun, telinga berlagak 
tidak mendengar
rayuan naluri ditolak tepi
dibiarkan sendiri

Naluri,
bisikannya datang silih berganti
kebenaran yang sentiasa dicari
menggugah jiwa supaya kembali
kembali pada jalan hakiki
kembali pada pilihan sejati
malang, suara kecil naluri
dibiarkan bergema dalam diri
tak diendah, tak diambil kisah
tidak dijadikan pedoman abadi
nafsu pun menguasai hati
sampai hati mati
terjerat dek nafsu seraka yang keji

KEEP YOUR LIFE ALIVE!

Salam blogger, eha ehut.



Saturday, 29 September 2018

SECEBIS IMPIAN

Assalamualaikum!
Salam hari Sabtu!

Related image

Malam ni, aku ingin berkongsi
satu luahan rasa
yang terselit di sanubari
Harap kalian sudi membaca
coretan kecil dari hati...

IMPIAN
satu kata yang berlegar di minda
satu mimpi yang diharap
menjadi realiti
satu janji yang dikotakan
satu masa nanti

Terkadang tak pernah aku tahu
apakah impianku?
kelak nanti, apa yang aku mahu jadi?
rahsia diri yang kekal misteri
kisah tersembunyi
yang perlu digali

Sewaktu aku masih kecil,
aku ingin bergelar
seorang DOKTOR

Image result for doctor

Kot putih menjadi pakaian seragam,
setiap hari bertarung
dengan kegetiran.
Bermain dengan nyawa dan darah.
Setiap hari mendengar keluhan perit
deritanya si pesakit.
Kerna apa mahu menjadi DOKTOR?
Kini, aku sendiri tak pasti.

Pernah satu ketika,
aku ingin menjadi seorang guru,

Related image

sentiasa berdamping
dengan generasi pewaris bangsa,
mahu berada dekat di hati mereka,
mengajar mereka erti
sebuah perjuangan dan pengorbanan
dalam arus kehidupan
yang berombak dan berliku,
mendidik mereka makna kesabaran
yang manis buahnya,
Kini, aku keliru.
Entah menjadi guru itu,
profesion yang sesuai bagiku.

IMPIAN
sebutannya mudah,
namun maknanya payah,
ianya sebuah hasrat yang dikaji
dan disimpan rapi,
disemat dalam hati,
agar nanti,
impian sebenar dapat direalisasikan
berkat kegigihan diri
yang punya impian dalam jiwa yang murni

Image result for thinking and dreaming

Lama-kelamaan,
ku biarkan saja diri ini,
mencari arah sendiri,
biar ia cenderung
terhadap apa yang diminati
menyuluh haluan sejati dalam kegelapan
yang tak diketahui
kelak, akan aku kongsikan pula,
apa IMPIANku yang sebenar-benarnya.


KEEP YOUR LIFE ALIVE!

Salam blogger, eha ehut.

Sunday, 9 September 2018

MELAKA #KITA_PUNYA

Assalamualaikum! Kali ni, aku dan keluarga berjalan-jalan di Melaka. Maklumlah sempena Hari Kemerdekaan ke-61 ni..Baiklah..

Stay kat mana? Kali ni aku pilih kondominium bukan mahal memandangkan harga tempahan bilik yang agak mahal.



Hah..Nama kondo tu macam kat atas. Tempatnya.simple but nice..^__^ 4 stars lah kitanya..Kat kawasan parkir kereta ada swimming pool..Boleh santai-santai lepas penat berjalan.

Asam pedas yang best? Banyak yang best tapi yang menjadi pilihan untuk tengah hari ni ialah Asam Pedas Hajah Rahmah.


Related image

Done untuk lunch! Jadi, aku gerak balik kondo dulu, rehat dan solat. Petangnya aku pergi pula ke Pantai Klebang untuk rasa coconut shake yang katanya gempak.

Image result for coconut shake original pantai klebang
Bumbung khemah ais krim Wall's tu..
Sedap ke tak? Bagi aku ok je..hehe..Tapi aku pernah jumpa coconut shake yang lagi power dari pantai Klebang punya. :D

Lunch sudah, minum petang, sudah..Apa lagi? Masa untuk makan malam pula!!

