Friday 12 July 2013

BUKAN SEKADAR LAPAR & DAHAGA...

Related image



       Assalamualaikum semua!!!! Hari ni hari yg ke-4 kita puasa. Mesti semua pelik kenapa saya ni excited sangat kan???  Entahlah saya pun tak tahu kenapa. Tapi kalau  nak tahu puasa ni bukan setakat lapar or dahaga, tapi puasa ni sebenarnya membantu kita dalam mengurangkan nafsu makan dan minum kita.

Image result for ramadhan

Lagi pula, dapat pahala bukannya lapar dan dahaga semata-mata. Bulan Ramadhan inilah waktu yang dinantikan sebabnya kalau kita bertadarus, sedekah, berzikir & sebagainya kite dapat PAHALA BERLIPAT KALI GANDA!!!! Sebab itulah kita mesti rebut peluang keemasan ni. Renung-renungkanlah segala amal ibadat yang telah kita lakukan. Cukup ke tidak bekalan kita di akhirat kelak.

           Saya pernah baca satu buku ni. Buku itu kata 63 tahun kat dunia ini hanya 1.5 jam di akhirat. Bayangkanlah... kita nak sampai umur 63 tahun pun jenuh, inikan pula...       :)


         

Salam blogger, eha ehut.

Wednesday 10 July 2013

BULAN RAMADHAN


          Bulan Ramadhan datang lagi. Seronoknya tak terhingga. Maklumlah hanya setahun sekali.Saya amat merindui bulan yang paling mulia ni. Haaa pembaca blog saya hari ni puasa????  Kalau puasa syabas & tahniah diucapkan.Saya berazam untuk berpuasa penuh pada bulan ni.Saya juga berhasrat untuk berpuasa enam selepas habis bulan puasa nanti.Ini ada sedikit promosi untuk dikongsikan bersama.



         Saya mahu minta maaf seperti biasa jika pembaca terasa dgn post-post saya selama hampir 5 bulan saya ber'blogging'.Selamat berpuasa daripada saya & blog Dataran Info.  :)

Salam blogger, eha ehut.

Thursday 4 July 2013

PERANG BADAR

Image result for perang badar

          Assalamualaikum!Seperti yang saya janjikan PERANG BADAR!!!  

     Perang Badar berlaku pada 17 Ramadan tahun ke-2 Hijrah.Perang Badar berlaku di kawasan lembah yang terletak di antara Madinah  dgn Mekah.

Related image

BILANGAN TENTERA YANG TERLIBAT

    313 orang tentera Islam yang terdiri daripada kaum Ansar & kaum Muhajirin yang dipimpin oleh Rasulullah SAW. Manakala kafir Quraisy pula seramai 1000 orang tentera yang diketuai Abu Jahal bin Hisyam.

Related image

BILANGAN TENTERA YANG TERBUNUH

     Seramai 70 orang Musyrikin terbunuh termasuk Abu Jahal bin Hisyam & seramai 70 orang yang lain menjadi tawanan tentera Muslimin.Tentera Islam yang mati syahid seramai 14 orang termasuk A'baidah bin Al-Harith.Kemudian Rasulullah memerintahkan semua tentera Musyrikin yang terbunuh ditanam.Manakala tentera Muslimin yang mati syahid dikebumikan dengan baju yang dipakai ketika perang.

The End .Harap maaf jika post ni terlalu ringkas. :)

Salam blogger, eha ehut.