Monday 30 September 2013

2ND AND 3RD DAY @ BTPN PERAK

24 SEPTEMBER 2013 (SELASA)

 Bangun pagi pukul 5.30 pagi. Cari idea untuk individu punya tajuk. Lps tu solat Subuh & bersiap-siap untuk turun bawah untuk breakfast. Pukul 8.30 - 10.30 (lebih kurang) saya pergi ke makmal komputer untuk pencarian maklumat. Then, minum pagi & masuk pula perpustakaan.

Image may contain: 4 people, people standing and outdoor
KAWAN BARU!!


   Habis pencarian maklumat mkn tgh hari. Lps mkn balik bilik. Pukul 2.30 ptg berkumpul di kafe. Kemudian peserta sekolah rendah BM & BI bergerak ke makmal komputer. (di makmal) Tunggu giliran untuk penilaian kumpulan. Saya peserta nombor 4. Saya berkumpulan dengan Vinod (5) dan Putri (6). 


   Waktu malam ada slot 2 yg dikendalikan oleh Encik Chai yg bertajuk SINTAKSIS BAHASA MELAYU . Macam biasa, mula pukul 8.30 - 10.30 malam. Lepas minum malam balik bilik.

25 SEPTEMBER 2013 (RABU)


  Pagi lepas breakfast penilaian individu. Sebelum itu peserta sekolah rendah BM & BI tunggu di makmal komputer. Giliran saya pun tiba saya buat sehabis baik. Penilaian individu berjalan selama 20 minit. Selepas keluar dari bilik penilaian saya pergi minum pagi.


  Petang pukul 2 turun ke Bilik Waja untuk slot 3 yg disampaikan oleh Puan Sormon yg bertajuk PENGUCAPAN AWAM. Lepas habis slot, naik bilik rehat. Balik bilik rehat. Lepas itu turun balik untuk aktiviti riadah.


  Malam ada Resensi Buku drpd setiap daerah. Lepas habis Resensi Buku minum mlm & balik bilik. bersambung... :)


Salam blogger, eha ehut.

No comments:

Post a Comment