Saturday 28 December 2013

SEMUA NAK CANTIK???





   Assalamualaikum! Saya nak tanya boleh??? Okay, siapa yang tak suka benda-benda yang cantik? Mesti semua orang suka kan?? Sudah jadi fitrah manusia. Manusia suka benda-benda yang cantik dan baru. Contohnya waktu hari raya aidilfitri. Sesetengah orang kalau boleh semua nak ditukar. Sofa, langsir, balang kuih raya dan macam-macam lagi. Nasib baik tiada siapa yang tukar rumah setiap tahun. Tetapi semua ini hanya pembaziran!!! Bukan tak boleh beli yang baru. Cuma kalau barang yang elok lagi tak usahlah beli yang lain. Membazir sahaja.

Image result for luxurious living room

    Janganlah sebab semua nak cantik yang lama mesti ditukar. Kita mesti bersyukur dengan apa yang Allah berikan. Walaupun kita banyak duit boleh beli barang atau benda yang baru, cantik tetapi ingatlah bukan semua benda boleh jadi milik kita. Lagipun duit itu boleh kita simpan buat bekalan masa hadapan.


Related image

    Lagi satu, semua orang nak muka yang cantik. Yalah, kononnya kalau muka yang cantik ramai orang suka. Tapi kenapa kita tak pandang apa yang kita ada?? Kita ada sepasang mata, hidung, telinga, tangan kaki yang sempurna. Tak pernahkah kita fikir semua itu?? Janganlah cemburu dengan orang yang lebih cantik daripada kita. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.

Related image



    Lagipun apa guna kalau muka sahaja cantik tetapi hatinya tak berapa cantik?? Ingatlah... Allah tidak pandang pun harta dan rupa paras kita tetapi memandang keikhlasan hati kita. So, buat apa nak sedih-sedih mengenangkan muka kita yang pada pandangan orang tak berapa cantik. Walaupun pada pandangan oran kita tak cantik, tapi sebenarnya ciptaan Allah semua cantik-cantik. Pada pandangan saya, senyum sahaja sudah cukup membuatkan kita cantik. Bertanbah pula pahala kerana senyum itu sedekah... :)


Salam blogger, eha ehut.

Thursday 5 December 2013

UMUR....


  Assalamualaikum! Sihat semua?? Tahun baru hampir tiba. Sekolah pun nak buka balik. Ini bermakna, umur kita pun dah bertambah. Untuk yang ada peperiksaan penting tu berusahalah supaya dapat keputusan yang terbaik. Berbalik kepada umur. Semakin umur meningkat, semakin banyak tanggungjawab. Jom tengok benda menarik di bawah.

Image result for baby


BAYI ATAU BABY 

Semua benda ibu bapa yang sediakan. Daripada pakaian sampailah keperluan mainan. Lagipun, kalau baby tu menangis ibu, bapa atau sesiapa saja mesti pujuk.

Related image

KANAK-KANAK SAMPAI UMUR 12 TAHUN
Semua dah berubah. Banyak yang kena buat sendiri macam buat kerja sekolah, belajar di sekolah dan macam-macam lagi. Kalau diaorang menangis tak confirm lagi ada yang nak pujuk. Dah pikul tanggungjawab macam jadi pengawas sekolah, ketua kelas, penolong ketua kelas dan lain-lain lagi. Kalau diorang anak sulung kena tolong mak jaga adik dan sebagainya.

REMAJA 

Lagi banyak cabaran menanti. Selalunya remaja suka mencuba dan mengenal diri sendiri dan kebolehan masing-masing. Banyak yang sudah berdikari sebab masuk sekolah berasrama. Kena bijak memilih rakan. Semakin banyak tanggungjawab. Tnggungjawab sebagai pelajar.
Related image

ORANG DEWASA

Tak payah cakap pun tak apa sebab dah tentu orang dewasa lebih banyak tanggungjawab. Terutamanya ibu bapa. Dah ada duit sendiri jadi kena pandai guna. Mesti kerja untuk menampung hidup. Dan pastinya semakin banyak tanggungjawab.

