Friday 4 October 2013

4TH & 5TH DAY @ BTPN PERAK

26 SEPTEMBER 2013 (KHAMIS)

  Lawatan ke Perpustakaan Negeri Perak. Ada aktiviti jejak maklumat. Best.. tapi saya tak menang. Tak apa sbb saya cuma nk have fun and release tension lps bertanding dpt free majalah KUNTUM. Lps tu pegi ke Muzium Perak Darul Ridzuan. Ada aktiviti jejak maklumat juga. Macam biasa, tak menang but it's fine.

  Waktu petang tak ada aktiviti riadah sbb berlatih untuk persembahan daerah. Waktu malam lps solat Maghrib, ada jamuan makan.Lebih kurang pukul 8.30 masuk bilik Juara Bestari. Daerah saya (Perak Tengah) gilirannya nombor 8. Sempat kitaorang buat preparation sikit. Selepas 7 daerah buat persembahan mereka, tibalah giliran kami... 

Kami buat sketsa tentang seorang ibu tunggal yg tinggal dgn 2 org anaknya iaitu Nabihah (saya) dan Hanan (kak Hanan). Nabihah pandai & rajin baca buku tapi Hanan (adik) asyik melayari internet je. Mereka nk PMR. Kami masukkan unsur lawak. Sebelum memulakan persembahan Madihah (pencerita) mendeklamasikn sebuah sajak tentang buku. Di akhir persembahan pula saya baca serangkap pantun manakala kak Syarihah (ibu tunggal) membaca seloka. Malam itu kami tidur lambat kerana membahagikn hamper. Daerah lain ada yg buat tarian, mendeklamasi sajak, baca pantun, sketsa & nyanyian.

 27 SEPTEMBER 2013 (JUMAAT)

  Hari terakhir di BTPN PERAK. Saya berasa amt sedih sbb terpaksa berpisah dgn kwn2. Walaupun baru 5 hari kenal, tapi saya rasa macam dh bertahun-tahun berkwn. Majlis penutup dirasmikan oleh penolong pengarah BTPN PERAK tak silap saya. Cikgu saya datang dan saya pun balik ke rumah kesayangan... Sekian. :)

Image may contain: 1 person

Image may contain: 4 people, people standing
KAWAN BARU!!!

Salam blogger, eha ehut.

No comments:

Post a Comment