Friday 21 December 2018

SELAFAZ CINTA


Assalamualaikum! Maaflah dah lama tak update blog...hehe..Biasalah, cuti kan? Aku pun bercuti walaupun bertemankan kerja sekolah..huu. Oh ya! Post seterusnya insha allah aku akan kongsikan Thai Food Festivaldi Putrajaya yang berjaya aku terjah. :D 

Tanpa melengahkan masa, kita terus kepada point hari ni. Yup!


Hari jumaat.
Waktu aku kecil dulu,
aku TAK PERNAH kisah
fasal hari Jumaat.
TAK PERNAH ambil berat
tentang selawat.
Bukannya wajib pergi
solat jumaat pun.
Duduk rumah,
mak aku selalu buka 
siaran tv 1.
Siaran langsung solat jumaat
dari Masjid Negara.

Pada hari Jumaat.
Ada orang selalu pesan,
banyakkan selawat.
tapi..
aku TAK PERNAH
nak buat.

Mak aku
pernah kata.
'Nak cari barang hilang,
baca selawat..
nanti senang jumpa.'
Aku?
Aku ikut apa
yang mak aku kata.
Tapi tak bermakna
aku percaya.


Ya.
Dulu, aku TAK PERCAYA
selawat kepada Baginda
boleh mudahkan
semua perkara.

Opah aku
ada berpesan,
sebelum peperiksaan,
selawat lagi,
walau dah beribu kali,
sebab di sebalik selawat,
ada berkat yang tersembunyi
Aku?
masih lagi berkeras hati.


Satu ketika.
Terdetik dalam hati.
Apa perasaan
insan yang basah lidahnya
dengan selawat
setiap hari?
Apa nikmatnya
mengulang-ulang selawat
dalam hati?
Pada hari itu,
aku MULA MENCUBA.
Cuba berselawat
kepada Baginda.
Berulang-ulang kali
tanpa henti.

Mula-mula..
terasa janggal..
terasa hendak berhenti..
terasa bagai tiada erti..
TAPI..
Aku usaha lagi.
Berkali-kali.
Sampai fasih lidah
menyebut kalimah keramat,
melafazkan cinta
kepada Nabi Muhammad.
sehingga sukar untuk 
berhenti selawat.
Ketagihannya amat kuat.
Sudah asyik dilamun cinta
damai disapa ketenangan
yang didamba.


Sejak itu,
aku sudah mula percaya
dengan apa yang
mereka kata.
Tiada keraguan lagi
yang bertakhta
di kotak jiwa.

Pada awalnya,
memang payah
nak berselawat.
TAPI
dengan wujudnya
kepercayaan
dan
sifat ingin mencuba,
segalanya tak mustahil
untuk dicapai dalam sekelip mata.


KEEP YOUR LIFE ALIVE!

Salam blogger, eha ehut.





Thursday 6 December 2018

BISIKAN

Assalamualaikum!

Related image

Psstt...
Bisikan lagi.
Bisikan keji.
Bisikan yang menghantui.
Bisikan yang merindui.
Bisikan yang tidak pasti.
Bisikan itu kerap mengganggu lagi.
Minta dilayani.
Mohon didengari.
Tapi terus tak diendah.
kerna bisikan itu,
bukanlah untuk membaiki.
Tapi untuk membinasakan
hati nurani.

Entah berapa lama,
bisikan tadi muncul lagi.
Semakin kuat rayuannya.
Minta dituruti.
Masih tidak dilayan lagi.
Kerna bisikan itu,
lahir dari minda,
yang inginkan
pengakhiran segera
daripada hidup di bumi
lebih lama.

Bisikan itu,
menggoda lagi.
Lebih sayu, lebih rindu.
Gambaran kalbu
yang menunggu waktu
untuk menghilangkan pilu.

Bantahan dari akal
terus berulang,
Memujuk bisikan pergi menghilang.
"Usah diganggu hati yang galau,
jika hadirmu 
sekadar membawa malang!"
Begitu katanya akal.

Bisikan masih belum sudah.
Tidak dikenal erti berserah.
Halus menebarkan hujah.
Menjala emosi yang sedang parah.
Menjerat akal agar mengalah.
agar tunduk pada bisikan,
yang diiktiraf
minda bawah sedar.

Pilihan masih terbentang.
Ada masa lagi untuk menentang.
Ada masa lagi untuk bertenang.
Tiada guna nyawa melayang.
Sekadar memuaskan bisikan yang menang.

KEEP YOUR LIFE ALIVE!

Salam blogger, eha ehut.