Begitulah kehidupan dan pastinya warga emas mesti membanyakan beramal ibadat untuk persiapan terakhir sebelum nyawa sudah tiada dalam jasad... :)

Salam blogger, eha ehut.


Monday 25 November 2013

KUASA PERCAYA

         Image result for believe


      Assalamualaikum! Hari ni saya nak cakap tentang PERCAYA. Pernah tak ada orang yang tak percayakan anda?? Mesti pernah kan? Kadang-kadang percaya ni bahaya sebab kalau kita terlampau percaya sangat kat seseorang takut orang tu akan ambil kesempatan atas kepercayaan kita. Tapi ada sesetengah orang cakap benda yang betul tapi tak ada sesiapa yang percayakan dia. Mesti sedih kalau tak ada orang yang percayakan kita.


     Kepercayaan antara satu sama lain juga penting dalam pasukan. Susahlah kalau team-mate sendiri tak percaya yang kita boleh buat sesuatu kerja. Tapi kita kena berhati-hati juga sebab kalau kita tipu orang lain takut KEPERCAYAAN orang tu terhadap kita hilang. So, jangan terlalu percaya sangat dan jangan terlalu tak percaya sangat.. Okay??


 Kita juga kena percayakan diri sendiri. Contoh: waktu exam ramai orang cakap kita tak mampu dapat straight A's, tapi kita kena percaya diri kita dan buat yang terbaik... That's all for today... :)


Salam blogger,eha ehut.

ICE ROOM @ NILAI SQUARE, NILAI


    Assalamualaikum! Ramai pernah dengar tentang COOL BLOG, EACH A CUP dan lain-lain kan? Okay, pada malam ni saya nak bagitahu satu lagi tempat menarik iaitu.... ICE ROOM yang terletak di Nilai Square, Nilai. So, bagi yang tak pernah datang sini dipersilakan... Ice-cream dia sedap! Hari tu saya try ice-cream bluberry (abang saya punya), peanut ice-cream (kakak saya punya) and satu lagi tak ingat. Kalau nak order bukan waiter yang datang tapi kat setiap meja adqa disediakan kertas and pensel. Lepas dah tulis ada kod-kod ice-cream tu, bagilah kat waiter tu.
Image result for ICE ROOM NILAI
   Bukan sahaja ice-cream yang ada tapi makanan pun ada jugak cuma haritu saya makan ice-cream je. Okay, that's all for tonight (maybe). Bye... Good night.. :)

Salam blogger, eha ehut.

   

Wednesday 20 November 2013

CERMIN DIRI ???!!!


    Assalamualaikum! Siapa yang tak pernah tengok CERMIN??? Mesti semua orang pernah tengok cermin terutamanya yang suka bergaya kan... Cermin wujud dalam pelbagai bentuk. Ada yang bulat, bujur, segitiga, petak dan macam2 lagi.
 

  Jadi, apa yang dimaksudkan dengan 'cermin diri' ???           Maksudnya kita kena sedar diri kita siapa. Ayat ni mesti selalu dengar lagi2 kat drama kan? Cermin diri ni lebih kurang sama dengan 'ukur baju di badan sendiri' tapi tak serupa. 

'Ukur baju di badan sendiri maknanya buat sesuatu ikut kemampuan kita. Berbalik kepada 'cermin diri'. Kita kena ingat walaupun kita kaya, pandai, cantik tapi semua tu milik Allah. Jangan sombong atau takbur... INGAT!! KEMUNGKINAN ALLAH AKAN MENARIK BALIK NIKMAT YANG KITA DAPAT DAN RASA SEKARANG... So, cerminlah diri kita. Sedarlah walaupun setinggi manapun pangkat kita di dunia, ianya semua bersifat sementara.

Image result for studying

   Tapi, kalau kita rajin menuntut ilmu itulah yang menaikkan darjat kita disisi Allah. So, jangan takbur, bongkak dengan apa yang kita ada sekarang. CERMINLAH DIRI KITA.... :)

    Salam blogger, eha ehut.


Saturday 26 October 2013

BERSENDIRIAN?? SUNYI??


