Sunday 20 September 2015

DIAM-SATU PERKATAAN PELBAGAI MAKSUD


Assalamualaikum! "Eh,kenapa pakcik duduk sorang-sorang?? Diam je?"
                  


Nak tahu tak, diam ni ada banyak makna sebenarnya. Diam tu salah satu bentuk komunikasi..Terkejut??Aku pun..:D

1: TANDA TAK SETUJU
    Kenapa? Bila seseorang tak setuju dalam perbincangan dia akan diam. Kita yang tak diam ni  kena tunjukkan keterbukaan kita untuk terima pandangan lain. 

Image result for dont agree
                                                 


2: TANDA MEMPUNYAI IDEA LAIN
     Orang macam ni mungkin ada idea yang lebih bernas tapi dia takut untuk luahkan sebab takut  ideanya tak diterima. Biasa tak korang hadapi situasi ni?? So,kalau  nampak kawan kita  macam nak cakap tak cakap,buka ruang untuk dia beri idea.

Image result for have an idea

3:TANDA TIDAK FAHAM
     Orang macam ni berpendapat lebih baik dia diam daripada memandai-mandai dalam                perbincangan yang dia tak faham. Orang macam ni kita kena tolong supaya dia tak       ketinggalan dalam perbincangan terutamanya kalau buat kerja kumpulan. Tanya setiap ahli kumpulan sama ada mereka faham perbincangan tu. Mungkin kelemahan kita bercakap dengan kurang jelas membuatkan mereka tak faham.

                                                        


4:TANDA TERLALU KECEWA UNTUK BERCAKAP
   Orang yang terlalu kecewa untuk bercakap akan ambil masa untuk memberikan respon bagi mengawal emosi. Kalau jumpa orang ni,kita pun kena kawal emosi. Ubah cara kedudukan,lokasi dan ambil masa sebelum mengakui kesilapan dalam percakapan.

Related image


5:TANDA BERSIAP SEDIA UNTUK MENYERANG
     Mendiamkan diri dalam sesuatu situasi adalah salah satu strategi untuk mengumpul kekuatan dan menanti waktu sesuai untuk menyerang balas.Kalau macam ni keadaannya,kita kena fokus terhadap apa yang ingin disampaikan dan beri laluan untuk mereka menyampaikan idea.

Related image

6:TANDA BERFIKIR
 Mereka nampak senyap tapi sebenarnya mereka sedang berfikir. Setiap individu mengambil masa yang berbeza untuk berfikir. Jadi hargai mereka kerana memikirkan apa yang anda perkatakan.

     
                                              
Jadi,walaupun diam ni macam tak ada makna,tapi cuba jadikan ia bermakna..:D Fahami orang lain kalau nak orang lain faham kita.."WHAT YOU GIVE YOU GET BACK".Bye....:)

Salam blogger, eha ehut.

PENGAJARAN SEBATANG PENSEL



Image result for royal pencils

      Assalamualaikum! Semua sihat?? Aku minta maaf sebab sebelum ni tak sempat nak post kat blog..Okay..Kalau hari tu belajar tentang pokok..Hari ni kita nak belajar tentang pensel!! Yup,pensel....

Related image

    Pensel ni macam hidup kita. Mula-mula pensel tu tak ada mata pun. Lepas tu kita asah dia dengan ilmu kehidupan, akademik, sukan, rohani dan 1001 jenis ilmu dalam dunia ni. Tapi semakin kita asah,dia semakin pendek....macam hidup kita. Semakin kita meniti kehidupan ni, semakin dekat kita kepada KEMATIAN!!! Sekarang ni istilah 'Life starts at 40' tu macam dah tak wujud. Sedarlah wei..Baby yang tak sampai beberapa jam lahir pun Allah boleh ambil nyawa dia balik,inikan kita...Ingat,umur bukan alasan untuk melupai kematian. Setiap saat dan ketika kita semakin tua. 

     Pernah tak kita terjatuh dan putus asa dalam hidup ni?? Ha..macam tu lah pensel..Kadang tu kita tengah khusyuk tulis tiba-tiba dia terjatuh,patah. Tapi,bila kita dah putus asa dah patah mata pensel tu...Jangan berhenti mengasah sampai dia tajam macam dulu.

                             

Nampaknya hari ni model kita pensel ye kawan-kawan..^_^ huhu..

Sebelum terlupa! Bila kita kena guna 'pensel'(hidup) kita untuk menulis benda yang baik. Okaylah,maksud tersuratnya kita gunalah hidup kita ni untuk benda yang baik di jalan Allah...Jadilah golongan yang berfikir (ulul albab). Ulul albab bukan hanya pada nama,tapi pada cara kita hidup. 

Semoga Allah mempertemukan kita semua di taman syurga Firdaus...Amin...Bye...:)

Salam blogger, eha ehut.