Monday 10 August 2015

JADILAH SEPERTI POKOK



      Assalamualaikum! Apalah istimewanya pokok ni sampai kena jadi macam POKOK?? Ha...aku nak ucapkan #thanksAllah sebab bagi aku ilham daripada sebatang pokok kat luar kelas untuk aku tulis sajak ni.


JADILAH SEPERTI POKOK

Sang pokok tegak berdiri

walaupun bah melanda akarnya tetap setia kepada bumi
puncaknya semakin lama semakin tinggi
mengejar cahaya matahari,menggapai langit
pokok itulah yang memberi teduhan kepada musafir
mengeluarkan buah kepada yang kelaparan
pokok sangat disayangi,sedih manusia apabila ia mati

Faham tak maksud sajak ni?? Ha..kalau tak clear lagi..meh aku 'clear'kan.
Baris 1 dan 2 tu maksudnya walaupun apa pun yang jadi kat dunia ni,kita mesti sentiasa setia pada Allah. Baris 2-5 pula--->setinggi mana pun kita mengecapi kejayaan,jangan lupa untuk bantu orang yang berada di bawah kita. Jangan sombonglah..Senang cakap. Line terakhir--->jadilah manusia yang disayangi oleh manusia lain. Okay?? Nampak tak daripada sebatang pokok kita boleh ambil iktibar. SEBATANG POKOK tu kalau kita tengok dari sudut yang berbeza,macam-macam yang kita dapat belajar.
    
    Indahnya Allah mencipta alam ini. So,jadilah golongan 'ulul albab' iaitu golongan yang berfikir. Berfikir fasal apa??Fasal alam dan ciptaan Tuhan. Tak semestinya ulul albab ni kena masuk sekolah yang ada program yang ada ulul albab je. Manusia boleh berfikir kan??Jadi masukkanlah diri kita dalam golongan 'ulul albab'.

Alhamdulillah..That's all...:)

Salam blogger, eha ehut.

No comments:

Post a Comment