Sunday 20 September 2015

DIAM-SATU PERKATAAN PELBAGAI MAKSUD


Assalamualaikum! "Eh,kenapa pakcik duduk sorang-sorang?? Diam je?"
                  


Nak tahu tak, diam ni ada banyak makna sebenarnya. Diam tu salah satu bentuk komunikasi..Terkejut??Aku pun..:D

1: TANDA TAK SETUJU
    Kenapa? Bila seseorang tak setuju dalam perbincangan dia akan diam. Kita yang tak diam ni  kena tunjukkan keterbukaan kita untuk terima pandangan lain. 

Image result for dont agree
                                                 


2: TANDA MEMPUNYAI IDEA LAIN
     Orang macam ni mungkin ada idea yang lebih bernas tapi dia takut untuk luahkan sebab takut  ideanya tak diterima. Biasa tak korang hadapi situasi ni?? So,kalau  nampak kawan kita  macam nak cakap tak cakap,buka ruang untuk dia beri idea.

Image result for have an idea

3:TANDA TIDAK FAHAM
     Orang macam ni berpendapat lebih baik dia diam daripada memandai-mandai dalam                perbincangan yang dia tak faham. Orang macam ni kita kena tolong supaya dia tak       ketinggalan dalam perbincangan terutamanya kalau buat kerja kumpulan. Tanya setiap ahli kumpulan sama ada mereka faham perbincangan tu. Mungkin kelemahan kita bercakap dengan kurang jelas membuatkan mereka tak faham.

                                                        


4:TANDA TERLALU KECEWA UNTUK BERCAKAP
   Orang yang terlalu kecewa untuk bercakap akan ambil masa untuk memberikan respon bagi mengawal emosi. Kalau jumpa orang ni,kita pun kena kawal emosi. Ubah cara kedudukan,lokasi dan ambil masa sebelum mengakui kesilapan dalam percakapan.

Related image


5:TANDA BERSIAP SEDIA UNTUK MENYERANG
     Mendiamkan diri dalam sesuatu situasi adalah salah satu strategi untuk mengumpul kekuatan dan menanti waktu sesuai untuk menyerang balas.Kalau macam ni keadaannya,kita kena fokus terhadap apa yang ingin disampaikan dan beri laluan untuk mereka menyampaikan idea.

Related image

6:TANDA BERFIKIR
 Mereka nampak senyap tapi sebenarnya mereka sedang berfikir. Setiap individu mengambil masa yang berbeza untuk berfikir. Jadi hargai mereka kerana memikirkan apa yang anda perkatakan.

     
                                              
Jadi,walaupun diam ni macam tak ada makna,tapi cuba jadikan ia bermakna..:D Fahami orang lain kalau nak orang lain faham kita.."WHAT YOU GIVE YOU GET BACK".Bye....:)

Salam blogger, eha ehut.

No comments:

Post a Comment