Tuesday 29 December 2015

TEKAD YANG BERKAT


        Assalamualaikum! Haa..lama tak jumpa. Well, seperti yang semua orang tahu minggu depan kita akan start sekolah!! T_T dan ini bermaksud aku tak akan post selama berminggu-minggu. Jadi, jom spend time together! ^^ 

Best cuti tahun ni?? 

Mesti la best kan~~Cuti aku kali ni biasa-biasa je. Haahla..lupa nak tanya soalan cliche~~

Apa azam tahun baru korang?? 

Dah fikir ke belum?? Atau korang tak azam apa-apa pun?? Whatever it is, aku doakan korang akan bersemangat untuk buat apa yang diazamkan. Jangan bagai melepaskan batok di tangga sudah..                                 

    Korang dah ready nak jadi lebih tua?? Haha..Cakap fasal azam kan..Kita kenalah azam yang elok-elok. Kalau nak azam kita tu diberkati dan dimudahkan oleh Allah..kita kena berazam kerana Dia..Sebenarnya post ni lebih kepada 'chit chat'. 

Aku rasa sungguh la berat hati nak balik maktab. Hari tu, budak MRSM balik awal dan aku cuti hampr 2 bulan. Best kan?? Of course la~~Aku tahu korang rasa malas nak pergi sekolah kan. Yalah, cuti panjang. Macam-macam boleh buat cuti ni. Berfaedah atau tak terserah pada korang. 

Related image

REMEMBER...

LIFE IS A MOVIE,YOU ARE THE HERO IN YOUR MOVIE,
ANY WRONG STEPS COULD DAMAGE
 THE HAPPY ENDING FOR YOUR MOVIE

    Saje je bagi advice tu. Maybe advice terakhir tahun ni yang berguna untuk korang. Hidup ni semuanya start dari tekad,azam and niat kita. So, better kita niat untuk buat EVERYTHING because of Allah. Tapi benda-benda baik je la~~Pahala pun dapat free-free je. Best kan?? Well..I think that's all for today...Bye...:)

KEEP YOUR LIFE ALIVE!

Salam blogger, eha ehut.

Saturday 19 December 2015

DON'T DESPAIR AND NEVER LOSE HOPE....


     Assalamualaikum! Hai korang..Lama aku tak blogging. Alhamdulillah aku masih diberi peluang oleh Allah untuk hidup lagi. ^^ Korang apa khabar? Sihat? Kalau sihat,baguslah~~tapi kalau kurang sihat..banyakkan istighfar dan ingat Allah.okay?? Aku nak tanya sikit boleh?? Pernah tak korang rasa macam parents korang tak faham perasaan korang?? Mesti pernah kan..Kalau siapa yang tak pernah ada perasaan negatif kat ibu bapa tu tahniah aku ucapkan. Semoga hidup anda dirahmati oleh Allah..^^ 

       Bagi yang pernah rasa tertekan dengan ibu bapa sendiri..cuba perkara yang dibawah..

Related image
  1. TARIK NAFAS DALAM-DALAM...
  2. CUBA TAHAN SELAMA BEBERAPA SAAT...
  3. TAHAN LAGI...
  4. DAN LAGI...
  5. DAN LAGI...
  6. TAK PAYAH HEMBUS NAFAS..hehe
  Ketiadaan oksigen untuk bernafas tu ibarat ketiadaan ibu bapa dalam kehidupan...Cuba bayangkan kalau ibu bapa tiada di sisi..SIAPA NAK MASAK UNTUK KITA?? SIAPA YANG NAK SAYANG KITA BILA ORANG LAIN BENCI KITA?? Mestilah IBU BAPA!!

        Mungkin ibu bapa kita tak tunjuk tapi sifat fitrah manusia wajib ada kasih sayang. Mungkin ibu bapa kita terlebih garang..Mungkin ibu bapa kita terlalu sibuk..Mungkin ibu bapa kita tak caring macam ibu bapa yang lain..

.Cuba fikir balik, adakah setiap manusia dicipta dengan perangai dan sifat yang sama?? Tak kan...mungkin yang aku cakap tadi tu contoh kekurangan mereka. Tapi manusia suka pandang kekurangan walaupun sebenarnya kebaikan ibu bapa lebih banyak daripada kekurangan!! 

                                                                

~~IBARAT SATU TITIK HITAM DI ATAS SEHELAI KERTAS PUTIH~~


     Nasihat aku..banyakkan bersabar Memang susah nak kena banyak berkorban itu dan ini..Korban masa dan tenaga. Memang penat nak berkorban dan bersabar dengan ibu bapa. TAPI....

CER BAYANG!!...

MAK TAK NAK BERTARUNG NYAWA UNTUK LAHIRKAN KITA..SUSAH KATANYA..
AYAH PULA TAK NAK TUNGGU MAK YANG TENGAH BERSALIN...PENAT KATANYA...
AGAKNYA KALAU MAK AYAH KITA BAGI ALASAN MACAM TU WUJUD TAK KITA KAT DUNIA SEKARANG NI??

      Post ni bertujuan untuk bagi korang untuk menghargai apa yang korang ada..Bersyukurlah..At least korang still ada ibu bapa daripada kawan-kawan korang yang dah kehilangan ibu bapa??

                                         

Rasanya ada tak tiket yang murah untuk melancong ke negara yang cantik macam New Zealand dan Paris?? Paling murah pun mungkin beribu ringgit.

Related image
 Rasanya murah tak tiket syurga yang lagi cantik dari Paris tu?? So..'tiket emas' kita  ialah ibu bapa!!  Jadilah anak yang baik kepada ibu bapa..Ganjaran kat dunia mungkin tak seberapa tapi bayangkan ganjaran pahala yang kita dapat confirm lumayan..!! 

                                             



So,masih tak terlambat untuk kita semua minta maaf kat parents dan bertaubat.Akhir kata, jom doa!! (Allah suka hambanya minta kepada Dia ^^)  Semoga eha ehut dan pembaca blog ni akan menjadi anak yang soleh dan solehah dan mendapat tempat di syurga Allah..(amin ramai-ramai) Semoga doa ni makbul ye korang...In sha allah..Amin..Bye...:)

KEEP YOUR LIFE ALIVE

Salam blogger, eha ehut.



Monday 14 December 2015

Deen Squad- Muslim Man (Official Music Video)





Assalamualaikum! Ini adalah salah satu lagu halal Deen Squad...Video clip ni style! Enjoy...:)



Salam blogger, eha ehut.

