Saturday 30 November 2019

TANGISAN DALAM TELAGA


        Assalamualaikum! Wah..Dah berabad rasanya aku tak melakar fikrah kat sini. Alhamdulillah aku baru habis peperiksaan SPM, satu ujian besar dalam hidup seorang pelajar sekolah menengah. Apa-apapun, aku nak ucapkan tahniah kepada sesiapa yang berjaya menduduki ujian UPSR, PT3,SPM,STPM dengan jayanya sebab korang semua dah dipilih oleh Allah untuk menjadi calon peperiksaan tersebut. Berbalik kepada tajuk post kita hari ni, tangisan dalam telaga. Nak tau lebih lanjut, check it out.

         Aku memang spesies manusia yang sukar untuk menangis. Terkadang bukan tak sedih. Sebak tu boleh kata mencuxuk sanubari hati, tapi apa daya bila semua orang nak sendu-sendu, siapa yang nak tenangkan diri masing-masing. Sejujurnya, betul yang tangisan bukan tanda kelemahan tapi lambang kekuatan. Pada pendapat aku, bila mennahis ni, hati akan menjadi lemah seketika, macam restart komputer atau telefon. Dia akan turn off sekejap lepas itu baru on balik. 

    
     Sungguh, susah jadi orang spesies aku ni, bila sendu, orang suruh 'be strong', gaya mavam masalah yang kita hadapi tu macam sekecil batu, tapi bila mereka yang dilanda musibah, mereka boleh kata bahawa nasihat sebegitu tak berguna sebab 'Kau.yak rasa apa yang aku rasa.' Ya. Situasi kita sama. Bila aku sedih, korang tak akan rasa benda.tu sesuatu yang valuable untuk ditangisi, lainlah cerita kalau masalah tu memang masalah kecil je macam berebut barisan waktu nak beli makanan. The point is that, orang-orang spesies aku ji, aku perxaya mereka ni wujud macam aku dan hadapi masalah yang sama macam aku. Selalu kena berlagak chill dan cool. Kawan aku selalu kata kat aku...'Jaranglah nampak kau menangis.' Yup..Susah nak tengok aku menangis. Even nak hari last sekolah pun aku cuma easa sedih je. Kalau menangis pun setakat menitis dua tiga titik air mata je. Huhuu..

    
          Orang spesies macam aku ni memang selalu akan dijadikan tempat rujukan dan tempat orang meluahkan perasaan. Walhal perasaan kitorang sendiri tak terluah lagi. Orite..aku rasa sampai sini je..

KEEP YOUR LIFE ALIVE! 

Salam blogger, eha ehut.