  Assalamualaikum! Pernah tak anda berasa sunyi atau duduk sorang2 kat rumah?? Mesti ada yang pernah ada yang tak. Kita akan berasa sunyi bila tiada orang hendak dibuat teman ketawa dan duka. Bila tiada siapa yang mahu bersembang dengan kita... Betul tak?? Selalunya begitulah. Saya rasa perkara ni selalu terjadi kepada orang yang  baru pindah sekolah. Ketika itu kita mesti ringankan mulut untuk berkenalan dengan kawan2 baharu. Mestilah agak susah bagi orang yang baru berpindah kali pertama tapi seminggu dua okay lah tu. Oops, dah terkeluar dari tajuk pula.. sorry.

Related image

  Okay, berbalik kepada sunyi dan sendirian. Sebenarnya masa nilah peluang keemasan yang kita perlu rebut. Masa ni kita boleh mendekatkan diri kepada tuhan. Kita juga boleh musahabah diri kita dan kalau nak beribadat pun senang sebab tiada siapa yang hendak mengganggu.


 Ada sesetengah orang kalau mereka sunyi mereka akan bercakap dengan anak patung, kucing peliharaan dan macam2 lagi. Boleh juga cakap dengan tumbuh-tumbuhan. Selain menghilangkan rasa sunyi dan bosan, kita juga boleh mendapat bekalan oksigen yang banyak... 

Image result for alone

  Lagi satu, mungkin kita pernah membuat keputusan yang tak sama dengan orang lain?? Mungkin ya mungkin tak. Pernah tak rasa ragu2 dengan keputusan kita walaupun kita tahu keputusan tu betul?? 


Sebenarnya waktu tu lah syitan membisikkan perasaan was2 sebab kita tengok ramai orang yang buat keputusan yang lain daripada kita dan orang lain pandang pelik kat kita.

 Mesti waktu tu kita nak ubah fikiran dan ikut orang lain yang salah. Ingat tak lagi 'BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH' ? Jadi kita mesti yakin pada diri sendiri walaupun bersendirian. JANGAN TAKUUT UNTUK MENCUBA!!! Ingat, YOU ARE LONELY? DON'T WORRY .Sekian... :)

  BE YOURSELF

Salam sunyi, eha ehut.

Friday 25 October 2013

SEDIH?? NO! NO! NO!



  Assalamualaikum!!! Hari ni saya nak cakap tentang SEDIH. Pernahkah anda sedih??? Mesti semua orang pernah merasai perasaan ni kan?? Sedih selalu dikaitkan dengan menangis. Tapi tak semestinya kalau kita sedih kita akan menangis. Sebabnya, ada orang menangis gembira. Jadi tak semestinya menangis tu sedih...

                                           Related image
  Bagi saya, ada 2 jenis sedih:


  1. Sedih fizikal (sedih yang mengalirkan air mata dan orang tahu)
  2. Sedih mental (sedih dalam hati yang hanya kita dan Tuhan saja yang tahu betapa sedihnya kita)
   Mungkin perkara ni tak wujud, tapi saya hanya merekanya sebab itulah yang selalu kita hadapi. Sedih mental biasanya lebih sakit daripada sedih fizikal. Dah tentu! Mungkin saya boleh bagi contoh begini:

Related image

 CONTOH SEDIH MENTAL

-Anda diejek oleh rakan atau orang lain.
-Anda merasakan seperti tiada orang yang faham perasaan anda.

CONTOH SEDIH FIZIKAL

-Kematian seseorang yang anda sayangi.
-Anda terpaksa berpindah rumah atau sekolah.

                    Related image

  Begitulah lebih kurang contohnya. Sebenarnya ada banyak lagi. Tapi saya rasa memang susah nak bagi contoh terutamanya sedih mental. Sedih mental memang sangat membebankan. Mestilah!! Jadi anda boleh mengadu kepada seseorang yang anda percaya. Seperti bestfriend anda. Anda juga (terutamanya bagi kanak2 dan remaja) ibu bapa memang membantu untuk anda luahkan perasaan. Tapi ibu bapa juga perlu memberikan sepenuh perhatian ketika anak mereka meluahkan perasaan mereka supaya anak2 tak berasa beban untuk memberitahu ibu bapa kalau mereka mempunyai masalah lain.