AMAZING MOMENTS------>KEDAH



Assalamuaalaikum! Hari tu aku pergi Alor Star,Kedah. Tujuan utama untuk melawat saudara. Tujuan kedua..CUTI!!! Aku and family stay kat TH Hotel Alor Star. Hotel tu milik Tabung Haji. Ada convention center sekali kat situ. Perjalanan dari Perak ke Kedah ambil masa 2-3 jam. 


   


Hotel ni ada women private pool. and pool biasa..gempak XD..

     Sampai hotel waktu petang. Check-in lepas tu terus pergi cari makan malam. Ada satu kedai ni sedap makan dia..SERIOUS!!

     Esoknya lunch kat Restoran Pokok Pisang. Makanan kat situ makanan kampung. Makan tepi sawah padi

                                                                               
                                                                             

Seronok makan tepi sawah padi..Angin sepoi-sepoi bahasa meniup lembut muka. Tenang. Subhanallah.. pemandangan sawah tu sungguh memukau mata yang memandang. Nampak luas macam karpet hijau yang terbentang luas..

                                                            



Well..that's all...:)

KEEP YOUR LIFE ALIVE!

Salam blogger, eha ehut.

Thursday 3 December 2015

#PRAYFOR (VIDEO MATLUTHFI)





     Assalamualaikum! Ini video terbaru dari matluthfi..Best..Enjoy it...:)



KEEP YOUR LIFE ALIVE!



Salam blogger, eha ehut.

BERTEMU SEORANG MUALAF



  Assalamualaikum! Dah lama tak blogging...^_^ Waktu malam bulan puasa yang lepas kat sekolah,ada slot bersama mualaf. Waktu tu aku excited gila sebab tak sangka ada mualaf datang. Dalam hati dah kata 'post kat blog..post kat blog...' Namanya ialah Mohd Ali bin Abdullah. Dia berbangsa India. Dia berusia dalam lingkungan 20-an. Mohd Ali ni buta sejak lahir. Pakaian dia biasa-biasa je. Perwatakannya santai. Dia merupakan seorang student kat universiti mana aku lupa..^^ Dia ni pandai sebab cemerlang dalam peperiksaan final kat U dia. Mohd Ali mula mengenali Islam ketika umurnya baru 7 tahun. Katanya,waktu tu dia masuk sekolah yang ada asrama. Dia mula berpuasa waktu umur 12 tahun tapi tak masuk Islam lagi.

Related image


   Alhamdulillah dia mendapat hidayah daripada Allah dan memeluk Islam ketika berumur 17 tahun (form 5). Dia mula mengenali Al-Quran ketika berumur 20 tahun. Namun, Allah menguji Mohd Ali kerana dia telah dibuang oleh keluarga kerana memeluk agama Islam. Mohd Ali ada juga bagi nasihat kat kitaorang. Antaranya....

RASA NIKMAT ISLAM DAN NIKMAT IMAN

JANGAN BANDINGKAN DIRI KITA DENGAN ORANG LAIN BEGITU SAHAJA

Pertemuan dengan mualaf bernama Mohd Ali ni memberi seribu satu pengajaran kat aku. Apa yang aku dapat belajar adalah kita kena bersyukur dengan siapa kita sekarang. Aku lahir-lahir dah bergelar seorang Muslim. Parents Muslim, keluarga Muslim, kawan-kawan pun majoritinya Muslim. Aku pun dapat merumuskan  bahawa "TAK SEMUA ORANG YANG ADA MATA BOLEH NAMPAK DAN TAK SEMUA ORANG YANG ADA HATI BOLEH  FAHAM" Faham apa??  Faham perasaan orang lain, ada certain orang yang ada hati langsung tak ada perasaan...#FACT..

Image result for grateful
  So..moral of the story kita kena yakin dengan diri kita dan HARGAI APA YANG KITA ADA!!  Jika kita ada tangan, hargai tangan tu elok-elok. Gunakan dia untuk buat benda baik. Jika kita Muslim dan Mukmin (in sha allah) Hargailah title tu. 

Image result for grateful

Hargai hidayah yang Allah bagi kat kita. Jadi seorang Muslim dan Mukmin yang TERBAIK... ^^ Bila kita bergelar seorang Muslim dan Mukmin in sha allah  ni seolah-olah kita dapat pangkat macam Dato' sebab kita ISTIMEWA. Jadi janganlah lepaskan peluang keemasan ni untuk menjadi VVVIP DI MATA ALLAH..

    810TION!!Bagi yang MUSLIM-TO-BE, I hope anda akan diberikan hidayah oleh Allah untuk memeluk agama Islam. Dan jika anda telah diberi hidayah untuk menjadi seorang Muslim dan Mukmin, jangan biarkan hidayah tu berlalu pergi..Ikutlah kata hati kerana hati tak akan pernah menipu dirimu...I  pray for all the Muslims and Muslim-to-be that Allah guide me and you guys to the right path to Jannah In sha allah...:)

RASA NIKMAT ISLAM DAN NIKMAT IMAN

KEEP YOUR LIFE ALIVE!

Salam blogger, eha ehut.




Tuesday 1 December 2015

SAJAK (CINTA)

Image result for heart shape





     Assalamualaikum! Hari ni aku post sajak je okay?? Lagipun hari dah nak hujan..What is the meaning of love for you guys?? Jom tengok maksud cinta bagi aku sebab persepsi aku tentang perkataan berhuruf 5 ni sangat pelik bagi aku sekepas diamati berkali-kali..Check it out..

CINTA

Cinta ialah jambatan antara hamba dengan Pencipta
Cinta ialah ikatan untuk sahabat sejati
cinta ialah jalan bagi Adam dan Hawa bersatu
cinta ialah pengorbanan
cinta ialah kehidupan
cinta sukar diluahkan melalui kata-kata
kelu lidah mahu bicara
patah kalimah si petah
hanya sang penglipurlara yang berani 
bercerita tentang cinta
cinta itu murni
tidak wajar dibenci
jauh sekali dikeji
cinta menjadikan manusia berhati manusia
maka bermainlah dengan cinta sejati
yang akan membawa kita bertemu dengan Pencipta cinta

So..??Okay tak?? Ni first time aku terpaksa jadi 'romantik' waktu tulis sajak ni. Well..walau apapun persepsi korang tentang cinta, aku harap korang akan terus MENCINTAI BLOG ni dan tak jemu untuk visit blog ni..