Image result for medan selera sg duyung

Yup. Masa untuk makan besar! Bayangkan kitaorang order macam-macam seperti ikan siakap sweet sour, udang goreng butter dengan udangnya besar-besar lagi..Mmm..Memang sangat sedap dan terbaik..Kalau korang nak makan besar dengan keluarga atau kawan-kawan, kat Medan Ikan bakar Muara Sg. Duyung memang tempat yang paling tepat!

Related image
nak sikit?

HARI KEDUA

Di pagi hari mestilah dimulakan dengan sarapan, betul? Aku nak kongsi satu lagi restoran yang baik punya untuk isi perut korang untuk sarapan atau makan tengah hari. Kat mana? Sini tempatnya!

Image result for restoran asam pedas jr sari melaka
*pinjam gambar google jap :D

Maaflah..Gambar ats tu pinjam Google je. Gambar sendiri tak sempat nak ambil..Hee...nasi lemak kat melaka,sambalnya bagai bom masa. Boleh meletup bila-bila je..Huu..Sesiapa yang tak tahan pedas boleh tarik diri awal-awal. ^__^

Lepas makan,apa lagi? Jalanlahh..Hmm..Jalan-jalan tengok bandar besejarah Melaka. feeling sekejap..



Sempat naik cruise pusing Sg Melaka..


Nice? For sure. Dah penat round Melaka, petang tu aku pergi terjah pula satu kedai ais krim yang terkenal iaitu Big Bowl Ice di Batu Berendam. Waa..Ais krimnya..sedap tak terkata! Menjilat sudu dibuatnya.
Related image


Hari kedua diakhiri dengan mango Float Royale Sg Putat..

Image result for mango shake royale batu berendam

dan...

Image result for mi kari sg putat

It's a wrap! Berakhirlah sudah jelajah Melaka kali ni. Ingat, aku JELAJAH, bukan MENJAJAH..:)

KEEP YOUR LIFE ALIVE!

Salam blogger, eha ehut.






Sunday, 19 August 2018

APA SANGKAANMU?


                      Related image

Lama tak bersua,sampai rindu kian bertakhta di jiwa.
Jangan ditanya mengapa,
mengapa aku diam tanpa berita
kerana pelayaran mencari secebis ilmu
memakan masa yang lama...

Akan aku mulai coretan kali ini dengan satu kalimah suci...

ASSALAMUALAIKUM!

Apa khabar korang? Woo..Lama betul blog ni berhabuk sampai tebal debunya. Lagi beberapa hari seluruh umat Islam akan merayakan Hari Raya Aidladha dan mengerjakan ibadah korban. Semoga amalan korban diterima Allah kepada sesiapa yang melaksanakan ibadah korban tahun ini. 


Berbalik kepada pokok pangkalnya.
Apa sangkaanmu?
terhadap dirimu sendiri?
Sangkaanmu terhadap keluargamu,
rakan-rakanmu,
masyarakat sekeliling?

Baikkah sangkaanmu terhadap mereka?
Atau engkau sangkakan perkara yang sebaliknya?

Sekarang, renung sedalamnya.
Renungi dirimu.
Fikirkan semasak-masaknya..

Apakah
sangkaanmu
terhadap
Tuhanmu?
Ya.
Tuhanmu.
Ya.
Allah.
Dia Tuhanmu
juga Tuhanku.

Jadi,
aku ulang sekali lagi..
Apakah 
sangkaanmu
terhadap
Allah?

Pernahkah kau rasakan Dia Maha Penyayang
dan
menyayangi hambanya?

Jika ya, ini kerana memang Dia Yang Maha Penyayang
dan kasihNya
terhadap kau lebih banyak daripada ibu yang mencintai anaknya.

Pernahkah pula kau rasakan Dia tidak adil?
Jika ya, sangkaan kau pada Dia jauh sekali meleset.
kerana
Dia Maha Adil
dan 
Dialah juga Pemilik Hari Pengadilan
satu hari nanti.
Maka,apakah masih Allah itu tak adil?

Image result for ALLAH BERADA PADA PERSANGKAAN HAMBANYA

Jawapannya...
tersedia di skrin-skrin anda..
Mahu menerima atau menolak..
terpulang....
kerana
PILIHAN DI TANGAN ANDA

Image result for the choice is yours

KEEP YOUR LIFE ALIVE!