Related image



 Buku diari juga sedikit sebanyak membantu untuk anda meluahkan perasaan. Saya tahu buku diari memang popular. Terutamanya yang ada mangga dan kunci, kod dan sebagainya sebagai langkah berjaga-jaga supaya tiada yang tahu rahsia anda. Anda juga boleh menulis rasa sedih anda di atas sekeping kertas atau seberapa banyak kertas yang anda perlukan!! Kemudian buang kertas  tersebut supaya anda tak terbaca luahan hati anda. Kerana ini akan menyebabkan anda teringat semula kenangan pahit dan sedih itu. Satu lagi cara adalah buat hobi/ aktiviti yang disukai. Kalau saya suka tengok blog kalau stress atau buat sudoku.

Image result for berdoa



 Akhir sekali, cara yang paling berkesan bagi saya adalah menghadap YANG MAHA ESA dan meluahkan segala isi hati anda. Bagi saya, saya lebih suka ketika itu tiada sesiapa dalam bilik. Dan yang ada hanya kita dan Allah. menangislah selama mana yang anda mahukan. Luahkanlah perasaan anda dan mintalah kepada Nya supaya dipermudahkan bagi anda untuk selesaikan masalah atau menghilangkan kesedihan anda. Saya pasti anda mesti berasa lega selepas itu.

Sekian... (Saya mohon maaf post2 sebelum ni banyak menggunakan shortform... dan jangan sedih2 lagi!!) :)

Salam blogger, eha ehut.

Friday 4 October 2013

4TH & 5TH DAY @ BTPN PERAK

26 SEPTEMBER 2013 (KHAMIS)

  Lawatan ke Perpustakaan Negeri Perak. Ada aktiviti jejak maklumat. Best.. tapi saya tak menang. Tak apa sbb saya cuma nk have fun and release tension lps bertanding dpt free majalah KUNTUM. Lps tu pegi ke Muzium Perak Darul Ridzuan. Ada aktiviti jejak maklumat juga. Macam biasa, tak menang but it's fine.

  Waktu petang tak ada aktiviti riadah sbb berlatih untuk persembahan daerah. Waktu malam lps solat Maghrib, ada jamuan makan.Lebih kurang pukul 8.30 masuk bilik Juara Bestari. Daerah saya (Perak Tengah) gilirannya nombor 8. Sempat kitaorang buat preparation sikit. Selepas 7 daerah buat persembahan mereka, tibalah giliran kami... 

Kami buat sketsa tentang seorang ibu tunggal yg tinggal dgn 2 org anaknya iaitu Nabihah (saya) dan Hanan (kak Hanan). Nabihah pandai & rajin baca buku tapi Hanan (adik) asyik melayari internet je. Mereka nk PMR. Kami masukkan unsur lawak. Sebelum memulakan persembahan Madihah (pencerita) mendeklamasikn sebuah sajak tentang buku. Di akhir persembahan pula saya baca serangkap pantun manakala kak Syarihah (ibu tunggal) membaca seloka. Malam itu kami tidur lambat kerana membahagikn hamper. Daerah lain ada yg buat tarian, mendeklamasi sajak, baca pantun, sketsa & nyanyian.

 27 SEPTEMBER 2013 (JUMAAT)

  Hari terakhir di BTPN PERAK. Saya berasa amt sedih sbb terpaksa berpisah dgn kwn2. Walaupun baru 5 hari kenal, tapi saya rasa macam dh bertahun-tahun berkwn. Majlis penutup dirasmikan oleh penolong pengarah BTPN PERAK tak silap saya. Cikgu saya datang dan saya pun balik ke rumah kesayangan... Sekian. :)

Image may contain: 1 person

Image may contain: 4 people, people standing
KAWAN BARU!!!

Salam blogger, eha ehut.

Monday 30 September 2013

2ND AND 3RD DAY @ BTPN PERAK

24 SEPTEMBER 2013 (SELASA)

 Bangun pagi pukul 5.30 pagi. Cari idea untuk individu punya tajuk. Lps tu solat Subuh & bersiap-siap untuk turun bawah untuk breakfast. Pukul 8.30 - 10.30 (lebih kurang) saya pergi ke makmal komputer untuk pencarian maklumat. Then, minum pagi & masuk pula perpustakaan.