'CINTAKAN BUNGA,BUNGA KAN LAYU..
CINTAKAN MANUSIA,MANUSIA KAN MATI..
CINTAKAN ALLAH CINTA SEJATI...'

Okay..KEEP YOUR LIFE ALIVE!! Bye...:)

Salam blogger, eha ehut.

Thursday 19 November 2015

IZINKAN AKU MERENUNG MASA(SAJAK)

Related image



    Assalamualaikum! Hari ni sajak je ok?? Ni kiranya zaman kegemilangan aku dulu. Enjoy..

IZINKAN AKU MERENUNG MASA

Izinkan aku merenung masa
mengimbau kembali kenangan lama
saat indah memori terpateri
kini terhakis dimamah zaman

Izinkan aku merenung masa
saat aku berada di puncak dunia
saat egoku dijulang tinggi
kepada semua ku lemparkan pandangan hina

Izinkan aku merenung masa
runtuh sudah empayar egoku
semakin dilupai
tidak lagi dihormati
jauh sekali digeruni
aku melutut sayu
mengenangkan nasib yang dibuang orang

Izinkan aku merenung masa
sudah ku tutup cerita lama
akan ku kembali dengan harapan yang tinggi
ingin aku menjadi mentari 
yang cahaya gemilangnya
menyinari seantero dunia
aku tampil sederhana buat sementara waktu
menunggu masa merealisasikan agenda

Okay..That's all..Hope you guys will love it. I underestimate people IN THE PAST...Well..I'm a better person now. Doakan result final exam aku ok?? Semoga eha ehut dapat pointer 3.8 above..Amin ramai-ramai...Hehe..Bye...:)

 Salam blogger, eha ehut.







Sunday 15 November 2015

HELPLESS (SAJAK)

Image result for drowning



Assalamualaikum! Hari ni sajak je ok?? By the way, aku dah tukar lagu-lagu kat blog ni..Alhamdulllah..Lagu-lagunya lagi best and mostly terbaru. Ada juga lagu OST Kau Aku Kita. Alright..enjoy...

HELPLESS

A pen is my mouth
Paper is my friend
My words are my soul
They are part of me

I have created my world
I have created my people
I am happier than ever
that I do not realize
I have killed my reality

I am in my fantasy
Trapped in my own world
I am still dreaming
On the bed,sleeping
I will never wake up
I am helpless

Sebenarnya poem kat atas ni tentang aku yang dulu. Dulu aku terlalu taksub dengan komputer,blog,sajak,buku sampai aku lupa family aku. Well..maklumlah..Aku kan baru berjinak-jinak mencari identiti so semangatnya terlebih sikit.Hehe..Tapi ingat ye my friends..Cari hobi tak salah tapi jangan terlalu obses macam aku. Bahagikan masa korang antara family, personal and kawan-kawan..Oh ya!! Jangan lupa Allah!! Okay..

   Alhamdulillah sekarang I am a better person. Aku dah tahu cara nak manage masa dengan lebih teratur. I wish you guys good luck and Happy Holiday!! Bye..See ya...:)

Salam blogger, eha ehut.

Tuesday 10 November 2015

Identity SHORT FILM (Award Winning Inspirational Short)





Assalamualaikum! Honestly video ni best gila dan dia ada nilai yang ramai orang lupa. BE YOURSELF...Jangan takut untuk jadi berbeza. Allah kan cipta manusia berbeza-beza untuk mengenali satu sama lain. 



"HARD TO BE YOURSELF IS BETTER THAN HARD TO BE OTHER PEOPLE"



Appreciate who you are...#liferulesaresimple That's all...:)



Salam blogger, eha ehut.




Najwa Latif - Satu | ( Official Music Video ) <-------- A GREAT SONG!!





Assalamualaikum! I'M BACK!!! Mesti ramai yang rindu kan...Hehe..#JK Well~~~macam yang korang tahu, ni lagu terbaru Najwa Latif. Lagu ni serious gempak. Muzik dia meresap ke dalam pembulur darah. Haha..Okaylah...Enjoy...:)



Salam blogger, eha ehut.

Sunday 20 September 2015

DIAM-SATU PERKATAAN PELBAGAI MAKSUD


Assalamualaikum! "Eh,kenapa pakcik duduk sorang-sorang?? Diam je?"
                  


Nak tahu tak, diam ni ada banyak makna sebenarnya. Diam tu salah satu bentuk komunikasi..Terkejut??Aku pun..:D

1: TANDA TAK SETUJU
    Kenapa? Bila seseorang tak setuju dalam perbincangan dia akan diam. Kita yang tak diam ni  kena tunjukkan keterbukaan kita untuk terima pandangan lain. 

Image result for dont agree
                                                 


2: TANDA MEMPUNYAI IDEA LAIN
     Orang macam ni mungkin ada idea yang lebih bernas tapi dia takut untuk luahkan sebab takut  ideanya tak diterima. Biasa tak korang hadapi situasi ni?? So,kalau  nampak kawan kita  macam nak cakap tak cakap,buka ruang untuk dia beri idea.

Image result for have an idea

3:TANDA TIDAK FAHAM
     Orang macam ni berpendapat lebih baik dia diam daripada memandai-mandai dalam                perbincangan yang dia tak faham. Orang macam ni kita kena tolong supaya dia tak       ketinggalan dalam perbincangan terutamanya kalau buat kerja kumpulan. Tanya setiap ahli kumpulan sama ada mereka faham perbincangan tu. Mungkin kelemahan kita bercakap dengan kurang jelas membuatkan mereka tak faham.

                                                        


4:TANDA TERLALU KECEWA UNTUK BERCAKAP
   Orang yang terlalu kecewa untuk bercakap akan ambil masa untuk memberikan respon bagi mengawal emosi. Kalau jumpa orang ni,kita pun kena kawal emosi. Ubah cara kedudukan,lokasi dan ambil masa sebelum mengakui kesilapan dalam percakapan.

Related image


5:TANDA BERSIAP SEDIA UNTUK MENYERANG
     Mendiamkan diri dalam sesuatu situasi adalah salah satu strategi untuk mengumpul kekuatan dan menanti waktu sesuai untuk menyerang balas.Kalau macam ni keadaannya,kita kena fokus terhadap apa yang ingin disampaikan dan beri laluan untuk mereka menyampaikan idea.

