Thursday 5 December 2013

UMUR....


  Assalamualaikum! Sihat semua?? Tahun baru hampir tiba. Sekolah pun nak buka balik. Ini bermakna, umur kita pun dah bertambah. Untuk yang ada peperiksaan penting tu berusahalah supaya dapat keputusan yang terbaik. Berbalik kepada umur. Semakin umur meningkat, semakin banyak tanggungjawab. Jom tengok benda menarik di bawah.

Image result for baby


BAYI ATAU BABY 

Semua benda ibu bapa yang sediakan. Daripada pakaian sampailah keperluan mainan. Lagipun, kalau baby tu menangis ibu, bapa atau sesiapa saja mesti pujuk.

Related image

KANAK-KANAK SAMPAI UMUR 12 TAHUN
Semua dah berubah. Banyak yang kena buat sendiri macam buat kerja sekolah, belajar di sekolah dan macam-macam lagi. Kalau diaorang menangis tak confirm lagi ada yang nak pujuk. Dah pikul tanggungjawab macam jadi pengawas sekolah, ketua kelas, penolong ketua kelas dan lain-lain lagi. Kalau diorang anak sulung kena tolong mak jaga adik dan sebagainya.

REMAJA 

Lagi banyak cabaran menanti. Selalunya remaja suka mencuba dan mengenal diri sendiri dan kebolehan masing-masing. Banyak yang sudah berdikari sebab masuk sekolah berasrama. Kena bijak memilih rakan. Semakin banyak tanggungjawab. Tnggungjawab sebagai pelajar.
Related image

ORANG DEWASA

Tak payah cakap pun tak apa sebab dah tentu orang dewasa lebih banyak tanggungjawab. Terutamanya ibu bapa. Dah ada duit sendiri jadi kena pandai guna. Mesti kerja untuk menampung hidup. Dan pastinya semakin banyak tanggungjawab.

Begitulah kehidupan dan pastinya warga emas mesti membanyakan beramal ibadat untuk persiapan terakhir sebelum nyawa sudah tiada dalam jasad... :)

Salam blogger, eha ehut.


2 comments:

  1. Suci Cinta Alhadi6 December 2013 at 07:20

    Siapa pun kita yang paling penting jangan lupa tanggungjawab pada Allah. Pastikan iman semakin teguh kerana itu lah syarat kebahagiaan dunia dan akhirat. Teruskan menulis adik, menulis yang baik2 sahaja, lihat sekelilingmu dengan mata hati yang ikhlas kerana mencintai Allah.

    ReplyDelete