Friday 23 November 2018

Ganu Kiter


Assalamualaikum! Hai korang...Maaflah, setelah menyepi seketika aku muncul lagi dengan cerita baru dari Terengganu Darul Iman. Ya, aku baru balik dari Terengganu sebab ada konvoksyen salah seorang ahli keluarga aku di Unisza.😁 

Macam biasa, aku selalu naik Air Asia untuk penerbangan dalam Malaysia macam waktu aku pergi Pulau Langkawi musim raya yang lepas. Kat atas tu aku belanja satu gambar pemandangan lautan di Terengganu dari awan biru.

Kali ini, aku memilih untuk menetap di Hotel Tabung Haji di Kuala Terengganu. 



Sambil menyelam minum air. Alang-alang dah ada di Terengganu, aku dan keluarga ambil peluang ubtuk bersiar-siar di pantai. Ambil angin Terengganu..hehe..Kami pergi ke Pantai Batu Burok yang mana tempatnya sangat sangat sangat aman dan damai. Angin sepoi-sepoi bahasa di petang hari menenangkan jiwa dan raga. Subhanallah. Tenang tak terkata! 


Alhamdulillah sambutan Idul Ilmi Unisza berjalan dengan lancar. Malamnya, kami makan malam di Simpunk Corner, Seberang Takir. Macam-macam ada! Makanan western ada, Thai dan masakan Melayu pun ada. Aku cuba Nasi Pakepau (harap ejaan tu betul..huhuu). Nasi Pakepau tu tak pedas, tapi memang nice. Ada juga cili api dan cili merah cuma tak terlalu menyengat..hehe..



Jadi, itulah sedikit sebanyak 'jalan-jalan Terengganu. Oh ya, kalau pergi Terengganu mestilah wajib untuk pergi ke Pasar Payang dan Masjid Kristal, betul? Maaflah korang, aku tak sempat nak ambil gambar pula..semuanya tumpang kamera telefon orang..huhuu..


Aku sangat berharap dapat kembali lagi ke Terengganu untuk melawat pelbagai lagi tempat yang menarik!

KEEP YOUR LIFE ALIVE!

Salam blogger, eha ehut.



Tuesday 13 November 2018

NALURI

Image result for instincts images


Assalamualaikum! Haa..Lama tak bersua..Maaflah baru cuti sekolah. Haihh..Sedar tak sedar aku dah nak ambil SPM tahun depan. Pray for me,okay?? 

KENAPA NALURI? 


Sebagai normalnya manusia di hamparan bumi Allah ni, tak mungkin terlepas dengan segala onak duri dan lautan api yang harus ditempuhi dan dirasai. Betapa peritnya dan pahitnya apa yang dilalui selama hidup di dunia. Pelbagai bisikan, pilihan dan jalan yang mesti dipilih agar tak tersimpang dari kebenaran.


Maka, datanglah si naluri membisikkan fitrah dalam diri manusia, agar kembali kepada jalan menuju syurga. Fitrahnya manusia inginkan kebahagiaan. Namun, ada daripada kita menolak naluri sejauh-jauhnya dn menuruti nasihat syaitan yang menginginkan kita sebagai 'temannya' di neraka. Na'uzubillahiminzalik.


Image result for trust your instincts stylish


  Aku pun mengambil peluang keemasan ini bagi mencoret satu lagi buah fikiran cetusan ilham daripada Ilahi.Naluri ini sebuah sajak yang membawa makna mendalam kepada aku yang mana aku garapkan menjadi sebuah rasa apabila naluri yang murni ditolak tepi oleh tuannya sendiri. Walhal naluri itu ialah perasaan, dianugerahkan oleh Ilahi,yang mahukan hambaNya kembali. Aku sangat berharap agar sajak yang akan diselitkan di hujung post ini mampu membawa erti kepada korang juga! 



NALURI

Naluri,
bisikan kecil hati
bisikan nan halus
yang menggetarkan jiwa
sering bertarung dengan nafsu
bertarung si nafsu agar dituruti
merayu si naluri mohon didengari
terkadang tak terdengar
rintihan naluri
lalu nafsu yang diikuti
tak lapang dada
tak tenang jiwa
jika bertuhankan nafsu semata
namun, telinga berlagak 
tidak mendengar
rayuan naluri ditolak tepi
dibiarkan sendiri

Naluri,
bisikannya datang silih berganti
kebenaran yang sentiasa dicari
menggugah jiwa supaya kembali
kembali pada jalan hakiki
kembali pada pilihan sejati
malang, suara kecil naluri
dibiarkan bergema dalam diri
tak diendah, tak diambil kisah
tidak dijadikan pedoman abadi
nafsu pun menguasai hati
sampai hati mati
terjerat dek nafsu seraka yang keji

KEEP YOUR LIFE ALIVE!

Salam blogger, eha ehut.