Friday 25 October 2013

SEDIH?? NO! NO! NO!



  Assalamualaikum!!! Hari ni saya nak cakap tentang SEDIH. Pernahkah anda sedih??? Mesti semua orang pernah merasai perasaan ni kan?? Sedih selalu dikaitkan dengan menangis. Tapi tak semestinya kalau kita sedih kita akan menangis. Sebabnya, ada orang menangis gembira. Jadi tak semestinya menangis tu sedih...

                                           Related image
  Bagi saya, ada 2 jenis sedih:


  1. Sedih fizikal (sedih yang mengalirkan air mata dan orang tahu)
  2. Sedih mental (sedih dalam hati yang hanya kita dan Tuhan saja yang tahu betapa sedihnya kita)
   Mungkin perkara ni tak wujud, tapi saya hanya merekanya sebab itulah yang selalu kita hadapi. Sedih mental biasanya lebih sakit daripada sedih fizikal. Dah tentu! Mungkin saya boleh bagi contoh begini:

Related image

 CONTOH SEDIH MENTAL

-Anda diejek oleh rakan atau orang lain.
-Anda merasakan seperti tiada orang yang faham perasaan anda.

CONTOH SEDIH FIZIKAL

-Kematian seseorang yang anda sayangi.
-Anda terpaksa berpindah rumah atau sekolah.

                    Related image

  Begitulah lebih kurang contohnya. Sebenarnya ada banyak lagi. Tapi saya rasa memang susah nak bagi contoh terutamanya sedih mental. Sedih mental memang sangat membebankan. Mestilah!! Jadi anda boleh mengadu kepada seseorang yang anda percaya. Seperti bestfriend anda. Anda juga (terutamanya bagi kanak2 dan remaja) ibu bapa memang membantu untuk anda luahkan perasaan. Tapi ibu bapa juga perlu memberikan sepenuh perhatian ketika anak mereka meluahkan perasaan mereka supaya anak2 tak berasa beban untuk memberitahu ibu bapa kalau mereka mempunyai masalah lain.


Related image



 Buku diari juga sedikit sebanyak membantu untuk anda meluahkan perasaan. Saya tahu buku diari memang popular. Terutamanya yang ada mangga dan kunci, kod dan sebagainya sebagai langkah berjaga-jaga supaya tiada yang tahu rahsia anda. Anda juga boleh menulis rasa sedih anda di atas sekeping kertas atau seberapa banyak kertas yang anda perlukan!! Kemudian buang kertas  tersebut supaya anda tak terbaca luahan hati anda. Kerana ini akan menyebabkan anda teringat semula kenangan pahit dan sedih itu. Satu lagi cara adalah buat hobi/ aktiviti yang disukai. Kalau saya suka tengok blog kalau stress atau buat sudoku.

Image result for berdoa



 Akhir sekali, cara yang paling berkesan bagi saya adalah menghadap YANG MAHA ESA dan meluahkan segala isi hati anda. Bagi saya, saya lebih suka ketika itu tiada sesiapa dalam bilik. Dan yang ada hanya kita dan Allah. menangislah selama mana yang anda mahukan. Luahkanlah perasaan anda dan mintalah kepada Nya supaya dipermudahkan bagi anda untuk selesaikan masalah atau menghilangkan kesedihan anda. Saya pasti anda mesti berasa lega selepas itu.

Sekian... (Saya mohon maaf post2 sebelum ni banyak menggunakan shortform... dan jangan sedih2 lagi!!) :)

Salam blogger, eha ehut.

No comments:

Post a Comment