Thursday 1 May 2014

PESTA BUKU


   Assalamualaikum! Long time no see.. Everyone tahu setiap tahun Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur  (PBAKL) diadakan di PWTC. Dan setiap tahun tu saya memang tak dapat pergi. Well, sibuk dengan hal keluarga and pertandingan yang tak dapat dielakkan. Tak apalah.. Tiada rezeki.. Saya berasa cemburu juga dengan abang saya. Sekolah dia pasti membuat lawatan ke pesta buku setiap tahun. Saya pula hanya duduk di rumah. Kalau nak tahu kenapa saya jealous..sebab saya ulat buku!! Saya tak malu mengaku.

Related image



  Memang di rumah ada banyak buku yang boleh dibaca. Bukan tidak bersyukur cuma teringin juga sekali-sekala merasa kemeriahan pesta buku tu. Lagipun, buku yang dibeli dapat saya habiskan dalam masa 1 hari. Kalau buku tebal ambil masa 3 hari dan ke atas. Tambahan pula, buku-buku yang dijual di sana pastinya keluaran terbaharu.

  Di sini saya mahu membuat sedikit cadangan. Tidak bolehkah jika lokasi pesta buku ini diubah setiap tahun?? Tidak perlu buat di setiap daerah di negeri itu, cuma buat pameran buku itu di ibu negeri masing-masing. Baru adil dan saksama. Saya faham, nama pun Pesta Buku Antarabangsa. Tetapi mengapa tidak?? Biar orang asing mengenal negara kita dengan lebih mendalam. Bukan setakat ibu negara sahaja.


Image result for book fair

  Saya rasa bukan saya seorang sahaja yang berpendapat sebegini. Pastinya ramai lagi yang di luar sana mahu pergi ke pesta buku ini tetapi tidak berkesempatan. Seperti saya di negeri Perak ini. Walaupun jarak perjalanan hanya mengambil masa 3 jam, tetapi dengan segala hal yang tak dapat dielakkan ditambah lagi dengan kesibukan ibu bapa. Lagipun, dengan mengadakan pesta buku ini di negeri berlainan setiap tahun dapat menambah bilangan pembaca buku di Malaysia. Bukankah kita mahu rakyat Malaysia untuk menjinak-jinakkan diri dengan membaca?? Saya harap ada yang membaca post ini dan membuat pertimbangan.


  Saya bukan mahu mengkritik. Tetapi saya cuma memberi sedikit cadangan. Saya mewakili pembaca cilik di luar sana yang mungkin sedang menghadapi situasi yang sama. Maaf jika cadangan kecil ini menyusahkan. Tetapi saya, seorang kanak-kanak yang minat membaca mohon cadangan ini dipertimbangkan...:)


Salam blogger, eha ehut.

1 comment:

  1. saya setuju.... sebab saya suka baca buku!!!

    ReplyDelete