Wednesday 28 October 2020

LUAHAN KATA

 

        Bismillah. 

Alang-alang mungkin dah tak ada orang yang menjenguk blog ni, aku nak jadikan blog ni sebagai

 ruang untuk aku membebaskan apa yang terbuku dalam hati, yang mustahil dapat difahami oleh

 insan lain. Bukan tak percaya, tapi trust level aku agak bermasalah terutama dengan manusia. Tau

 kenapa? Sebab dulu aku selalu meluahkan kegusaran hati kat seorang ahli keluarga aku. End up,

 dia hebahkan masalah aku kepada orang lain. Mungkin untuk tujuan memberi aku nasihat 

barangkali. Tapi, itu bukan main thing yang aku mahukan waktu tu. AKu hanya mahu didengari 

dan difahami oleh insan yang ku sangka dapat menjadi temoat luahan kegalauan jiwa. Tapi, 

rupanya aku tersalah mengorak langkah. Haih. Nasiblah badan, perkara dah berlalu. Jadi sekarang, aku jadi sukar untuk meluah masalah kat orang sebab aku takut kena betray lagi. Hm. 


Tak apa pun nak cakap dah sebenarnya. Saja menambah kemeriahan blog ni haha.

Monday 24 August 2020

HIDUP BARU

 

        Bismillah. Kali terakhir aku post kat blog ni waktu November 2019. Alhamdulillah hari ni baru ada semangat balik nak mencoret kembali di blog ni, Walaupun aku tak tahu la berapa ramai yang akan baca sebab dah berbulan-bulan tinggal blog ni berhabuk hm. Apapun, aku cuba nak jadikan blog ni sebahagian daripada diari kecil hidup aku sebab tak tahu nak luahkan kat mana dah huhu.


         Alhamdulillah aku dah tamat pengajian di MRSM. Mungkin ni masanya untuk aku reveal MRSM aku dulu. Aku ialah ANSARA MRSM Kepala Batas di Pulau Pinang. Ye, lepas 5 tahun menuntut ilmu kat sana aku berjaya tamatkan pengajian dengan keputusan SPM yang cemerlang. Syukur sangat walaupun aku bukan antara pelajar yang straight As. 


        Sekarang, aku dah mula sambung belajar di Universiti Malaya dalam jurusan Asasi Pengajian Islam dan Sains. Alhamdulillah selamat mendaftar hujung bulan Jun 2020. Lepas tu, kami batch baru mengahadap kelas online selama sebulan sebelum dibenarkan untuk mendiami kolej di kampus. 


        Ye. Mencabarnya Masya Allah tak terkata. Dengan cabaran duduk di rumah dengan jadual waktu yang padat. Fuhh. Since aku ambik double major course, kelas aku sampai pukul 7 petang, Ada satu hari tu kelas akan sampai pukul 10 malam. Huhuu nak belajar kan, dah aku yang pilih jalan ni, jadi kita redah ajaa berbekalkan semnagat daripada family dan kawan-kawan. 


        Buat sementara ni, tu je yang aku share. Nanti ada masa aku share lagi okies!