Related image

6:TANDA BERFIKIR
 Mereka nampak senyap tapi sebenarnya mereka sedang berfikir. Setiap individu mengambil masa yang berbeza untuk berfikir. Jadi hargai mereka kerana memikirkan apa yang anda perkatakan.

     
                                              
Jadi,walaupun diam ni macam tak ada makna,tapi cuba jadikan ia bermakna..:D Fahami orang lain kalau nak orang lain faham kita.."WHAT YOU GIVE YOU GET BACK".Bye....:)

Salam blogger, eha ehut.

PENGAJARAN SEBATANG PENSEL



Image result for royal pencils

      Assalamualaikum! Semua sihat?? Aku minta maaf sebab sebelum ni tak sempat nak post kat blog..Okay..Kalau hari tu belajar tentang pokok..Hari ni kita nak belajar tentang pensel!! Yup,pensel....

Related image

    Pensel ni macam hidup kita. Mula-mula pensel tu tak ada mata pun. Lepas tu kita asah dia dengan ilmu kehidupan, akademik, sukan, rohani dan 1001 jenis ilmu dalam dunia ni. Tapi semakin kita asah,dia semakin pendek....macam hidup kita. Semakin kita meniti kehidupan ni, semakin dekat kita kepada KEMATIAN!!! Sekarang ni istilah 'Life starts at 40' tu macam dah tak wujud. Sedarlah wei..Baby yang tak sampai beberapa jam lahir pun Allah boleh ambil nyawa dia balik,inikan kita...Ingat,umur bukan alasan untuk melupai kematian. Setiap saat dan ketika kita semakin tua. 

     Pernah tak kita terjatuh dan putus asa dalam hidup ni?? Ha..macam tu lah pensel..Kadang tu kita tengah khusyuk tulis tiba-tiba dia terjatuh,patah. Tapi,bila kita dah putus asa dah patah mata pensel tu...Jangan berhenti mengasah sampai dia tajam macam dulu.

                             

Nampaknya hari ni model kita pensel ye kawan-kawan..^_^ huhu..

Sebelum terlupa! Bila kita kena guna 'pensel'(hidup) kita untuk menulis benda yang baik. Okaylah,maksud tersuratnya kita gunalah hidup kita ni untuk benda yang baik di jalan Allah...Jadilah golongan yang berfikir (ulul albab). Ulul albab bukan hanya pada nama,tapi pada cara kita hidup. 

Semoga Allah mempertemukan kita semua di taman syurga Firdaus...Amin...Bye...:)

Salam blogger, eha ehut. 


Monday 10 August 2015

NEVER SAY GOODBYE



    Assalamualaikum! Maybe this is the last post before i'm going back to my school. 'MORNING IN PERAK EVENING IN PENANG' That's what i always say when it's time to go back to Penang. Well..studying in other's state is quite fun because we can learn their culture,food and others that we won't get in our own place. In Penang I meet people from many states with different personalities,lifestyles and ideas. It's the reality because in the outside world,many things and challenges are waiting for us.

    Surely,we must sacrifice in order to get the best. For example,I must study faraway to get the best school. In a simple example,we have to sacrifice our life only for Allah in order to get the best place in Jannah (heaven). Well...I guess this is the last poem I'll post. I won't post anything until teh next 2 weeks..Miss you guys...


AKU BUKAN MILIKKU

Di kala aku bersendirian

barulah sedar aku berTuhan
Di saat didampingi sahabat handai
terasa dunia milikku seorang
maha dasyatnya tipu daya dunia
sampai aku terlupa aku ini milik siapa
Aku bukanlah bakal pemimpin dunia
bukan warga yang setia
bukan pelajar yang meneroka ilmu
bukan anak bangsa yang suka membaca
Semua itu sampingan sahaja
Aku hanyalah musafir
yang menumpang teduh di bumi tua ini
Tidak lama lagi masaku bakal tiba
Berangkat ke negeriku yang nyata

That's all...Hope u guys enjoy it...KEEP YOUR LIFE ALIVE!! REMEMBER ALLAH....:)

Salam blogger, eha ehut.

JADILAH SEPERTI POKOK



      Assalamualaikum! Apalah istimewanya pokok ni sampai kena jadi macam POKOK?? Ha...aku nak ucapkan #thanksAllah sebab bagi aku ilham daripada sebatang pokok kat luar kelas untuk aku tulis sajak ni.


JADILAH SEPERTI POKOK

Sang pokok tegak berdiri

walaupun bah melanda akarnya tetap setia kepada bumi
puncaknya semakin lama semakin tinggi
mengejar cahaya matahari,menggapai langit
pokok itulah yang memberi teduhan kepada musafir
mengeluarkan buah kepada yang kelaparan
pokok sangat disayangi,sedih manusia apabila ia mati

Faham tak maksud sajak ni?? Ha..kalau tak clear lagi..meh aku 'clear'kan.
Baris 1 dan 2 tu maksudnya walaupun apa pun yang jadi kat dunia ni,kita mesti sentiasa setia pada Allah. Baris 2-5 pula--->setinggi mana pun kita mengecapi kejayaan,jangan lupa untuk bantu orang yang berada di bawah kita. Jangan sombonglah..Senang cakap. Line terakhir--->jadilah manusia yang disayangi oleh manusia lain. Okay?? Nampak tak daripada sebatang pokok kita boleh ambil iktibar. SEBATANG POKOK tu kalau kita tengok dari sudut yang berbeza,macam-macam yang kita dapat belajar.
    
    Indahnya Allah mencipta alam ini. So,jadilah golongan 'ulul albab' iaitu golongan yang berfikir. Berfikir fasal apa??Fasal alam dan ciptaan Tuhan. Tak semestinya ulul albab ni kena masuk sekolah yang ada program yang ada ulul albab je. Manusia boleh berfikir kan??Jadi masukkanlah diri kita dalam golongan 'ulul albab'.

Alhamdulillah..That's all...:)

Salam blogger, eha ehut.

Sunday 9 August 2015

MASANYA HAMPIR TIBA

        Assalamualaikum! Huhu..esok nak balik dah...Rindu korang..
 

Tanpa Tuhan tiadalah makhluk
Tanpa tiang runtuhlah rumah
Tanpa solat hancurlah agama
Tanpa guru musnahlah bangsa
Tanpa ibu bapa siapalah kita?