Salam blogger, eha ehut.













































Thursday, 21 June 2018

LANGKAWI RAYA



Assalamualaikum! Selamat hari raya guys! Raya kali ini aku dan keluarga bercuti di Pulau Langkawi di Kedah. Haa..tengah orang lain sibuk menziarah saudara,aku 'ziarah' makam mahsuri,kereta kabel dan macam-macam lagi. Nak tahu story?? Check it out!

SYAWAL KEDUA

Waktu ni baru bertolak dari KLIA 2 ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Masa perjalanan tak lebih daripada satu jam. Jimat masa daripada naik kereta atau feri. Tapi bab-bab nak kejar masa flight la yang agak mengharukan😂😂😂 

Naik flight apa? Air Asia~~~Sampai je sana ambil kereta yang dah disewa melalui booking awal. Senang tak kalut..

First stop cari kedai makan,breakfast la dulu isi tenaga. Apa yang korang expect untuk hari raya kedua?? Kedai tutup!!!! Ya..Kedai mamak je lah jawabnya..huhuu..Perancangan asal nak naik kereta kabel waktu tu tapi dah ramai orang,jadi aku pun pergi jalan-jalan ambil view cantik untuk photoshoot..

Antara hasilnya



Lepas tu,baru melawat makam mahsuri..

Okayy..photoshoot dan makam mahsuri done! Sekarang cari makan! Well..orang raya kan,jadi cari je kedai makan yang buka..haihh..Dah kenyang perut baru check-in hotel. Aku menginap kat Hotel Adya. Hotel ni ada ciri-ciri islamik kat bangunan dia. Bilik pun nice :D


SYAWAL KETIGA

Yup..Hari yang baru! Masa untuk balas dendam untuk naik kereta kabel semalam! Aku ambil pakej yang basic je. Pakej basic ni merangkumi sky cab (kereta kabel), sky dome, sky rex dan 3D Art Museum. Kiranya bayar semua tu sekali la..

View dari dalam kereta kabel

    
                 

            Di hadapan 3D Museum


Done for today!! Bahagia betul dapat 'beraya kat langit' huu..Alhamdulillah rezeki Allah beri.

SYAWAL KEEMPAT

Hari untuk pulang..Flight balik ke KLIA2 pun pagi juga. Tapi Alhamdulillah dapat luangkan masa dengan keluarga dan menikmati setiap detik kegembiraan 'together-gether'

Sampai sini je Langkawi Raya..Hope korang gembira dengan post ni..Bye.. :D

KEEP YOUR LIFE ALIVE!

Salam blogger, eha ehut.







WANDER LIL’ PETER PAN! (poem)

Assalamualaikum! Kali ni mood raya tahun 2018 membuatkan ilham poem ni datang 'menziarah' aku..huhuu..Enjoy..


WANDER LIL’ PETER PAN!

I wonder
is there anyone out there, flying without any wings?
wandering all night long,finding fun and friends
like an owl, he stares the sky
waiting for someone to come and play
together.
I hate starring out the window
at night
when it is dark
when only white teeth can be seen
when only evil eyes are starring

hey lil’ Pan!
How high can you fly?
How miles can you survive?

He answered,
I fly high every night
especially when the moon is big and bright
I fly anywhere I can, whenever I want
not like you
I am free
from those grills and steels
not hiding behind the iron bars
up in the sky where I belong

But hey I tell you miss,
Free your mind
let it wander around
never keep your thoughts
in the closet of boundary
cause I can tell miss
how bad you need to be free
by the sorrow eyes of yours
i can tell how much you miss the breezy wind
during the times we were flying

But look at yourself!
You are now full of wrinkles
Sitting on the rocking chair
Knitting and waiting
not only for freedom
but also for me!
Who you might guess
I am?
Wendy is my name.

 KEEP YOUR LIFE ALIVE!

Salam blogger, eha ehut.

