Saturday 21 March 2015

KEHILANGAN DAN KEKUATAN


        Assalamualaikum! Alhamdulillah hasil beberapa hari ni sungguh memberangsangkan. Syukur..Hari ni saya nak cerita tentang 3 kehilangan berturut-turut yang pernah saya alami. Peristiwa ni belaku pada penghujung tahun 2012. Pada hari Jumaat,16/11 bersamaan 2 Muharram saya telah dikejutkan dengan satu berita.

Image result for sad

 Opah saudara yang sangat saya cintai telah dijemput Allah. Dengar je berita tu,saya terus menangis. Sebab seminggu sebelum tu arwah datang ke rumah saya. Saya rasa tak sangka. Lepas tu kami terus pergi ke masjid dekat dengan rumah arwah. Dan saya sungguh sedih kerana tak dapat melihat arwah buat kali terakhir. Lepas balik dari tanah perkuburan,kami singgah di rumah arwah. Waktu tu semua orang berduka dan hanya menceritakan kebaikan arwah.
    
     Arwah Opah saudara saya sangat baik. Kalau saya datang rumah dia,mesti disajikan dengan spagetti yang tiada tara kelazatannya. Kadang-kadang arwah opah (s) saya tu order pizza untuk saya dan family. Time tu saya macam teragak-agak nak panggil dia 'arwah'. Sebab sampai ke hari ni saya masih rasa yang dia cuma pergi keluar dan pulang lambat. But lama-lama,saya dah mula terima hakikat. 

Related image

     Tidak sampai beberapa hari selepas pemergian arwah opah (s),moyang saya pula pergi bertemu Ilahi. Tetapi dia memang dah lama menghidap kencing manis. Belum reda satu kesedihan datang satu lagi kesedihan. Memang tahun tu ujian Allah kat family saya.

    Seminggu kot lepas tu,atuk belah ayah saya pula 'pergi'. Tapi that time saya sempat tengok jenazahnya. Tapi still sedih. But the next year,2013,i became stronger. And alhamdulillah tahun 2013 banyak rezeki yang Allah bagi. Mungkin ni balasan sebab bersabar kot. Allah tarik satu bahagian and Dia bagi bahagian lain kat kita. Lagipun kematian ni sunatullah. Setiap yang berjumpa akan berpisah dan setiap yang hidup akan mati.

Related image

    So i hope korang akan terus gagah kalau ujian or pemergian orang tersayang menimpa. Ingat kesedihan menjadikan kita lebih kuat dalam menjalani hidup ni. That's all..:)



 Salam kekuatan, eha ehut.

Thursday 19 March 2015

ULANG TAHUN BLOG



    Assalamualaikum! Pada 28 Mac ni,genaplah 2 tahun blog ni. Saya pun hampir 2 tahun bergelar blogger. Saya tak sangka blog ni masih 'hidup' pada hari ni. Alhamdulillah..Saya ingat lagi 2 tahun lepas(2013) waktu saya nak buat blog ni abang saya yang tolong. Waktu tu dia tak percaya yang saya mampu. Jadi hari demi hari saya pun berusaha untuk memajukan diri dalam dunia blogging ni!!Insyaallah dari semasa ke semasa saya akan improve blog ni supaya lebih menarik!!(bersemangat)

     Kalau korang nak dengar lagu kat blog ni and tak nak tunggu satu lagu habis,klik kat logo list lagu kat bahagian bawah belah kanan blog.Tapi untuk pc/laptop dan sewaktu dengannye je.Smartphone tak boleh..hehe... Okay..??? Aku minta maaf kalau ada kekurangan dari segi blog or sajak. Teruskan visit blog ni ok?? Hehe..buat ucapan siap-siap. 

     Doakan juga yang terbaik untuk aku dan blog ni..Ish-ish formalnya...Oh ya! Kalau korang ada google+ add lah aku -eha ehut-. Jadi rasanya tu je kot. Okay..bye guys!!...:)

Salam blogger, eha ehut.

     Wish me luck...