(sajak ni selingan je)

Related image

      Semenjak aku sekolah jauh ni..aku jadi lebih menghargai ibu bapa,keluarga..kawan..sebab masa yang kita luangkan tu menjadi semakin singkat. Contoh,aku cuti seminggu kot,tapi tengok-tengok esok dah balik. Aku rasa macam masa ni dah semakin pantas berlari tinggalkan kita. Betul la tanggungjawab kita lebih banyak daripada masa yang kita ada untuk laksanakan tanggungjawab tu. 

Tahukah korang,masa semakin singkat antara tanda-tanda kiamat kecil?? Masanya hampir tiba. Tapi kita masih terkinja-kinja menikmati 'pembaharuan dunia'. Sedangkan hakikatnya bumi dah tua. 

Fine,aku mengaku..Aku sentap sendiri bila tulis post ni. Balik cuti asyik-asyik blogging je. Tapi ni medan untuk aku bersuara kepada dunia. Kadang tu aku terfikir 'cukup sangat ke amalan kau??Sampai melekat kat depan skrin tu??' Untuk sesiapa yang tengah baca blog ni aku minta maaf kalau aku bersikap hipokrit tanpa sengaja. 

    Antara tanda-tanda kecil kiamat adalah berdoa supaya mempercepatkan kematian. Sedangkan Allah dah tentukan kematian kita tak lambat dan tak cepat sesaat pun. Orang yang doa supaya kematian dia diawalkan sebab dia PUTUS ASA dengan hidup dia..Tapi rahmat Allah tu luas. Kalau kita putus asa dengan manusia..please JANGAN PUTUS HARAPAN DENGAN ALLAH.

 Okay...Sebab siapa lagi yang kita ada bila keluarga,kawan tinggalkan kita?? So,jangan putus harapan. Keep your life alive! Nikmati hidup ni dan jadilah Muslim yang terbaik. Jangan cakap diri kita tak sempurna. Memang tak dinafikan everyone is not perfect. Tapi kata kaunselor sekolah, 'Manusia tak sempurna tapi digalakkan untuk mencari kesempurnaan' 

   That's all..Ya Allah..semoga aku dan pembaca blog ni serta umat Muslim sedunia menjadi tetamu di syurga Firdausmu...Amin (amin ramai-ramai)...:)

Salam blogger, eha ehut.

Thursday 6 August 2015

KEKUATAN+KEIKHLASAN=SABAR

    
     Assalamualaikum! Terima kasih untuk berSABAR dengan aku. SABAR?? Kenapa kita kena sabar?? SA BAR. Dua suku kata yang senang nak sebut. Tak percaya??

"Sabarlah..ujian sikit je tu.." "Sabaq na.Allah sayang orang yang sabaq"  "Sabo le..ujian tu kifarat dosa"   "SABARLAH"

Kan?? Sabar ni nak buat maha dasyat.Sabar ni something yang kita kena usaha sendiri. Sabar ada rules juga macam main bola.



  1. Sabar ni PAHIT. Memang pahit mengalahkan ubat TAPI kena KUAT telan pahit tu baru dapat rasa MANISNYA SABAR
  2. Sabar tak boleh tergopoh-gapah.kena buat dengan TENANG
  3. Tak banyak merungut
  4. Sentiasa INGAT ALLAH
  5. MOHON ALLAH KUATKAN KITA
  6. SANGKA BAIK DENGAN ALLAH


Aku mengaku dulu memang aku tak sabar. Buat semua benda nak orang ikut dan orang cepat. Tapi lepas 1 peristiwa ni memang terjelepok juga aku. Ceritanya begini...(pandang atas..ada flashback)

Ada seorang kakak senior kat sekolah aku pinjam baju outing. Aku dengan 'baiknya' pinjamkan tanpa tanya nama atau no. bilik dia.Dia janji nak pulangkan secepat mungkin. Setelah seminggu...Kakak tu tak muncul-muncul pun. 'Mungkin dia lupa' aku cuba husnul dzon(bersangka bai)k. Lepas 2 minggu tak ada juga. Aku mula ikhtiar-buat announcement dan sebagainya. Still tak ada respon. 'Malu kot nak pulangkan face-to-face'. Aku tunggu la maybe dia letak atas katil ke meja ke. 3 minggu.

Aku mula gelisah. Ustaz ada buat bacaan Yasin ramai-ramai supaya orang yang 'pinjam' barang orang lain lembut hati pulangkan. Aku menangis sebab menyesal. Memang aku careless pun tak tanya maklumat penting. Aku doa je baju outing aku dipulangkan. Ustaz kata doa orang yang dizalimi/diambil haknya mustajab. Hampir 2 bulan aku doa. Lama-lama aku jadi pasrah. Semoga orang yang 'pinjam' baju outing aku tak buat kat orang lain. 

Aku mula belajar untuk bersabar dan redha. Alhamdulillah pada suatu petang kawan aku bawak naik sehelai baju outing dengan hanger sekali kat aku. Dia kata dia terjumpa kat ampaian. Memang sah tu baju aku!! Apa lagi..Melompat kesyukuranlah aku. Sekarang aku tak kisah siapa orang tu yang penting aku dah dapat hak aku. Mungkin waktu tu aku jauh dengan Allah dan Dia nak aku dekat balik kat Dia. So,Dia kirim 'salam sayang'.Sekarang aku lebih tenang dalam membuat keputusan. Alhamdulillah..INDAHNYA SABAR!!


Tapi kalau hak kita diambil atau dicuri kat sekolah selalunya. Boleh je kita doa keburukan untuk orang tu TAPI jangan sampai kita ambil hak dia pula. Ustaz aku kata=Contoh: A curi pembaris B. B doakan si A hidup susah. Lepas tu Allah makbulkan hidup A susah. Tapi sepatutnya balasan A sebab curi pembaris tak sampai tahap tu. Jadi,si B dah ambil hak A. Patutnya akibat yang si A dapat 1 je. Tapi si B doakan akibatnya 10. Macam tu la..Jangan kita pula menzalimi dia.
                                                        
                                             

Kalau barang kita kena curi jangan sampai tak maafkan. Sebab maybe yang kita tak maafkan sorang tapi yang tak maafkan kita 10 orang. Tak takut ke?? tapi itu hak masing-masing. Suka hati korangla. Ini just nasihat. Nak ambil,boleh tak nak,tak apa~~~



Abdul Malik al-Harits bin Ashim Al-Asy'ari mengatakan bahawa rasulullah SAW bersabda:Kesabaran adalah penerang kehidupan.