Image may contain: 4 people, people standing and outdoor
KAWAN BARU!!


   Habis pencarian maklumat mkn tgh hari. Lps mkn balik bilik. Pukul 2.30 ptg berkumpul di kafe. Kemudian peserta sekolah rendah BM & BI bergerak ke makmal komputer. (di makmal) Tunggu giliran untuk penilaian kumpulan. Saya peserta nombor 4. Saya berkumpulan dengan Vinod (5) dan Putri (6). 


   Waktu malam ada slot 2 yg dikendalikan oleh Encik Chai yg bertajuk SINTAKSIS BAHASA MELAYU . Macam biasa, mula pukul 8.30 - 10.30 malam. Lepas minum malam balik bilik.

25 SEPTEMBER 2013 (RABU)


  Pagi lepas breakfast penilaian individu. Sebelum itu peserta sekolah rendah BM & BI tunggu di makmal komputer. Giliran saya pun tiba saya buat sehabis baik. Penilaian individu berjalan selama 20 minit. Selepas keluar dari bilik penilaian saya pergi minum pagi.


  Petang pukul 2 turun ke Bilik Waja untuk slot 3 yg disampaikan oleh Puan Sormon yg bertajuk PENGUCAPAN AWAM. Lepas habis slot, naik bilik rehat. Balik bilik rehat. Lepas itu turun balik untuk aktiviti riadah.


  Malam ada Resensi Buku drpd setiap daerah. Lepas habis Resensi Buku minum mlm & balik bilik. bersambung... :)


Salam blogger, eha ehut.

Saturday 28 September 2013

FIRST DAY @ BTPN PERAK


 27  SEPTEMBER  2013 (ISNIN)


 Dari Seri Iskandar ke Ipoh. Sampai di BTPN Perak lebih kurang pukul 2 lebih. Lps dpt bilik & angkat beg, mak dan ayah saya pun balik. Kemudian kami (saya, Madihah, Cikgu Norhayati & Cikgu Aishah) mkn tgh hari di restoran Ala Rempah. Lepas tu, mereka pun balik.


    Pukul 4 ptg sampai 5 lebih taklimat tentang perjalanan program. Lps taklimat dpt nombor giliran pertandingan. Habis taklimat balik bilik dan rehat. Waktu Maghrib turun ke surau untuk solat berjemaah. Lps solat mkn sambil berkenalan dgn org lain. Habis mkn, ada slot 1 oleh Cikgu Aziz.


 Gelak tawa kami bergema di setiap sudut bilik Waja Bestari  sbb Cikgu Aziz banyak buat lawak. Slot 1 mula pukul 8.30 - 10.45 mlm lebih kurang. Slot ini bertajuk ICEBREAKING DAN KEPIMPINAN. Kemudian pihak urusetia beri tajuk individu untuk hari Rabu nanti. Minum mlm kemudian saya dan Madihah (roomate saya) balik ke bilik kami yg bernombor 211 di tingkat dua. Selepas selesai menunaikan solat Isyak, kami pun tidur untuk mendapatkan rehat yg  secukupnya untuk hari esok iaitu penilaian kumpulan. Bersambung... :)

Salam blogger, eha ehut.

Friday 27 September 2013

KHEMAH MEMBACA & PEMILIHAN TOKOH NILAM NEGERI PERAK 2013


   Assalamualaikum semua!!! Saya baru balik dari BTPN Perak. KHEMAH MEMBACA & PEMILIHAN TOKOH NILAM NEGERI PERAK 2013 ni diadakn selama 5 hari dari 23 Sept (Isnin) - 27 Sept (Khamis) 2013. Best... Saya dpt jumpa ramai kwn.
  Best.. Saya sempat belajar bahasa Tamil dgn Khalisah. Dia India Muslim dari daerah Batang Padang. Tapi belajar yg basic je. Banyak pengalaman manis sepanjang saya berada di sini. Saya rasa sampai sini saya cerita insyaallah lain kali saya cerita lagi. :)

Salam blogger, eha ehut.

