Thursday 21 June 2018

LANGKAWI RAYA



Assalamualaikum! Selamat hari raya guys! Raya kali ini aku dan keluarga bercuti di Pulau Langkawi di Kedah. Haa..tengah orang lain sibuk menziarah saudara,aku 'ziarah' makam mahsuri,kereta kabel dan macam-macam lagi. Nak tahu story?? Check it out!

SYAWAL KEDUA

Waktu ni baru bertolak dari KLIA 2 ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Masa perjalanan tak lebih daripada satu jam. Jimat masa daripada naik kereta atau feri. Tapi bab-bab nak kejar masa flight la yang agak mengharukan😂😂😂 

Naik flight apa? Air Asia~~~Sampai je sana ambil kereta yang dah disewa melalui booking awal. Senang tak kalut..

First stop cari kedai makan,breakfast la dulu isi tenaga. Apa yang korang expect untuk hari raya kedua?? Kedai tutup!!!! Ya..Kedai mamak je lah jawabnya..huhuu..Perancangan asal nak naik kereta kabel waktu tu tapi dah ramai orang,jadi aku pun pergi jalan-jalan ambil view cantik untuk photoshoot..

Antara hasilnya



Lepas tu,baru melawat makam mahsuri..

Okayy..photoshoot dan makam mahsuri done! Sekarang cari makan! Well..orang raya kan,jadi cari je kedai makan yang buka..haihh..Dah kenyang perut baru check-in hotel. Aku menginap kat Hotel Adya. Hotel ni ada ciri-ciri islamik kat bangunan dia. Bilik pun nice :D


SYAWAL KETIGA

Yup..Hari yang baru! Masa untuk balas dendam untuk naik kereta kabel semalam! Aku ambil pakej yang basic je. Pakej basic ni merangkumi sky cab (kereta kabel), sky dome, sky rex dan 3D Art Museum. Kiranya bayar semua tu sekali la..

View dari dalam kereta kabel

    
                 

            Di hadapan 3D Museum


Done for today!! Bahagia betul dapat 'beraya kat langit' huu..Alhamdulillah rezeki Allah beri.

SYAWAL KEEMPAT

Hari untuk pulang..Flight balik ke KLIA2 pun pagi juga. Tapi Alhamdulillah dapat luangkan masa dengan keluarga dan menikmati setiap detik kegembiraan 'together-gether'

Sampai sini je Langkawi Raya..Hope korang gembira dengan post ni..Bye.. :D

KEEP YOUR LIFE ALIVE!

Salam blogger, eha ehut.







WANDER LIL’ PETER PAN! (poem)

Assalamualaikum! Kali ni mood raya tahun 2018 membuatkan ilham poem ni datang 'menziarah' aku..huhuu..Enjoy..


WANDER LIL’ PETER PAN!

I wonder
is there anyone out there, flying without any wings?
wandering all night long,finding fun and friends
like an owl, he stares the sky
waiting for someone to come and play
together.
I hate starring out the window
at night
when it is dark
when only white teeth can be seen
when only evil eyes are starring

hey lil’ Pan!
How high can you fly?
How miles can you survive?

He answered,
I fly high every night
especially when the moon is big and bright
I fly anywhere I can, whenever I want
not like you
I am free
from those grills and steels
not hiding behind the iron bars
up in the sky where I belong

But hey I tell you miss,
Free your mind
let it wander around
never keep your thoughts
in the closet of boundary
cause I can tell miss
how bad you need to be free
by the sorrow eyes of yours
i can tell how much you miss the breezy wind
during the times we were flying

But look at yourself!
You are now full of wrinkles
Sitting on the rocking chair
Knitting and waiting
not only for freedom
but also for me!
Who you might guess
I am?
Wendy is my name.

 KEEP YOUR LIFE ALIVE!

Salam blogger, eha ehut.

Tuesday 12 June 2018

RAYA TANPA DIA


Tiada bisikan lembut yang ku dengar
hanya suara azan sayup bergema
masih ku rasakan hangat tanganmu
di pagi raya bersalam denganku

-Sepasang Kurung Biru..Kahiril Johari Johar-

Assalamualaikum! Raya Aidilfitri semakin hampir. Macam mana persediaan korang? Baju raya dah beli? Lemang..ketupat..rendang semua dah siap? Dalam gemmbira nak raya, kita tak kena ingat yang ada orang tengah bersedih. Baru-baru ni telah ada berita pemergian seorang pelajar maktab aku berpunca daripada jangkitan kencing tikus..Allahu..Dia muda setahun daripada aku! Ya Allah..Inilah Ramadhan terakhir dia. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin..

