Friday 23 May 2014

SALAHUDIN AYUBI PENAKLUK JERUSALEM



     Assalamualaikum! Apa khabar semua?? Hari tu abang saya belikan saya buku..SALAHUDIN AYUBI yang ditulis oleh Abdul Latip Talib. Saya memang minat sangat dengan buku dia. Antara buku yang saya dah baca adalah Abu Ubaidah Al Jarrah Penakluk Parsi dan Sultan Muhammad Al Fateh Penakluk Konstantinopel.Cara penceritaan yang amat menarik seolah-olah penulis itu berada di zaman tersebut.


  Walaupun begitu, Salahudin Ayubi lebih menarik perhatian saya. Cara beliau menawan Jerusalem atau lebih dikenali sebagai Baitul Maqdis amat strategik. Oleh itu, apa yang saya tulis tentang Salahudin Ayubi ni semua daripada bukunya.

Image result for salahuddin ayubi abdul latip talib
  Namanya Yusof dan dilahirkan pada tahun 543 Hijrah/1138 Masihi. Ayahnya, Najmudin Ayyub berbangsa Kurdis dan berasal dari Azarbaijan. Jihad merupakan tajuk kesukaannya. 


  Ketika Salahudin berumur 10 tahun, beliau diajar ilmu bermain senjata sehingga mahir menggunakan pedang dan anak panah. Beliau juga diajar cara-cara menunggang kuda sehingga berjaya mengalahkan penunggang-penunggang kuda yang lain. Ketika Salahudin meningkat remaja, beliau diajar ilmu peperangan.


Image result for salahuddin ayubi abdul latip talib
  Salahudin mendapat ilmu agama dan ilmu peperangan yang tinggi. Sahabat baiknya, Bahaudin pula seorang yang jujur, amanah dan setia dalam persahabatan. Malah, Bahaudin tidak mudah dipengaruhi oleh orang lain.


  Kota Jerusalem berjaya ditawan oleh tentera Islam daripada tentera Salib pada 15 Oktober 1187. Ketika itu, tiada sesiapa pun yang terbunuh. Salahudin Ayubi memerintahkan tenteranya melayan tawanan dengan baik. Penduduk Kristian termasuk tentera Salib dibenarkan meninggalkan kota Jerusalem dengan membayar tebusan.


Image result for salahuddin ayubi

  Salahudin Ayubi pulang ke Damsyik selepas berjaya menawan semula kota Jerusalem. Beliau juga telah mengikat perjanjian damai dengan tentera Salib. Ketika itu, beliau menjadi pemerintah dari Mesir ke Yaman. Namanya masyhur kerana berjaya menakluk Baitul Maqdis. Walaubagaimanapun, beliau tetap memilih hidup yang sederhana.


  Kehebatan Salahudin berperang tidak boleh disangkal lagi. Beliau telah memenangi banyak peperangan. Antaranya adalah perang Hittin yang berlaku di suatu tempat bernama Hittin. Peperangan Hittin berlaku antara tentera Islam dengan tentera Salib.


Image result for salahuddin ayubi

  Pada 16 Safar 598 Hijrah beliau jatuh sakit. Salahudin meninggal dunia pada 27 Safar 599 Hijrah bersamaan Mac 1193 ketika berumur 55 tahun. Beliau dikebumikan di Damsyik, Syria. Tamatlah sudah riwayat hidup seorang pahlawan Islam yang terbilang. Jika hendak tahu lebih lanjut belilah buku Salahudin Ayubi oleh Abdul Latip Talib di kedai-kedai buku berhampiran...:)


Salam blogger, eha ehut.

No comments:

Post a Comment