Friday 6 September 2013

HARI JUMAAT

Image result for salam jumaat


 Assalamualaikum semua!! Alhamdulillah kita mesti bersyukur sebab telah diberi peluang sekali lagi untuk hidup hari ni. Saya mendoakan kita semua dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki. Amin... 

   Bercakap tentang rezeki & bersyukur saya nak bagi tahu sesuatu. Pernah tak anda nampak seseorang yang terkenal,kaya,ada rupa paras yang baik dan sebagainya?? Mesti pernah kan?? 


Saya selalu mengingatkan diri saya yang "lain orang lain rezekinya". Maksudnya kita tengok orang tu pandai, selalu dapat pujian dari cikgu tapi tak pandai melukis. Kita pula walaupun tidak pandai, tapi pandai melukis (contoh). Ini juga seperti "setiap orang ada kelebihan masing-masing. 
                                   Image result for salam jumaat

   Ia juga ada kaitan dengan bersyukur. Kita mesti bersyukur dengan setiap benda yang kita ada. Ini tak bermakna kita tak boleh beli benda baru. Boleh beli kalau kita ada rezeki lebih. Tak ada masalah. Maksud saya kalau kita tengok orang tu lawa, hensem sedangkan kita ni tak seberapa. Jangan fikir macam tu sebab kita semua cantik. Semua kurniaan Allah cantik, sempurna. Cukup pancaindera, anggota badan dan sebagainya. 


Image result for be grateful




KITA MESTI BERSYUKUR WALAUPUN KITA ADA KEKURANGAN,TETAPI KITA JUGA ADA KELEBIHAN MASING-MASING. 

So, bersyukurlah sebab orang yang bersyukur Allah akn beri dia rezeki lagi dan lagi selagi dia bersyukur.  

 Semoga Allah panjangkn umur kita. Insyaalah... :)
   

Salam blogger, eha ehut.

Wednesday 4 September 2013

KUDA..OOO KUDA...



    Assalamualaikum semua!!! Saya mahu berkongsi satu cerita. Pada hari Rabu yg lps saya ikut ayah saya dengan rombongan sekolah dia ke Taiping. Kami pergi ke Taiping Equine Park & Zoo Taiping. Seronok.. sebab saya dapat merasa pengalaman menunggang kuda,bawa kuda & tengok kuda mandi. Lagipun menunggang kuda merupakan sunnah Rasulullah. Hari tu rasa penat tapi seronok...!!! :)






Salam blogger, eha ehut.

Tuesday 6 August 2013

SELAMAT HARI RAYA!!!!!!!!!

Image result for aidilfitri


    Wow! Sedar tak sedar dah hari yg ke-28 kita berpuasa. Mesti dah ramai yang balik kampung am I right??? Tapi rasa sedih pula nak tinggalkan bulan yang mulia ni. Mestilah.. sebab kita tak tahu lg sama ada kita masih hidup lg ke tak next year. Tahun ni saya beraya kat rumah  seperti tahun-tahun  sebelumnya. 

Image result for ramadhan

Hari raya bukan untuk minta duit raya je tau!!! Tapi untuk bermaaf-maafan sesama Muslim & mengeratkan tali silaturahim sebab yang jauh mesti balik semula ke kampung. Tapi jangan jadikan sibuk bekerja hingga tak sempat nak balik kampung sebagai alasan. Nanti kecil hati ibu bapa kita yang membesarkan kita selama ni. Cukuplah walaupun sehari dua sahaja kita balik pun sudah memadai.


      Kita kena ingat juga yang hari raya ni bukanlah mesti kena pakai baju raya yang mahal-mahal. Tapi kena bersih  & kemas itu yang penting.Saya rasa setakat itu sahajalah. Saya memohon maaf kepada semua pembaca blog ni walaupun ada di antaranya terjumpa blog ni secara tidak sengaja. Bagi yang sudah tahu kewujudan blog ini tolonglah sebarkan kpd kawan-kawan yang lain. Marilah kita sama-sama sebarkan ilmu @ info hanya di Dataran Info. Sekian. :)

P.S Spongebob Squarepants & Patrick Star pun raya... hehehe :)

Salam raya, eha ehut.