Btw..Raya dulu dan sekarang sangat tak sama. Betul..Ramai yang dah pergi..Ramai yang dah melalui 'Ramadhan terakhir' mereka. Kita? Hanya menunggu waktu dan saat ajal tu sampai je sebenarnya bros and sis sekalian.

Sungguh, dalam Al-Quran ada menceritakan tentang apabila seseorang ditanya berapa lamakah dia hidup di dunia? Dia menjawab bahawa dia hanya tinggal di dunia sehari atau setengah hari.

Tak lama guys..Tak lama kita duduk kat dunia ni. 



Okay..Berbalik kepada kisah raya kita..Aku ada satu cerita yang jarang sekali aku berkongsi dengan sesiapa selain daripada keluarga dan sahabat rapat. Cerita tu aku dah menjadikannya sebuah sajak. Untuk korang hayati dan insafi....

SEHARI SEBELUM AIDILFITRI

Sehari sebelum Aidilfitri
disahkan oleh doktor
kau menghidap kanser
tahap keempat,tahap penamat hayat
tika itu lekas aku memalingkan wajah
beredar jauh aku dari dirimu
bimbang kau ternampak
butiran jernih sedang laju
membanjiri mata
sempat ku kerling ibu
wajahnya tiada kerutan 
hanya berhias senyuman

Sehari sebelum Aidilfitri
pertama kali ku renungi diri sendiri
pantulan di cermin
jarang sekali membohongi
mataku merah,pucat mukaku tanpa darah
fikiran menerawang tanpa arah
remuk di hati bertambah parah
tanganku kuat menggeletar
kaki juga turut terketar
bukan kerana amarah
tapi kerana diri yang lemah
baru tahu beza langit dengan tanah
baru sedar diri ini cuma sebesar zarah

Hari pertama Aidilfitri
tiada dia dalam gambar famili
pabila diziarah,senyuman hambar menjadi hadiah
ku rangkul dirinya
yang tinggal serangka tulang
foto raya pun diabdikan
foto terakhir yang dibawa pulang
memori terakhir Aidilfitri yang dikarang

*Abah yang ku rindu..<3
Al-fatihah...


KEEP YOUR LIFE ALIVE!

#JANGAN_MAIN_MERCUN_BANYAK_SGT

Salam raya, eha ehut.


Wednesday 6 June 2018

IKUT KATA HATI?... #1

Related image


Ku tanya pada hati moga diberi jawapan
tapi ada dua suara yang sering kedengaran
yang satu kata iya yang satu kata bukan
kadangkala akal dan hati pun tak sehaluan

Al-Nuraa..Yang 5..Yang 6_Mawi,Hazama &Daly Filsuf

Assalamualaikum! 22 Ramadhan 1439 H.
Hari ni ada satu cerita yang aku nak kongsikan kepada semua.
cerita ni hanyalah secebis kenangan yang baru terjadi yang akan aku peram dan simpan sampai bila-bila.
Kalau sudi luangkan masa untuk membaca. :D
Moga memberi manfaat...

BORANG

Related image

Aku menatap kertas itu. Puas aku belek-belek,, pusing atas, bawah, kiri, kanan. Kertas itu hanya sehelai. Sehelai kertas yang cukup membuatku serabut memikirkannya. Tertulis tajuknya di bahagian atas sekali.

STUDENT REPRESENTATIVE COUNCIL APPLICATION FORM

Borang yang tak aku pinta. Ada seorang sahabat yang telah memberi namaku kepada Student Representative Council(SRC) sesi sebelumnya. Dan akhirnya sampai ke tangan aku borang yang tak diundang itu. 12 pagi. Aku masih belum mengantuk. Hati masih berbolak-balik.

'Nak isi ke tak,,Nak isi..ke tak?'

Kebetulan masa tu ada 2 orang senior aku yang masih berjaga. Aku tanya pendapat mereka.
Jawapan yang ringkas diberikan.

'Ala..Cuba je..Mana tahu tu rezeki? Belum cuba belum tahu..' 

Betul. Belum cuba belum tahu. Tapi macam mana nak cuba kalau hati aku seolah-olah menafikan keinginan aku untuk mencuba. Ya. hati menafikan. Logik akal mengiyakan.

Diringkaskan cerita, aku pun mengisi borang tu dengan jayanya walaupun diiringi seribu satu kemusykilan dan kerisauan yang datang entah dari mana. Peringkat pertama selesai. Borang-borang yang dihantar oleh pelajar seterusnya akan ditapis. Hanya individu yang berjaya melepasi tapisan sahaja yang akan ditemuduga. Dan aku merupakan salah seorang daripada calon-calon yang akan ditemuduga.

