Thursday 3 December 2015

BERTEMU SEORANG MUALAF



  Assalamualaikum! Dah lama tak blogging...^_^ Waktu malam bulan puasa yang lepas kat sekolah,ada slot bersama mualaf. Waktu tu aku excited gila sebab tak sangka ada mualaf datang. Dalam hati dah kata 'post kat blog..post kat blog...' Namanya ialah Mohd Ali bin Abdullah. Dia berbangsa India. Dia berusia dalam lingkungan 20-an. Mohd Ali ni buta sejak lahir. Pakaian dia biasa-biasa je. Perwatakannya santai. Dia merupakan seorang student kat universiti mana aku lupa..^^ Dia ni pandai sebab cemerlang dalam peperiksaan final kat U dia. Mohd Ali mula mengenali Islam ketika umurnya baru 7 tahun. Katanya,waktu tu dia masuk sekolah yang ada asrama. Dia mula berpuasa waktu umur 12 tahun tapi tak masuk Islam lagi.

Related image


   Alhamdulillah dia mendapat hidayah daripada Allah dan memeluk Islam ketika berumur 17 tahun (form 5). Dia mula mengenali Al-Quran ketika berumur 20 tahun. Namun, Allah menguji Mohd Ali kerana dia telah dibuang oleh keluarga kerana memeluk agama Islam. Mohd Ali ada juga bagi nasihat kat kitaorang. Antaranya....

RASA NIKMAT ISLAM DAN NIKMAT IMAN

JANGAN BANDINGKAN DIRI KITA DENGAN ORANG LAIN BEGITU SAHAJA

Pertemuan dengan mualaf bernama Mohd Ali ni memberi seribu satu pengajaran kat aku. Apa yang aku dapat belajar adalah kita kena bersyukur dengan siapa kita sekarang. Aku lahir-lahir dah bergelar seorang Muslim. Parents Muslim, keluarga Muslim, kawan-kawan pun majoritinya Muslim. Aku pun dapat merumuskan  bahawa "TAK SEMUA ORANG YANG ADA MATA BOLEH NAMPAK DAN TAK SEMUA ORANG YANG ADA HATI BOLEH  FAHAM" Faham apa??  Faham perasaan orang lain, ada certain orang yang ada hati langsung tak ada perasaan...#FACT..

Image result for grateful
  So..moral of the story kita kena yakin dengan diri kita dan HARGAI APA YANG KITA ADA!!  Jika kita ada tangan, hargai tangan tu elok-elok. Gunakan dia untuk buat benda baik. Jika kita Muslim dan Mukmin (in sha allah) Hargailah title tu. 

Image result for grateful

Hargai hidayah yang Allah bagi kat kita. Jadi seorang Muslim dan Mukmin yang TERBAIK... ^^ Bila kita bergelar seorang Muslim dan Mukmin in sha allah  ni seolah-olah kita dapat pangkat macam Dato' sebab kita ISTIMEWA. Jadi janganlah lepaskan peluang keemasan ni untuk menjadi VVVIP DI MATA ALLAH..

    810TION!!Bagi yang MUSLIM-TO-BE, I hope anda akan diberikan hidayah oleh Allah untuk memeluk agama Islam. Dan jika anda telah diberi hidayah untuk menjadi seorang Muslim dan Mukmin, jangan biarkan hidayah tu berlalu pergi..Ikutlah kata hati kerana hati tak akan pernah menipu dirimu...I  pray for all the Muslims and Muslim-to-be that Allah guide me and you guys to the right path to Jannah In sha allah...:)

RASA NIKMAT ISLAM DAN NIKMAT IMAN

KEEP YOUR LIFE ALIVE!

Salam blogger, eha ehut.




No comments:

Post a Comment