Friday 12 July 2013

BUKAN SEKADAR LAPAR & DAHAGA...

Related image



       Assalamualaikum semua!!!! Hari ni hari yg ke-4 kita puasa. Mesti semua pelik kenapa saya ni excited sangat kan???  Entahlah saya pun tak tahu kenapa. Tapi kalau  nak tahu puasa ni bukan setakat lapar or dahaga, tapi puasa ni sebenarnya membantu kita dalam mengurangkan nafsu makan dan minum kita.

Image result for ramadhan

Lagi pula, dapat pahala bukannya lapar dan dahaga semata-mata. Bulan Ramadhan inilah waktu yang dinantikan sebabnya kalau kita bertadarus, sedekah, berzikir & sebagainya kite dapat PAHALA BERLIPAT KALI GANDA!!!! Sebab itulah kita mesti rebut peluang keemasan ni. Renung-renungkanlah segala amal ibadat yang telah kita lakukan. Cukup ke tidak bekalan kita di akhirat kelak.

           Saya pernah baca satu buku ni. Buku itu kata 63 tahun kat dunia ini hanya 1.5 jam di akhirat. Bayangkanlah... kita nak sampai umur 63 tahun pun jenuh, inikan pula...       :)


         

Salam blogger, eha ehut.

Wednesday 10 July 2013

BULAN RAMADHAN


          Bulan Ramadhan datang lagi. Seronoknya tak terhingga. Maklumlah hanya setahun sekali.Saya amat merindui bulan yang paling mulia ni. Haaa pembaca blog saya hari ni puasa????  Kalau puasa syabas & tahniah diucapkan.Saya berazam untuk berpuasa penuh pada bulan ni.Saya juga berhasrat untuk berpuasa enam selepas habis bulan puasa nanti.Ini ada sedikit promosi untuk dikongsikan bersama.



         Saya mahu minta maaf seperti biasa jika pembaca terasa dgn post-post saya selama hampir 5 bulan saya ber'blogging'.Selamat berpuasa daripada saya & blog Dataran Info.  :)

Salam blogger, eha ehut.

Thursday 4 July 2013

PERANG BADAR

Image result for perang badar

          Assalamualaikum!Seperti yang saya janjikan PERANG BADAR!!!  

     Perang Badar berlaku pada 17 Ramadan tahun ke-2 Hijrah.Perang Badar berlaku di kawasan lembah yang terletak di antara Madinah  dgn Mekah.

Related image

BILANGAN TENTERA YANG TERLIBAT

    313 orang tentera Islam yang terdiri daripada kaum Ansar & kaum Muhajirin yang dipimpin oleh Rasulullah SAW. Manakala kafir Quraisy pula seramai 1000 orang tentera yang diketuai Abu Jahal bin Hisyam.

Related image

BILANGAN TENTERA YANG TERBUNUH

     Seramai 70 orang Musyrikin terbunuh termasuk Abu Jahal bin Hisyam & seramai 70 orang yang lain menjadi tawanan tentera Muslimin.Tentera Islam yang mati syahid seramai 14 orang termasuk A'baidah bin Al-Harith.Kemudian Rasulullah memerintahkan semua tentera Musyrikin yang terbunuh ditanam.Manakala tentera Muslimin yang mati syahid dikebumikan dengan baju yang dipakai ketika perang.

The End .Harap maaf jika post ni terlalu ringkas. :)

Salam blogger, eha ehut.

Saturday 22 June 2013

UMRAHKU 2013 (2)

 

        Hai semua!!!!! Rasa malas nak tulis panjang-panjang umrahku 2013 ni panjang ceritanya. Sebab stay kat sana 12 hari 10 mlm. Ok macam inilah saya ada melawat Jabal Thur di mana terletaknya Gua Thur. Nabi Muhammad bersembunyi bersama sahabat Baginda, Abu Bakar di dalam gua tersebut kerana dikejar oleh kafir Quraisy. Kemudian Jabal Nur terletaknya Gua Hiraq. Di Gua Hiraq Nabi Muhammad dapat wahyu yang pertama.