TEMUDUGA

Image result for cartoon interview

Berdebar? Tipulah aku kata aku tak berdebar. Aku ditemuduga dalam sebuah bilik bersama 4 orang calon lain. Aku cuba yakinkan diri dan berdoa semoga Allah lancarkan lisan aku selancar-lancarnya macam pancuran shower kat bilik air. Hehe..Kidding. 


Related image

Sesi temuduga pun bermula. Sewaktu mengeluarkan hujah-hujah 'bernas', aku dapat rasa hati aku sangat tak bersetuju dengan kata-kata dan idea yang aku lontarkan. Seolah-olah idea itu ibarat skrip yang dibaca tanpa ada semangat yang menemani. 
Macam bersandiwara tanpa sekelumit jiwa.
Habis temuduga,aku rasa lega sangat. Tinggal tunggu keputusan siapa yang layak menjadi calon akhir untuk pilihanraya.

UNDILAH SAYA!

Related image

Aku kurang bercakap tentang apa yang berkaitan dengan 'undilah saya' sepanjang musim sebelum hari mengundi. Sebab apa? Entahla..
Ya. Seperti apa yang bermain di fikiran korang. Allah beri aku peluang menjadi calon akhir SRC. Tinggal hari mengundi yang menentukan aku salah seorang SRC atau tak. 
Gementar. Tidak kali ni. Hati aku meyakinkan yang aku tak akan dapat jawatan tu.

Keputusannya?

PENENTU

Nama-nama ahli SRC sesi baru ditayangkan di skrin besar. Calon-calon lain berdebar. Aku? Aku tawakal kepada Allah. Sebab, andai kata bukan rezeki aku, bermakna jawatan tu bukan untuk aku. Dan selalunya kita dengar orang kata 'Ada yang lebih baik ditentukan untuk kita'...

Keputusan diu
mumkan.
Dan memang nama aku tak tersenarai.
Serentak dengan itu,hati aku terus berasa tenang.
Bahu terasa ringan.
Fikiran yang serabut,terus tak jadi kusut.
Aku tersenyum lebar.
BAHAGIA...

Ramai orang menyangka aku akan sedih.
Ramai yang beri semangat.
'Tak apalah kawan..bukan rezeki...'
'Kau okey tak? Jangan sedih ye..'

Jawapan aku? Ha...kat bawah ni...

Image result for emoji smile

Aku rasa aku patut bersyukur. Kenapa? Sebab tak menjadi SRC tu juga dikira sebagai rezeki. 
Lagipun Allah dah anugerahkan aku pengalaman berharga masuk pilihanraya..Huhuu..
Bila lagi nak merasa... :D

Related image

Dan kata hati kadang-kadang tak didengari tapi dirasai dan diyakini...
Ada orang kata 'ikut hati mati'
Tapi, aku hidup je lagi..Hehehe...

Image result for emoji smile

Wah..Panjangnya post ni..Dah lenguh jari jemari..huuu..Alright. Cukup sampai sini..Jadikan pengajaran yang korang dapat jadi pedoman..Bye!

KEEP YOUR LIFE ALIVE!

Salam blogger, eha ehut.


  






Saturday 2 June 2018

GURU CAHAYA ILMU

Related image

Assalamualaikum! Selamat hari Guru! Ini merupakan sajak khas dinukilkan buat semua guru di Malaysia. Walaupun beribu halangan dan rintangan yang dihadapi oleh warga pendidik di Malaysia, mereka tetap bersemangat untuk berbakti kepada anak bangsa buat saham mereka di akhirat sana. 

Untuk lebih spesifik sajak ni ditujukan khas kepada guru-guru dari tadika sehingga kini yang memberi  ilmu dan mengajar erti kehidupan. 

GURU

Guru, dalam kepekatan malam,
kau menjadi penyuluh jalan
di persimpangan jalan,
kau membantuku membuat pilihan
Apabila aku lemas dalam lautan cabaran,
kau hulurkan pelampung harapan

Guru,
Tanpa lelah kau menyebarkan ilmu
tanpa sedar masa kian berlalu
anak didikmu bertukar ganti
namun,kau  tetap setia menabur bakti
kepada anak-anak didikmu yang kau kasihi

Guru,
namamu meniti mekar di bibir bangsa
martabatmu dijulang setaraf bintang
banyaknya jasamu usah dibilang
kau berjaya merealisasikan beribu impian
juga berjaya membina tamadun gemilang

Terimalah sajak yang tak seberapa ini daripada anak didikmu..

KEEP YOUR LIFE ALIVE!

Salam blogger, eha ehut.