Monday 25 December 2017

EGO

Related image

EGO

Di mulut kau katakan mampu
tapi di hati kau meronta selalu
kau katakan yang engkau tahu
tapi sebenarnya kau sedang keliru

Dirimu kian terpenjara 
dalam dunia ciptaan sendiri
kau sering tertanya-tanya
mengapa hatimu selalu sunyi

Kau rindukan Dia
Kau mahukan Dia
tapi kau tak mahu mengaku
Kau mahukan Dia
Kau perlukan Dia
tapi kau tak mahu cari Dia di mana

Assalamualaikum! baiklah sajak ni tentang seseorang hamba Allah yang merindui Penciptanya tanpa disedari olehn dirinya sendiri. Tanda-tandanya cukup jelas seperti hati selalu sunyi..selalu keliru dalam membuat sesuatu perkara..Cuma dia sendiri tak tahu bahawa hatinya meronta-ronta untuk mengadu kepada Si Pencipta. 

Sajak ni merujuk kepada zaman sekarang bila manusia tu sedar yang dia salah..dia berdosa..iman di dadanya sudah mengiakan namun tingginya ego menimbuskan keinginan untuk bertaubat.

Apabila ego mengatasi keimanan..Diri sendiri yang menjadi buntu dan keliru.

KEEP YOUR LIFE ALIVE!

Salam blogger, eha ehut.


No comments:

Post a Comment