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dalam shahihnya dari Abu Sa'id al-Khudzri r.a Rasulullah SAW bersabda,"barangsiapa berusaha keras untuk bersabar,maka Allah akan memberikan kesabaran kepadanya.Sungguh tidak ada pemberian yang lebih baik dan luas melebihi kesabaran." (At-Targhib,4/276)



"Wahai orang yang beriman,mintalah pertolongan(kepada Allah) dengan sabar dan solat,sesungguhnya Allah berserta orang yang sabar.
                                                ~Surah Al-Baqarah:2,153~


That's all...love u guys...and SABAR!!....:)

Salam blogger, eha ehut.

KEEP THE LIFE ALIVE (POEM)



        Assalamualaikum! I'm back alhamdulillah...Huhu..Rindu blog ni..Rindu korang...Hari tu exam 3 hari..Now enjoy this poem..!! 



Don't kill the time,I beg
You must always try
,don't let it die
trust me it's bad

Go cry until you can create a smile
Let the life alive,it is short but the journey is long
don't let the gold just passing by,don't waste your time

Love is a need in making a perfect life
Go laugh with your precious,
let it out loud during this spacious time
Don't let it die,keep your life alive

I know it's not as good as plan
but keep a cheery mask
even though no one understands
Continue walking even though it hurts your feet
because you don't know when the rainbow will come after the rain

The key of life is trust and love
keep strong even though you heart broke to thousands
Keep the life alive!

That's all...<3 u guys...KEEP YOUR LIFE ALIVE!!....:)

Salam blogger, eha ehut.

Thursday 16 July 2015

MY VIDEO PROJECT (HEPI HARI RAYA)







   Assalamualaikum! Ni video untuk projek sains komputer saya..Alhamdulillah setelah 2 minggu bertungkus lumus siapkan video ni kat sekolah dan rumah dengan internet yang tersangatlah 'laju' akhirnya syukur berjaya di'publish' juga. Saya minta maaf sebab lama tak blogging. Esok kan raya..hehe Elok-eloklah..Jangan main mercun...Nanti tak ada tangan dah tak hensem/tak cantik dah!! Okay..That's all...Enjoy...:)


Salam raya, eha ehut. 

Saturday 20 June 2015

Wiz Khalifa - See You Again ft. Charlie Puth [Official Video] Furious 7 ...







Assalamualaikum! Ingat tak Paul Walker dalam Furious 7?? Dia meninggal waktu tengah buat stunt tak silap. Lagu ni best dan teringat aku kat orang yang dah pergi tinggalkan kami kat dunia ni. Enjoy...:)


Salam blogger, eha ehut.

Saturday 13 June 2015

SALAM BUKAN YANG TERAKHIR



     Assalamualaikum! Esok dah nak balik maktab. Dalam masa kurang 24 jam. Rasa tak sabar dan rasa tak rela singgah silih berganti. Aku doa supaya aku sampai ke Ramadhan tahun ni sampai ke penghujungnya. Yalah,dah ramai yang meninggalkan bumi fana ni menghadap yang Ilahi. Rasanya ni post yang terakhir sebelum aku balik maktab. Oh..rindunya kenangan dengan blog ni. Kalau orang tanya hobi aku confirm dengan laju dan bangganya aku jawab BACA BUKU & BLOGGING. 

Image result for dont care

     Aku tak kisah dengan persepsi orang lain. Biarlah kalau aku ulat buku pun. Apa kisah kalau aku ni blogger?? At least aku ada minat sendiri. Tapi yang aku sedih sebab sekarang orang baca buku. Bagus memang bagus. Aku rasa seronok tengok ramai bangsa membaca kat sekelilingku tapi aku aku sedih dan tersungkur kecewa sebab buku terutamanya novel yang mereka baca tu novel cinta semata. Memanglah pembendaharaan kata dalam sesetengah novel cinta tu boleh dikatakan Bahasa Melayu Tinggi,High Class. 

Related image

Tapi sayang seribu kali sayang kalau isi kandungan yang meresap ke dalam minda pembaca tu sesuatu yang tak sesuai untuk masyarakat umum. Okaylah..Aku mengaku aku ni kritik orang je tapi kalau aku tulis mesti ceroi. But please write a better story. Cuba tengok Harry Potter punya novel. Novel tu tentang something out of the box. Tapi kalau diteliti still ada kisah cinta remaja tapi hanya sebagai cerita sampingan.

   Right now,my favourite author is Abdul Latip Talib. Beliau ialah seorang novelis sejarah no.1 Malaysia. Banyak novel dia aku beli. Daripada lambakan idea klise yang dijual di pasaran Alhamdulillah ada yang menepati citarasa aku. Apa-apapun untuk novelis cinta. Teruskan usaha anda. Tapi berhati-hati dengan setiap perkataan yang ditulis yang ditatap oleh masyarakat. Jangan sampai musnah pahala okay??I'm not so perfect but my passion in writing is steping towards it. Aku minta maaf kepada pembaca blog ni yang mungkin terluka dengan tulisan aku. Doakan aku dalam hafalan ye..Sekarang aku dah juzu' 3. Salam Ramadhan...:)

Salam blogger, eha ehut.

#KENANGAN-->DEDICATED TO ALL MY FRIENDS



    Assalamualaikum! Sajak ni dah lama aku buat. Kononnya preparation untuk berpisah waktu tahun 6. Especially for my besties/best friend/bae or whatever you call them..(Well..you know who). For those yang dah tercampak/sekolah kat serata Malaysia..satukanlah hati-hatimu membaca puisi luahan hati yang sedang merindui kamu..