         Jabal Uhud tempat berlakunya Perang Uhud. Perang Uhud berlaku pada bulan Syawal tahun ketiga Hijrah. Tentang peperangan-peperangan saya akan tulis lain kali.

         Rasanya sampai sini sahajalah cerita umrahku 2013. Saya memohon maaf sebab singkat sangat.
Minta maaf b Saya juga melawat Muzium Haramain, Masjid Quba', ladang unta di Hudaibiah banyak lagi.. 

 NOTE: JABAL BERMAKSUD BUKIT  :)
         
Di atas jalan raya berdekatan Masjidil Haram.

Gambar ini merupakan gambar Jabal Rahmah   
   Gambar ni diambil di ladang unta di Hudaibiah

Gambar ini diambil di dalam Muzium Haramain. 

Di  perkuburan Jabal Uhud



Salam blogger, eha ehut.

Friday 26 April 2013

SEKOLAH


      Hari ni kita akan bincang pasal sekolah.

"Eh, nak pegi mane tu???Duduk diam-diam depan komputer atau laptop ni.Hah camtulah bagus".Kenapa sebut pasal sekolah je semua pakat nak larilah nak buat-buat sibuklah tak pun pura-pura tidur.

BORING  SANGAT  KE  SEKOLAH NI???? 

Sebenarnya sekolah ni tak semestinya tempat untuk belajar je tapi ia juga tempat kita....  


  • mencari rakan 


Related image


  • menuntut ilmu


Image result for child learning in class


  • membentuk jati diri
Related image

  • eratkan silaturahim
Related image
       Mesti para pembaca terkejut sebab ingat sekolah ni tak boleh mengeratkan silaturahim but seriously it can because everyday kita pergi sekolah and meet our friends.Kalau anda sedar dari  first day of school until the end of the day of school kita jumpa pelbagai ragam orang daripada tak rapat langsung sampai rapat sesangat until ada yang sampai jadi  bestfriend forever (bff) kan???

 Saya pun ade bestfriend juga tapi tak bermakna kita asyik nak berkepit 24 hours dengan dia ke memang ada yang buat camni???

       Kononnya takut orang lain ambil  bestfriend dia.Takut benar.Kita kat sekolah semua kawan yalah kalau dah ada puak-puak tu apa cerita.Susah la nak buat studygroup kalau member studygroupnye sama mesti boring.Kat sekolah mesti ade kelompok yang glamour,ada yang pendiam, yang nakal , yg pandai ada yang mulutnya seperti mulut murai & sebagainya.   

        Saya tahu semua orang mesti pernah rasa macam ini kat sekolah rendah,sekolah menengah or in the university maybe???Tapi kalau semua kelompok yang aku taipkan tadibergabung,maybe ia akan membentuk satu kumpulan yang hebat trust me sebab semua orang ada kelebihan dan kelemahan masing-masing.

#newbie_blogger      

Salam blogger, eha ehut.

Monday 15 April 2013

BELAJAR


           Kita mesti belajar.Tak kiralah yang tua ke yang muda ke semua orang boleh belajar.

Tiada had umur untuk nak belajar.

FREE sebab kalau kat rumah kita tengok..

 mak kita potong bawang,


Image result for cutting onions

masak,

Image result for cooking

sidai baju atau lipat baju sekalipun

Related image

 kalau kita perhatikan betul-betul lepas tu kita lipat baju kita sebab kita dah tau.Macam mana kita boleh tahu???Itulah yang dinamakan pemerhatian.Kita tengok betul-betul then kita buat itu namanya belajarlah tu.

            
 JANGAN TERKEJUT TAK SEMESTINYA BELAJAR TU HANYA KAT SEKOLAH TAPI KAT MANA-MANA SAHAJA. Pernah tak dengar orang selalu cakap 

"biarlah belajar sampai ke negeri China" maksudnya biar banyak mana ilmu yang kita belajar lagi banyak lagi bagus.

Lagipun belajar ni dapat pahala.Kita pun wajib belajar. :)


#newbie_blogger

Salam blogger, eha ehut.