Tuesday, 12 June 2018

RAYA TANPA DIA


Tiada bisikan lembut yang ku dengar
hanya suara azan sayup bergema
masih ku rasakan hangat tanganmu
di pagi raya bersalam denganku

-Sepasang Kurung Biru..Kahiril Johari Johar-

Assalamualaikum! Raya Aidilfitri semakin hampir. Macam mana persediaan korang? Baju raya dah beli? Lemang..ketupat..rendang semua dah siap? Dalam gemmbira nak raya, kita tak kena ingat yang ada orang tengah bersedih. Baru-baru ni telah ada berita pemergian seorang pelajar maktab aku berpunca daripada jangkitan kencing tikus..Allahu..Dia muda setahun daripada aku! Ya Allah..Inilah Ramadhan terakhir dia. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin..

Btw..Raya dulu dan sekarang sangat tak sama. Betul..Ramai yang dah pergi..Ramai yang dah melalui 'Ramadhan terakhir' mereka. Kita? Hanya menunggu waktu dan saat ajal tu sampai je sebenarnya bros and sis sekalian.

Sungguh, dalam Al-Quran ada menceritakan tentang apabila seseorang ditanya berapa lamakah dia hidup di dunia? Dia menjawab bahawa dia hanya tinggal di dunia sehari atau setengah hari.

Tak lama guys..Tak lama kita duduk kat dunia ni. 



Okay..Berbalik kepada kisah raya kita..Aku ada satu cerita yang jarang sekali aku berkongsi dengan sesiapa selain daripada keluarga dan sahabat rapat. Cerita tu aku dah menjadikannya sebuah sajak. Untuk korang hayati dan insafi....

SEHARI SEBELUM AIDILFITRI

Sehari sebelum Aidilfitri
disahkan oleh doktor
kau menghidap kanser
tahap keempat,tahap penamat hayat
tika itu lekas aku memalingkan wajah
beredar jauh aku dari dirimu
bimbang kau ternampak
butiran jernih sedang laju
membanjiri mata
sempat ku kerling ibu
wajahnya tiada kerutan 
hanya berhias senyuman

Sehari sebelum Aidilfitri
pertama kali ku renungi diri sendiri
pantulan di cermin
jarang sekali membohongi
mataku merah,pucat mukaku tanpa darah
fikiran menerawang tanpa arah
remuk di hati bertambah parah
tanganku kuat menggeletar
kaki juga turut terketar
bukan kerana amarah
tapi kerana diri yang lemah
baru tahu beza langit dengan tanah
baru sedar diri ini cuma sebesar zarah

Hari pertama Aidilfitri
tiada dia dalam gambar famili
pabila diziarah,senyuman hambar menjadi hadiah
ku rangkul dirinya
yang tinggal serangka tulang
foto raya pun diabdikan
foto terakhir yang dibawa pulang
memori terakhir Aidilfitri yang dikarang

*Abah yang ku rindu..<3
Al-fatihah...


KEEP YOUR LIFE ALIVE!

#JANGAN_MAIN_MERCUN_BANYAK_SGT

Salam raya, eha ehut.


Wednesday, 6 June 2018

IKUT KATA HATI?... #1

Related image


Ku tanya pada hati moga diberi jawapan
tapi ada dua suara yang sering kedengaran
yang satu kata iya yang satu kata bukan
kadangkala akal dan hati pun tak sehaluan

Al-Nuraa..Yang 5..Yang 6_Mawi,Hazama &Daly Filsuf

Assalamualaikum! 22 Ramadhan 1439 H.
Hari ni ada satu cerita yang aku nak kongsikan kepada semua.
cerita ni hanyalah secebis kenangan yang baru terjadi yang akan aku peram dan simpan sampai bila-bila.
Kalau sudi luangkan masa untuk membaca. :D
Moga memberi manfaat...

BORANG

Related image

Aku menatap kertas itu. Puas aku belek-belek,, pusing atas, bawah, kiri, kanan. Kertas itu hanya sehelai. Sehelai kertas yang cukup membuatku serabut memikirkannya. Tertulis tajuknya di bahagian atas sekali.

STUDENT REPRESENTATIVE COUNCIL APPLICATION FORM

Borang yang tak aku pinta. Ada seorang sahabat yang telah memberi namaku kepada Student Representative Council(SRC) sesi sebelumnya. Dan akhirnya sampai ke tangan aku borang yang tak diundang itu. 12 pagi. Aku masih belum mengantuk. Hati masih berbolak-balik.