#KENANGAN

Maha kuasa mempertemukan kita
menjadi sahabat,berjuang bersama
namun,takdirnya kita harus berpisah jua
moga kita bertemu kembali

Hilaian tawa dan sedu-sedan tangisan

menjadi hiasan seharian
kita sentiasa bersama
sering berkongsi cerita
sering engkau hiburkan hati yang sedang lara

Pelbagai masalah yang dihadapi
namun, kita tetap bersama
meredah duri
untuk mengecapi kejayaan hakiki

Sahabat,
usah kau gusar
kerana usaha murniku tidak ternoktah di sini
ku akan terus berlari
walaupun kau tiada di sisi

Kenangan yang tersimpan di hati
terkadang membuatku berat tuk melepaskanmu pergi
rindu bakal menebal,berdebu di jiwa
memori pastinya bersarang di minda
tulus ku ucapkan
kau teristimewa dalam hidupku
terima kasih,sahabatku

Aku harap kawan-kawan aku yang baca ni akan sentiasa mengingati diri ini. Untuk pembaca blog yang lain..ingat-ingatlah kawan korang tu...That's all...:)

Salam blogger, eha ehut.

AKU & AIS KRIM!!!




          Assalamualaikum! Cuti dah nak dekat habis...Too bad. Kalau boleh rasa tak nak balik asrama. Tapi tak apa. Sebelum cuti berakhir aku nak update post sebanyak mungkin. Rasanya mesti korang sedar blog ni dah berwajah baru..

Introducing the whole new Dataran Info!! (Clap2) 'Thank you.Thank you.' Hari tu balik KL,rumah opah aku,ada uncle ais krim Walls naik motorsikal selalu lalu depan rumah tu..

Kitaorang(me and my siblings) akan kejar or tunggu uncle tu stop depan rumah untuk beli ais krim. Dari dulu sampai sekarang,kitaorang still tak berubah walaupun dah besar panjang. Uncle ais krim tu pun still orang yang sama. 

Yang bestnya..kalau beli ais krim contoh RM5.50. Sen kat belakang tu akan diberi diskaun. Itulah yang best tentang uncle ni. Kitaorang kira macam regular customerlah..Fav ais krim saya-chocolate, black forest. Serious sedap. Kalau kat Ice Room saya suka ais krim chocolate.
                            
                                            
     Cakap tentang ais krim,teringat kat Mekah dulu sebelah Maqam Hotel ada satu kedai ais krim kecil. Hampir setiap hari aku and family beli ais krim kat situ. Ada flavour choc,vanila,mango,strawberi last sekali, mix semua flavour tu.


 Orang yang rajin pergi beli ialah aku,kakak and abang aku. Pak Arab tu pun dah kenal kitaorang bertiga. Yang paling lawak sekali,tha time kakak aku, dia nak pilih antara choc and vanila...first dia pilih choc lepas tu sebelum pak arab tu isi cup dia,dia jerit 

'kejap-kejap nak vanila la...~~' Pak Arab tu boleh faham dia cakap dalam bahasa Melayu~~~Haha~~:D~~

kenangan ais krim yang tak akan dilupakan. Entah-entah pak arab tu dah tak kenal kitaorang sebab semua dah besar(tak adalah besar sangat..sekolah menengah je pun!) WHAT A SWEET CREAMY MEMORY!!!

                                               Image result for black forest ice cream cornetto
                                                My fav blackforest ice cream!!

That's all...Bye..:)


Salam ais krim, eha ehut
   

Tuesday 2 June 2015

TONIGHT

Image result for a night



    Assalamualaikum! Malam ni sajak ni je..

TONIGHT

 tonight the stars are sprinkled on the skies
the moon is smiling brightly in the dark
the crickets are singing the melody of my heart
the air greets me warmly to bed
tonight is the night that I sleep tight


That's all and nighty..:)

     Salam blogger, eha ehut.

Sunday 3 May 2015

SAJAK(A DAY)


Image result for a day
Assalamualaikum! Hari ni tulis sajak je okay??



  A DAY


There is a day without clouds
  A day without light
A day without might
A day without laughter
A day without life
That is the day when everyone left

Sajak ni ditulis di kelas 10*,MRSM **UA..Lol..Teka la sendiri kat mana..:)

Salam blogger,eha ehut.

Saturday 21 March 2015

KEHILANGAN DAN KEKUATAN


        Assalamualaikum! Alhamdulillah hasil beberapa hari ni sungguh memberangsangkan. Syukur..Hari ni saya nak cerita tentang 3 kehilangan berturut-turut yang pernah saya alami. Peristiwa ni belaku pada penghujung tahun 2012. Pada hari Jumaat,16/11 bersamaan 2 Muharram saya telah dikejutkan dengan satu berita.

Image result for sad

 Opah saudara yang sangat saya cintai telah dijemput Allah. Dengar je berita tu,saya terus menangis. Sebab seminggu sebelum tu arwah datang ke rumah saya. Saya rasa tak sangka. Lepas tu kami terus pergi ke masjid dekat dengan rumah arwah. Dan saya sungguh sedih kerana tak dapat melihat arwah buat kali terakhir. Lepas balik dari tanah perkuburan,kami singgah di rumah arwah. Waktu tu semua orang berduka dan hanya menceritakan kebaikan arwah.
    
     Arwah Opah saudara saya sangat baik. Kalau saya datang rumah dia,mesti disajikan dengan spagetti yang tiada tara kelazatannya. Kadang-kadang arwah opah (s) saya tu order pizza untuk saya dan family. Time tu saya macam teragak-agak nak panggil dia 'arwah'. Sebab sampai ke hari ni saya masih rasa yang dia cuma pergi keluar dan pulang lambat. But lama-lama,saya dah mula terima hakikat. 

Related image

     Tidak sampai beberapa hari selepas pemergian arwah opah (s),moyang saya pula pergi bertemu Ilahi. Tetapi dia memang dah lama menghidap kencing manis. Belum reda satu kesedihan datang satu lagi kesedihan. Memang tahun tu ujian Allah kat family saya.

    Seminggu kot lepas tu,atuk belah ayah saya pula 'pergi'. Tapi that time saya sempat tengok jenazahnya. Tapi still sedih. But the next year,2013,i became stronger. And alhamdulillah tahun 2013 banyak rezeki yang Allah bagi. Mungkin ni balasan sebab bersabar kot. Allah tarik satu bahagian and Dia bagi bahagian lain kat kita. Lagipun kematian ni sunatullah. Setiap yang berjumpa akan berpisah dan setiap yang hidup akan mati.

Related image

    So i hope korang akan terus gagah kalau ujian or pemergian orang tersayang menimpa. Ingat kesedihan menjadikan kita lebih kuat dalam menjalani hidup ni. That's all..:)



 Salam kekuatan, eha ehut.

