Thursday 23 November 2017

VOLDEMORT: Origins of the Heir Trailer (2017) Fan-Film







Assalamualaikum! Good news untuk semua Potterheads akan ada fan-made movie tentang Voldermort!  Tuan Pengarah:Gianmaria Pezzato, Pelakonnya.. Stefano Rossi sebagai Tom Marvolo Riddle Maddalena Orcali sebagai Grisha McLaggen (pewaris Godric Gryffindor)


Image may contain: 1 person, text

Movie ni tentang bagaimana Tom Riddle,salah seorang pelajar di Hogwarts bertukar menjadi Lord Voldermort yang jahat...


Related image
BEFORE
Image result for voldemort
AFTER

Movie ni dijangka keluar bulan Disember 2017 kat Youtube..Boleh like fan page kat Facebook dan Instagram 'Voldermort:Origins of the Heir. Apapun nantikan movie ni..okay??



No automatic alt text available.



KEEP YOUR LIFE ALIVE!


Salam potterhead, eha ehut.

CAHAYA LAMPU JALAN

Related image

CAHAYA LAMPU JALAN

Cahaya lampu di tepi jalan
menyoroti setiap langkah kakinya yang longlai
Malapnya cahaya tampak megah
di waktu bertakhtanya malam
di singgahsana alam
Terbentuknya bayang menjadi peneman
memecahkan hening tika sepi berkeliaran
dalam kegelapan
Sepinya malam tanpa kelibat mahupun sahabat
Angkara cahaya lampu,
terasa hangatnya malam 
dalam kedinginan hembusan bayu
Langkah yang longlai itu
diteruskan lagi
membelah kepekatan malam
bersama cahaya lampu di tepi jalan

Assalamualaikum! Dah lama aku tak post sajak kan? Alhamdulillah dapat ilham tulis sajak ni bila nampak lampu jalan tepi rumah. Jadi kenapa tidak kan? Sajak ni tentang perjalanan seorang manusia yang hidup sebatang kara. Dia hidup keseorangan (ibarat berjalan seorang diri dalam kegelapan) tapi dengan bantuan masyarakat sekeliling..jiran..kawan..(ibarat lampu jalan) manusia ni tadi dapat teruskan hidup walaupun langkahnya longlai (hampir0hampir putus asa). 

Jadi aku harap korang suka sajak ni..:)

KEEP YOUR LIFE ALIVE!

Salam blogger, eha ehut.



Tuesday 21 November 2017

Murder on the Orient Express





Assalamualaikum! Pernah dengar tajuk ni. Ya betul. Salah satu movie yang latest. Sebenarnya movie ni diadaptasi daripada novel Murder on the Orient Express oleh Agatha Christie. Agatha Christie ialah seorang penulis novel yang hebat.


Kalau korang nak tahu, sekarang Popular Bookstore ada buat promotion novel ni. banyak jugalah less daripada harga sebelum ni. Novel ni dah lama dah wujud tapi covernya ditukar..

Related image

Ni cover yang baru...

Penggunaan Bahasa Inggeris dalam novel ni tak terlalu boombastic. Senang nak faham jalan cerita dan yang paling penting bak kat Spongebob Squarepants 'IMAGINATION!' Yup..Bayangkan semua scene tu berlaku depan mata dan pastinya korang tak akan jemu baca novel ni. 

Novel ni tentang seorang detektif popular Hercule Poirot yang nak satu kereta api iaitu Simplon Orient. Semuanya normal tapi tiba-tiba kereta api itu terpaksa berhenti sebab salji yang tebal menghalang laluan landasan. Kemudian, ada seorang lelaki terbunuh dalam compartmentnya. Siapa yang bunuh lelaki tu sedangkan compartment tu berkunci? Lagipun pembunuhnya mustahil boleh lari sebab kereta api yang berhenti secara tiba-tiba. Nak tahu siapa pembunuhnya?? Bacalah sendiri..Hehehe...

Image result for murder on the orient express cast

Alang-alang dah beli novel..baik tengok movie dia sekali betul tak?? Director movie ni ialah Kenneth Branagh yang juga watak utama iaitu Hercule Poirot.

Related image


Selamat membaca dan menonton movie ni..Bye..:)


KEEP YOUR LIFE ALIVE!


Salam blogger, eha ehut.










Sunday 19 November 2017

TERIMA KASIH!

                                            Related image  

Assalamualaikum! Haa..Lama tak update blog. Alhamdulillah hari ni baru ada peluang. Yup..aku dah balik dan cuti kali ni adalah cuti akhir tahun..^__^

TERIMA KASIH?

Mesti korang pelik kan??

Asal tiba-tiba je terima kasih.

Sebenarnya hari aku nak cerita sikit tentang apa istimewa sangat perkataan ni dan perkataan ni tak 'single'. Dia mesti ada partener dia-->PLEASE

Orang panggil 2 perkataan ni sebagai

Image result for magic word

Yup.sebab apa? Dua perkataan ni walaupun simple tapi dapat memberi impak yang sangat dahsyat kat seseorang. Tak percaya? Jom kita mula dengan perkataan pertama.

TERIMA KASIH

Tak semua orang kat dunia ni rasa diri mereka berguna. Kadang-kadang diorang rasa tersisih sebab tak ada taraf yang sama macam orang lain terutama orang yang bekerja yang gajinya cukup makan je contohnya tukang cleaner dan mak cik kantin. bayangkan diorang buat kerja setiap hari dengan beribu-ribu manusia (sekadar hiperbola..taklah sampai beribu kan?) yang diorang jumpa tapi tak ada seorang manusia pun yang kisah fasal diorang. 

Aku ambil contoh paling senang..mak cik kantin. Selalunya lepas beli makanan ramai orang akan terus 'blah'. Alahaiii manalah tahu dlam hati mak cik tu dia terfikir yang dia tu tak ada harga pun di mata orang lain..Kesian dia..

                                               Image result for unhappy  person

 Tapi cuba bayang kalau kita cakap terima kasih dengan senyuman manis macam gula kat mak cik tu lepas beli makanan. Entah-entah kita dah berjaya buat hati dia berbunga-bunga dan jadikan dia rasa hidup lebih bermakna. Tu baru kita sorang yang buat. Kalau dua? Tiga? 

Kalau semua orang buat macam tu?? Silap haribulan layanan mak cik tu kat pembeli bertambah baik sebab dia rasa yang pembeli hargai dia sebagai mak cik kantin. So, jangan pandang rendah TERIMA KASIH. Simple tapi berbisa!!

                                        Related image
                                     
                                 

KEEP YOUR LIFE ALIVE!

TERIMA KASIH!

Salam blogger, eha ehut.