'Nak isi ke tak,,Nak isi..ke tak?'

Kebetulan masa tu ada 2 orang senior aku yang masih berjaga. Aku tanya pendapat mereka.
Jawapan yang ringkas diberikan.

'Ala..Cuba je..Mana tahu tu rezeki? Belum cuba belum tahu..' 

Betul. Belum cuba belum tahu. Tapi macam mana nak cuba kalau hati aku seolah-olah menafikan keinginan aku untuk mencuba. Ya. hati menafikan. Logik akal mengiyakan.

Diringkaskan cerita, aku pun mengisi borang tu dengan jayanya walaupun diiringi seribu satu kemusykilan dan kerisauan yang datang entah dari mana. Peringkat pertama selesai. Borang-borang yang dihantar oleh pelajar seterusnya akan ditapis. Hanya individu yang berjaya melepasi tapisan sahaja yang akan ditemuduga. Dan aku merupakan salah seorang daripada calon-calon yang akan ditemuduga.

TEMUDUGA

Image result for cartoon interview

Berdebar? Tipulah aku kata aku tak berdebar. Aku ditemuduga dalam sebuah bilik bersama 4 orang calon lain. Aku cuba yakinkan diri dan berdoa semoga Allah lancarkan lisan aku selancar-lancarnya macam pancuran shower kat bilik air. Hehe..Kidding. 


Related image

Sesi temuduga pun bermula. Sewaktu mengeluarkan hujah-hujah 'bernas', aku dapat rasa hati aku sangat tak bersetuju dengan kata-kata dan idea yang aku lontarkan. Seolah-olah idea itu ibarat skrip yang dibaca tanpa ada semangat yang menemani. 
Macam bersandiwara tanpa sekelumit jiwa.
Habis temuduga,aku rasa lega sangat. Tinggal tunggu keputusan siapa yang layak menjadi calon akhir untuk pilihanraya.

UNDILAH SAYA!

Related image

Aku kurang bercakap tentang apa yang berkaitan dengan 'undilah saya' sepanjang musim sebelum hari mengundi. Sebab apa? Entahla..
Ya. Seperti apa yang bermain di fikiran korang. Allah beri aku peluang menjadi calon akhir SRC. Tinggal hari mengundi yang menentukan aku salah seorang SRC atau tak. 
Gementar. Tidak kali ni. Hati aku meyakinkan yang aku tak akan dapat jawatan tu.

Keputusannya?

PENENTU

Nama-nama ahli SRC sesi baru ditayangkan di skrin besar. Calon-calon lain berdebar. Aku? Aku tawakal kepada Allah. Sebab, andai kata bukan rezeki aku, bermakna jawatan tu bukan untuk aku. Dan selalunya kita dengar orang kata 'Ada yang lebih baik ditentukan untuk kita'...

Keputusan diu
mumkan.
Dan memang nama aku tak tersenarai.
Serentak dengan itu,hati aku terus berasa tenang.
Bahu terasa ringan.
Fikiran yang serabut,terus tak jadi kusut.
Aku tersenyum lebar.
BAHAGIA...

Ramai orang menyangka aku akan sedih.
Ramai yang beri semangat.
'Tak apalah kawan..bukan rezeki...'
'Kau okey tak? Jangan sedih ye..'

Jawapan aku? Ha...kat bawah ni...

Image result for emoji smile

Aku rasa aku patut bersyukur. Kenapa? Sebab tak menjadi SRC tu juga dikira sebagai rezeki. 
Lagipun Allah dah anugerahkan aku pengalaman berharga masuk pilihanraya..Huhuu..
Bila lagi nak merasa... :D

Related image

Dan kata hati kadang-kadang tak didengari tapi dirasai dan diyakini...
Ada orang kata 'ikut hati mati'
Tapi, aku hidup je lagi..Hehehe...

Image result for emoji smile

Wah..Panjangnya post ni..Dah lenguh jari jemari..huuu..Alright. Cukup sampai sini..Jadikan pengajaran yang korang dapat jadi pedoman..Bye!

KEEP YOUR LIFE ALIVE!

Salam blogger, eha ehut.