Thursday 19 March 2015

ULANG TAHUN BLOG



    Assalamualaikum! Pada 28 Mac ni,genaplah 2 tahun blog ni. Saya pun hampir 2 tahun bergelar blogger. Saya tak sangka blog ni masih 'hidup' pada hari ni. Alhamdulillah..Saya ingat lagi 2 tahun lepas(2013) waktu saya nak buat blog ni abang saya yang tolong. Waktu tu dia tak percaya yang saya mampu. Jadi hari demi hari saya pun berusaha untuk memajukan diri dalam dunia blogging ni!!Insyaallah dari semasa ke semasa saya akan improve blog ni supaya lebih menarik!!(bersemangat)

     Kalau korang nak dengar lagu kat blog ni and tak nak tunggu satu lagu habis,klik kat logo list lagu kat bahagian bawah belah kanan blog.Tapi untuk pc/laptop dan sewaktu dengannye je.Smartphone tak boleh..hehe... Okay..??? Aku minta maaf kalau ada kekurangan dari segi blog or sajak. Teruskan visit blog ni ok?? Hehe..buat ucapan siap-siap. 

     Doakan juga yang terbaik untuk aku dan blog ni..Ish-ish formalnya...Oh ya! Kalau korang ada google+ add lah aku -eha ehut-. Jadi rasanya tu je kot. Okay..bye guys!!...:)

Salam blogger, eha ehut.

     Wish me luck...

Monday 26 January 2015

KELAHIRAN (SAJAK)



           Assalamualaikum! Hari ni saya post sajak je la ye..Haha hope korang enjoy..


KELAHIRAN


Gelap gelita
itulah yang dapat ku lihat
kakiku ditarik dengan kuat
perlahan-lahan cahaya 
mula menyelubungi
Aku menangis sekuat hati
tali pusatku diputuskan
badanku dibalut kain,
pakaian pertamaku
kemudian ku lihat
seraut wajah tersenyum lebar melihatku
diriku kini bertukar tangan 
terdengar alunan
merdu qamah di telinga kecilku
lahirlah aku di dunia ini
memegang nama seorang Islam

   That's all..Bye...:)


Salam blogger, eha ehut.

Sunday 25 January 2015

3 HARI DI SARJANA (SM RAJA DR NAZRIN SHAH)


 
         Assalamualaikum! SARJANA atau nama panjangnya ialah SM RAJA DR NAZRIN SHAH adalah salah sebuah sekolah di bawah kerajaan negeri Perak. Senang kata dia dalam kategori SMAN (sekolah menengah agama negeri). Terletak di Kg Gajah,Perak dan memang dekat dengan hati saya. Alhamdulillah doa saya untuk ke MRSM Ulul Albab dimakbulkan. SARJANA ni pernah dapat tempat ke-3 kebangsaan tahun saya pun tak tahu. (promote tahulah abang saya ada kat situ..hehe) 
                                                            
   Duduk kat asrama ni best sebenarnya (ayat yang teramatlah cliche). Yang lainnya ok je. Lagipn saya dah biasa tinggal kat asrama waktu pertandingan peringkat negeri. Tapi duduk asrama ni kena friendly and banyak berkomunikasi. Yalah tak akan nak makan sorang-sorang,belajar jauh dari orang. Senang cakap,jangan jadi kera sumbang. Plus,manusia perlu satu sama lain untuk hidup. saya kalau sehari tak bersembang dengan kawan tak boleh..(nampak sangat muluit murai kan??) Tapi mulut murai saya pun ada masa saya pendiam..hehe
Sebenarnya bangunan sekolah tu dah dicat dengan cantik tahun ni..
     Bila dapat tawaran ke MRSM rasa berat nak pergi..Tapi bila fikir balik Allah dah beri saya peluang untuk belajar di tempat yang lebih baik. Lagipun dah jadi impian saya untuk belajar di MRSM sejak berumur 6 tahun. Ya..waktu tu kakak saya masuk MRSM. Fuh..punyalah lama dipendam kan..Waktu minggu orientasi yang saya join selama 3 hari je selalu teringat blog ni. Rindu bukan kepalang. Walaupun baru 4-5 hari tak update. Yalah..takut nanti terkubur pula dia. Waktu abang and kakak fasi tu 'ceramah' kat depan saya termenung memikirkan apa yang ditinggalkan (katil yang empuk,blog,tv and internet/nampak sangat tak fokus kan??)

     But saya bersyukurlah dapat pergi MRSM. SARJANA ni boleh je pergi waktu visit abang saya..heheh...So tak adalah berat sangat hati ni tinggalkan sekolah ni. Tapi seriouslah kalau korang yang baca ada darjah 6 or form 3. Sekolah ni ok je..Bestlah lagi-lagi sekarang ni dia dah colourful sebab baru cat akhir tahun lepas. So that's all kot. And jangan takut duduk asrama tau??!! Ouh ya. Ni sajak untuk SARJANA (macamlah sekolah ni pandai baca blog) Oklah..silap-silap sajak ni ditujukan untuk student SARJANA. Confirm korang kembang hidung. Eh,jangan kembang-kembang ya! :D

HARI-HARI DI SARJANA

Hari-hari di SARJANA membuatku bahagia
Ramai sahabat yang mengiringi langkahku di sini
Terasa bangga aku bergelar pelajar SARJANA walau hanya seketika
SARJANA, sebuah sekolah yang megah berdiri 
di tengah kehijauan rimba
Di dalamnya terselit warna-warna indah 
yang menghiburkan hatiku
Angin petang SARJANA melayukan rentakku
yang tadinya pantas
Terasa damai aku menikmat saat-saat
akhir aku bergelar pelajar sekolah ini
Sungguh,ingin aku berlama di sini
namun bukan takdirku
Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untukku
Terima kasih SARJANA kerana 
mengalu-alukan aku sebagai ahli keluargamu
Akan ku kembali ke sini 
untuk menyelak memori ketika aku bersamamu
kau tidak akan luput dari fikiranku
Kau kini menjadi salah satu mutiara 
yang tersimpan rapi dalam peti hatiku
Selamanya aku menyayangimu, SARJANA.

  Oklah..saya pun dah lenguh jari-jemari ni. rajin sangat sampai buat 2 post dalam 1 hari. So saya harap korang suka sajak ni especially student SARJANA walaupun ada kekurangan..hehe.And jangan jadi lone ranger kat asrama ye...That's all,bye!!..:)


Salam blogger, eha ehut.